-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, January 14, 2013

Basuh dan Cuci


Bergaya sungguh ikhwah ni, 

Boleh bagi daurah di Melaka balik hari,

Boleh buat bulatan gembira di Pahang setiap minggu,

Boleh korbankan masa tidur untuk usrah online dengan ikhwah di benua yang berbeza,

Boleh mengorbankan masa dan pemikiran untuk menulis baik-bait motivasi seperti Sir Iqbal agar dakwah ini sentiasa segar bertenaga,

Namun, apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal menumbuhkan iman di hati !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuatkan kita semakin gigih beribadah taqarrub kepada Ilahi !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuahkan akhlak mulia, adab dengan para duat dan orang tua, adab dengan orang yang berbeza jantina, dan segala amal amali kita !!

Alangkah malangnya daei. Jika amalnya diteraskan oleh semangat membuta tuli, melahirkan riak dan takabbur yang menghancurkan amal, dan menjadikan dirinya takassur pengikut dan kuli.

Marilah sama-sama kembali kepada Allah. Marilah sama-sama buat apa yang kita cakap.

Banyak yang terucap memekakkan telinga. Biarlah amal yang berbicara.

Allahu musta'an

________________________

Diceritakan bahawa Imam Sya'rawi yang tersohor itu pernah menyampaikan ceramah di satu tempat. Usai ceramah itu, beliau diusung oleh para kadernya sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ulama agung itu. Setelah beliau masuk ke dalam keretanya, beliau meminta pemandunya memberhentikan beliau di sebuah masjid berdekatan. Di situ, Imam Sya'rawi yang hebat itu telah membersihkan tandas masjid tersebut dengan tangannya.

katanya:

"Aku bimbang aku berasa bangga diri dengan apa yang telah berlaku tadi. Jadi aku mendidik hatiku dengan merendahkan diri membersihkan tandas ini".

_________________________

Pernah di kisahkan, Pak Hassan yang sepatutnya menyampaikan Taujihat nya di malam hari, telah tiba lebih awal dari penjadualannya, ketika itu dewan masih kosong dan dalam penyusunan kerusi, beliau turut sama mengatur membinaan binaan kerusi tersebut sehingga akhirnya disedari oleh si penyusun kerusi yang lain. "eh Tuan penyampai malam ini, sepatutnya tenaganya di all outkan pada malam ini"

ISHAB kemudian berkata :

"Aku tidak pasti mana satu amal aku diterima, Aku takut penyampaian ku sia-sia di sisinya, kerana itu mungkin susun kerusi inilah yang Allah terima di sisinya kerana Ikhlas di situ"

_________________________

Berhati-hati dengan cahaya dari pentas dan kamera-kamera itu

Itu boleh memuliakanmu di hadapan manusia,

Tapi membinasakan dirimu di hari muka.

_________________________

Lazimilah, cuci dan bersihkan hati !!

"Wahai anak muda, lazimilah awal pagi anda sebelum Subuh dengan solat sunat tahajud dua rakaat. Rasailah kemanisannya dan kelazatannya."

"Tatapilah dan bacalah Al-Quran setiap hari walau bagaimana pun keadaan antum."

Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

Dakwah tidak boleh didukung dan dipikul oleh orang-orang manja, namun pada mereka yang ikhlas, sabar, tidak gopoh dan kader Tangguh (Tahan lasak)

Kita tidak boleh memanjang usia kita justeru, kita perlu berusaha memanjangkan usia dakwah ini


p/s : Akhi ku, jika antum kasih dan sayang akan diri yang Dhoif ini, sentiasalah ingatkan aku!! Ingatkan aku akan seksaan Azab Allah yang sangat mara bahaya!! Janganlah menceritakan akan ku apatah lagi aib ku, kerana Aku takut timbangannya di Akhirat kelak dan itu jualah tanda Aku kasih dan sayang kepada mu. Namun ambillah isinya dan beramallah juga dengan kata-kata ku.

No comments:

Post a Comment