-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, February 5, 2013

Kau ingatkan Aku



Aku ingatkan akan di kau,

Satu ketika dahulu, muka itulah dahulu selalu mengingatkan ikhwahnya!

Gelaran bagaikan nak rak, "Qowiy, Makhluk asing, supper dupper sayya, Ghuraba, Ansar, Briged - Militen"

Beliau jugalah yang menjadi motivasi kepada ikhwah yang lain,

Beliau jugalah memberikan semangat kepada kumpulan bola itu walau tidak reti bermain, beliau turun juga, memberi suntikan pada yang lain.

"kerana di dunia tiada benda yang mustahil, kecuali orang yang mustahil"

Ikhwah itu jugalah, paling awal bangunnya, memberi tempias pada ikhwah lain agar tahajud bersama.



"kerana dalam beramal, ikhwah itu meletakkan dirinya di saff hadapan, Salahudin hanya memilih tenteranya dalam kalangan mereka yang menghidupkan malam!"


Ikhwah itu, dilihat Khusyuk solatnya, panjang doanya, menangis rintihan dalam tahajudnya.

"Belum tibakah waktu bagi orang - orang yang beriman, untuk secara Khusyuk mengingati Allah . . . . (57 : 16) "

Ikhwah itu jugalah mengingatkan, kerja jangan ditangguh, tepati masa kerna ummat sedang derita wabak dunia. Serius sikit ikhwah!

Ikhwah itu jugalah menyeru agar selipar perlu disusun, memandu dengan cermat, beli power bank supaya tak menyusahkan ikhwah lain nak kena call banyak kali, biar teratur dalam urusannya.

Ikhwah itu juga pernah diberi gelaran militan, tiada erti penat lelah dalam kamus hidupnya, laugan "Allah hu ghoyatuna setiap masa ketika dalam program"

Ikhwah itu juga, dipanggil dengan Quran bergerak, mana tidak ditebuk muwajjih, selalu namanya naik dan jawapannya tepat, jika salah, mungkin tersasul satu atau dua ayat beza.

Ikhwah itu jugalah berpesan, sentiasa pesan, "Mujahadah akhi, kerna Syurga itu manis, Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja, tapi Jannah akhi"

sehingga "Aku mencintainya kerana Allah"


Akhi!!

Amal kita, kalau di tulis di FB, yang baik-baik belaka, Yang malaikat tulis?


Dengarlah rintihan ini, Jika kalian mencintai seorang akh itu kerana Allah.

kini, dan selamanya,

Ikhwah itu juga, perlukan bantuan!

Ikhwah itu, juga perlukan sentuhan dari Murobbinya, diingatkan oleh mutarobbinya.

Ikhwah itu perlukan doa Rabitah dari Ikhwahnya,

Ikhwah itu juga, pernah melalui solat terasa kering, kering air mata.


Akhi!!

Ketahuilah, Akh itu sangat memerlukan doa dari kalian.

Akh itu perlu bantu dibina Tarbiyah Dzatiyah yang kuat pada hak Ruhinya,

Akh itu juga perlu diingat akan pengambilan makanan khasiat, riadah yang sihat.

Apa yang Akh ini lakukan satu ketika dahulu, adalah hak kalian wahai ikhwah,

Kini, Akh itu membutuhkan hak dari kalian pula,

Apakah kalian masih membiarkan mutarobbi mu ketika cuti ini tidak difollow up?

Apakah kalian, bersangka buruk pada ikhwah yang lainnya yang tidak datang ke program tanpa ditanya dahulu, ketiadaannya kenapa?

Apakah kalian pernah mendoakannya dalam doa mu?

Apakah kalian hanya mengharap diberi? beromong manisnya ukhuwah jika sekian . . .. . .sekian, namun tidak pula hingin memberi?

Apakah kalian mengharap bi'ah yang baik sahaja, tanpa berusaha membina bi'ah itu?

Ada sahaja berkata, "Akhi, ana futur~"

maka akhi, : "Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat"

Yang lainnya, "Akhi, ana terasa kosong sekarang, ada cadangan?"

Maka akhi, : "Nak dapat dosa ini bukanlah sesuatu yang susah, bahkan sangat senang. Dengan membuang masa sahaja, kita sudah dikira berdosa"

Pelik jika masih ada masa kosong. Dan aku kasihan akan diri ini, jika masih mengambil hak Ummat iaitu melebihi dalam tidurnya.

Tiada erti penat lelah dan rehat dalam kamus hidup seorang yang hidupnya dengan Dakwah!

No comments:

Post a Comment