-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, September 1, 2011

Bedah : F.A Charity Shield, M.United!

[wah!! anda berserah diri bukan]


Mari memahami isu semasa Dakwah Bola,

Perkembangan mutakhir dunia bola sepak:

"Manchester United akhirnya terpaksa melupakan Wesley Sneijder! " - kajian ambil masa


Dengan kedegilan pemain itu (Sneijder) untuk mempertimbangkan penurunan gajinya untuk mengesahkan tempat ke Old Trafford, jutaan peminat the Red Devils terpaksa berputih mata untuk melihat kelibat pemain itu di dalam jersi kemerahan mereka. Sneijder, bintang Belanda dan Inter Milan yang disebut-sebut sebagai pengganti paling sesuai kepada Paul Scholes (dahulunya ku panggil "sekolah") yang memilih bersara sebelum bermulanya musim baru EPL, dilihat sebagai calon paling layak untuk mengemudi jentera tengah juara bertahan EPL itu. Alangkah sayangnya, mereka yang melihat semata "cintakan Dunia" akhirnya beliau tidak dibeli oleh MU !

Impaknya, apakah kegagalan mendapatkan Sneijder ini harus ditanggisi oleh jutaan peminat Red Devils?


Jika sama jawapan kita, samalah Hadaf kita memahami "Dakwah bola",
(ini apa yang ku lihat dan usaha sampaikan)
. . . .  . . . . . . .
. . . . . . . . .

. . . .  . . 
. . . . 


Jawabnya: Tidak!

Apatah lagi ketika perlawanan merebut Charity Shield menentang musuh setempat, Manchester City, dengan Man U sedang ketinggalan 2 gol berbalas 0 (2-0) , tiba-tiba Sir Alex Ferguson mengeluarkan pemain-pemain bintangnya; Rio Ferdinand, sang kapten Nemanja Vidic serta Michael Carrick, untuk membawa masuk “entah sapa-sapa” seperti Tom Cleverley (bukan Tom cruse), Phil Jones dan Jonny Evans, berganding bahu dengan pemain muda yang lain seperti David De Gea dan Danny Welbeck. Serta merta, barisan pemain United yang berada di atas padang, dibarisi pemain yang secara puratanya berusia hanya 22 tahun! saya ulang, pemain muda!!

Iye, pemain muda!

Dan hasilnya? Man U menumbangkan ego barisan bintang Manchester City dengan 3 gol berbalas 2 (3-2). Serta-merta, peminat teringat akan “Fergie Fledglings”, kenal buka dia? barisan anak muda yang tidak dikenali, tetapi kemudiannya menjadi bintang dan nadi Man U untuk bertahun-tahun lamanya. Nampaknya generasi Paul Scholes, Nicky Butt, adik-beradik Neville, David Beckham dan ramai lagi, sudah menemui pengganti!

Dan siulan yang mula kedengaran:

who needs Sneijder? (siapa perlukan Wesley Sneijder?)


      Pengajarannya:
     
     Ayuh kita belajar bagaimana Manchester United membina pasukan. Mereka tidak terlalu mengharapkan pembelian bintang-bintang besar. Sebagai contoh, Cristina, dimanakah beliau hari ni, (bukan di MU lagi)!!. Fokus mereka sentiasa pada pembinaan pemain-pemain muda mereka melalui akademi bola sepak mereka. Maka, gerakan Islam jangan asyik tertipu dengan gahnya program-program besar, lalu melupakan pembinaan kader.
2) 

         Pepatah ada menyebut, “patah tumbuh hilang berganti” ada kebenarannya, tatkala gerakan Islam benar-benar menyiapkan generasi pelapisnya. Dengan pujian melambung kepada Tom Cleverley dan rakan-rakan, persaraan Paul Scholes kini tidak terlalu dirasai. Begitulah juga, dengan sejarah Islam, syahid seorang tokoh, lahir tokoh islam yang baharu. Meninggalnya Ustaz Hasan Al-Banna, ternyata tidak menamatkan riwayat gerakan. Lantaran timbulnya tokoh-tokoh baru seperti Hudhaibi, Timisani, Hamid Abu Nasr dan lain-lain lagi. 

      Masih ingatkah, Impian saidina Umar Al-Khattab, apabila di tanya oleh Rasulullah, "Rumah ini kamu nak penuhikannya dengan apa?", Umar berkata, "Aku ingin mereka yang seperti Muadz, Ubai dan seorang lagi (lupa namanya)". Begitu juga dengan, Sayyid Qutb apabila dikatakan riwayatnya adalah di tali gantung, beliau tersenyum, beliau berkata, "Apabila aku pergi, akan lahir lagi ramai Sayyid Qutb yang baharu".
       
      Never give up, no matter what!

   Siapa sangka deficit 2 gol tidak mematahkan semangat anak muda Man U untuk menenggelamkan barisan “mewah” Manchester City.

Jangan hanya menggunakan pendekatan defensive semata-mata. Man U, setelah lama ternanti-nanti proses mendapatkan Sneidjer –suatu pendekatan yang defensive- mereka kemudiannya menukar taktik dengan lebih offensive tatkala bereksperimen dengan menurunkan pemain-pemain baru dan muda untuk diuji di pentas tertinggi. Maka, dalam membela Islam, jangan hanya defensive dengan menggunakan undang-undang semata-mata bagi mempertahankan hak dan kesucian umat Islam. Harus juga offensive memikirkan bagaimana mahu menarik non-Muslim pula untuk menghayati Islam.
 
Jika di IPT, maka pointnya, ber-experimenkanlah Dakwah disana, fokus pada DF nya, selagi mana tidak mencuba walaupun dengan membaca berapa banyak kitab, banyak mengikuti pengisian teori, tapi no praktikal, no experimen, no cuba acu try test, tidak akan ada apa-apa, mereka yang berusaha pasti ada hasilnya. Tetapi kita yakini, usaha adalah yang utama kerana itu yang dilihat, tambahan yang menggembirakan dari Rob adalah dengan natijah yang baik.
 
Baik mengaetahui sukan Bola sepak,
Tetapi kita, Bukan sekadar tahu isu / perkembangan Bola, tetapi tidak boleh memanfaatkannya, tidak boleh dikongsikan dari sudut Dakwahnya, lagi rugi sekadar tahu dan mengejek. Nauzubillah
 
 

2 comments:

  1. post ini brfaedah sungguh, macam2 hikmat punyer. minta copy dpd syeikh talhah.. bleh x? katakanlah jgn x bleh huhu.. sharing is caring ^_^

    ReplyDelete
  2. i'allah, selagi mana membuahkan manfaat dan kebaikan, silakan ia tanggungjwb bersama.
    bismilah, sebarkanlah

    ReplyDelete