-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, September 11, 2011

Adakah Aku yang terakhir?

   [Adakah aku ketupat terakhir? ]


Nota : Buat mereka yang mencintai Generasi Al-Quran terus berlangsung dan ada kelangsungan, ini isu "Pewarisan"

Fahamilah story ini :
Ramadhan ke-28, 1432 H
 _______________________________

“Uda, berapa ketupat dah siap di buat?” kakak ipar ku bertanya.
“huh! Ada la dalam 13, ini pun ketupat sate je”. Kata uda dengan Tarkiznya pada daun ketupat yang masih terbelit di jari-jemarinya.

“Akak boleh buat ketupat tiga segi  yang Perak punya je, Hah! Siap satu”. Hasilnya terpatri dengan kata-katanya.
“Wah! Hebat tu ketupat tiga segi akak (senyum tiga Nampak gigi), tapi kan akak. . . .,  Abi kata, daun ketupat ni nipis, lebih sesuai di buat ketupat bawang, akak tahu buat ke (masih mengekalkan senyuman)”.

“Err, akak belum sempat belajar lagi ketupat bawang, tapi biasa nengok orang buat”
“oh begitu. . . . (senyum negative tiga), Uda pernah Abi ajar, tapi pada saat itu sungguh seronok dengan satu cara je (medan), sedangkan kalau fahami cara untuk mengancam ketupat bawang ini, pasti boleh buat ketupat yang lainnya. . . (lagi Sad Song), 

"Oh, ketupat bawang ni lagi mudah ke?"
"Hmm, agak mencabar berbanding yang 2 ni, nak menganyam ketupat bawang, automatik akan tahu cara nak buat ketupat sate, faham ke!",
"Tapi Uda masih boleh buat ketupat, kira ok lah tu". 
"Tapi kak, kalau macam tu, siapa akan tahu buat ketupat bawang, kalau uda dan akak tak tahu?, siapa! benda ni lagi besar!"

"ok. . .ok, jap, macam mana uda boleh tahu cara mengancam ketupat, tapi adik-beradik uda yang lain tak tahu?"
"Zaasss (head shot), itulah masalahnya, masa belajar dengan Abi dulu, semua belajar sama-sama, Along dan Angah, awal tu lebih cepat faham dari uda, dah nak siap rasanya, tapi akhirnya tak siap juga, tak ingat sebabnya, mungkin (daun rosak atau hilang fokus langsung tonton TV dan Abi yang siapkan separuh jalan yang Angah dan Along dah buat). pokoknya, tak ada intipan  /khidmat nasihat yang berterusan hingga siap".

"kisahnya. . .  habis tu, macam mana Uda boleh survive, siap ke buat?"
"Alhamdulilh, siap buat, tapi berkali-kali rujuk dan bertanya dengan Pak sedara yang tahu, hinggalah siap"

"Alhamdulilh, daripada 3, 1 berhasil, itu pun hasil mujahadah dari Uda kan!"
"Belum gembira lagi bagi Uda, selagi tak dapat nak diturunkan kepada adik-adik Uda yang masih muda ini"


Sungguh! pada ketika itu, cukup sedih bagi ku, tidak dapat mengekalkan skill dalam menganyam ketupat Bawang yang super power daripada Abi, Hakikatnya, aku akur, ayah ku bukan seorang sahaja yang mahir dalam menganyam ketupat Bawang, tapi semua adik beradiknya boleh, Aku ulang, semua!!.

Bahkan ketika ini, aku lebih sedih jika, apa yang aku fahami ini dalam skill menganyam  ketupat Sate, tidak dapat diturunkan / difahami skill gerak kerja dalam menganyamnya kepada Adik-adik ku, jika dipandang enreng, pasti merosakkan masalah pewarisan yang semakin parah, juga bentuk Piramid tidak menjadi hakikatnya, 3 segi.


"Abid, Adib, Ibad. . .  nak makan Sate tak =) ". bermula rencana praktikal  ku menyantuni adik-aik ku.
"nak. . .nak". adik-adik ku yang riang.

"nak makan Sate, tak lengkap kalau tak ada ketupat Sate". Aku tersenyum pada mereka tatkala aku fahami apa yang sedang aku rencanakan ini bukan keperluan peribadi tetapi suatu yang lebih besar, iaitu fungsi ketupat itu untuk mereka yang lainnya makan, mereka inilah aku panggilnya Ummat.


. . . . . . . . . .

Kesempatan ini, ana mengucapkan "Taqobbalallah hu minna wa minkum", Selamat Hari Raya, juga selamat kembali kepada Fitrah, kepada antum.Doakan moga kita terus Thabat (tetap),di atas jalan yang Haq, meneruskan perjuangan para Rasul, Ambiya, sahabat, mudah-mudahan kita terus Istiqamah amalan di bulan Ramadhan dalam menjalani kehidupan harian kita selepas ini (bukan di bulan Ramadhan)

No comments:

Post a Comment