-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, September 23, 2011

sentuhan khabar dari Ku

 
 [ nota pena  : Bacalah berseorangan, lagi menghayati tatkala dipasang lagu Sad song ]
Assalamualaikum ikhwah yang ana sayangi,
peringatan ini juga untuk diri ana dan semua...

Kata-kata Ustaz Hasan al-Banna yang disebutkan oleh Syeikh Jum`ah Amin semasa beliau memberikan Taujih di hadapan ratusan Insan di Malaysia...
Ingatkah di kau lagi?

كونوا عبادا قبل أن تكونوا قوادا, فستصل بكم العبادة إلى أحسن القياده

Jadilah kamu terlebih dahulu Ahli ibadah (yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah) sebelum kamu menjadi Qiyadah (untuk memimpin manusia lain) nescaya ibadah yang kamu miliki itu akan membawa kamu kearah pimpinan yang terbaik. 
Allah hu akbar !

menggetarkan jiwa jika aku sambungnya . . .

والقلب المنقطع الصلة بالله, كيف يسير بالخلق إليه!

dan hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana nak memimpin manusia lain kearah-Nya!
merasaikah kita kini!
Baik,
Aku yakini, tersusun rapi dalam sechedule kalian di Kampus, terancang Tarbiyah tanzim (keorganisasian), akan ada Syahadatain,Usul isyrin, Shahadatuhaq, History of Islam dan bermacam konvensyen Tadabbur Al-Quran dan kitab lainnya, fuh!
Pause . .! 
Gimana dengan tarbiyah kerohanian dan hubungan dengan Allah!! Adakah terancang dan kosisten juga berada di hadapan  Ikhwah sekalian..., masih Istiqamah kah lagi,
 . . . . Amalan sunnat yang lainnya ketika Ramadhan dahulu ?
. . . . .Impian-impian dalam Doa tahajjud dan Hajat kalian ?
. . . . . masih bertasbih setiap masa lagi kah ?
. . . . . masih intimkah lagi hubungan dengan keluarga dan jiran ?

. . . .solat jemaah kita di masijid dan surau, Al-Quran kita, zikir ma`thurat kita, solat tahajud kita, istighfar dan taubat kita, puasa sunat dan lain-lain bekalan yang sepatutnya kita penuhi sepanjang perjalanan kita . . . .
Ikhwah yang di kasihi,
Jangan terputus bekalan-bekalan ini, dan sepatutnya ditambah dan ditambah.
Sungguh!!
Aku sendiri berat pada awalnya untuk dilibatkan dan terlibat dengan wadah, memikirkan tenaga yang akan lebih banyak dirembeskan, memikirkan adik-adik yang menanti disantuni untuk dibulatkan dalam bulatan gembira kerana mereka adalah masyarakat ku, iye. .  Masyarakat Kampus!
Penat. . .  sibuk . . . haus . . . kelewatan malam . . . berawalan pagi
Ikhwah yang di muliakan,

Dikala, aktivisme ada, Tarbiyah itu harus lagi awal seawal dan berterusan ada. Aku ingin bawa senyum kegembiraan pada kalian yang rasa penat. sedarkah bahawasanya, dalam seminggu ruang ibadah Jamai banyak kalian lakukan bersama, "Tahajud yang basah, Qiamullail, pengisian malamnya, Iftar ikwah, pengisian maghribnya, ijlis bina'antara ikhwah, Iftar logam, pengisian kelogaman, kongsi rasa dengan logam-logam, riadah jamai',buku-buku I-Book."
Tarbiyah tetap diutamakan,
Teruslah bersabar, dan Bekalan di jalan ini sangat di butuhkan. kita jelas Hadafnya, bukan tujuan peribadi, bukan juga mengajak kepada Jamaah, tetapi memberikan kefahaman akan hidup dan tujuan hidupnya. "setiap perilaku harian nya Ibadah, jua mengajak yang lainnya untuk cinta dan mengajak kepada kebaikan, itulah misi khalifah"

*afwan ikhwah, untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah kita bersama, ana terpaksa berkongsi, Ada dari kalangan kita solat subuh jam 7 pagi..tak sepatutnya berlaku dalam kalangan kita, Ianya bukan solat sunat, Subuh bukannya solat Sunnat!

-Nasihat dari Akh Arif yang sentiasa mendahulukan kebaikan-

2 comments:

  1. Jauhkanlah aku dari kelalaian yang menghancurkan ini. Apatah lagi kemaksiatan yang menamatkan segala-galanya

    ReplyDelete
  2. ameen Ya Robbi,
    Doakan ikhwah agar sejahtera dari kemaksiatan dan jahiliyyah.
    sungguh! Doa rabitah nilainya cukup hebat, sekalipun tidak pernah bersua dengan ikhwah yg len.

    ReplyDelete