-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Saturday, August 6, 2011

adik-adik ku

[bakal menimang anak. . . . lagi]

kanak - kanak ini sebuah angerah dan rezeki, pernah kita menempah nama sabagai kanak-kanak satu ketika dulu bukan!:



Pertamanya, terima kasih kepada Tuan Puan yang datang ke Masjid dan solat berjemaah…. Bawa anak bersama untuk menemani mereka, alangkah meriahnya masjid kita dipenuhi dengan manusia, alangkah lagi harmoninya dapat kita tunaikan solat dengan tenang dan khuyuk, justeru mohon ibu bapa yang bawa anak bersama, pantaulah pergerakan mereka, tegurlah mereka, hadirin yang lain, nasihatkanlah anak – anak ini agar tidak membuat bising”.

Satu teguran yang membuatkan , suasana dalam masjid damai, telinga yang mendengar membujuk rayu hatinya untuk tenang bersama, ibu bapa yang hadir mula memanggil anak mereka duduk bersebelahan bersama, kanak-kanak yang berlari menyebabkan kaki kaku berdiri di speaker-speaker masjid.

Di sambungnya lagi. . . .

Lumrah kanak – kanak itu bising dan bebas bergerak, pelik andai dia duduk diam tidak bersuara, lagi pelik bin luar biasa jika bapa-bapa yang perangai seperti kanak-kanak

Nasihat ini Berjaya membujuk hati manusia, keprihatinan ibu ayah terhadap anak mereka meninggi, setinggi langit, kanak-kanak mula berada di saff belakang dijaga rapi dan baik oleh ayah-ayah yang senior.
Malam itu menjadikan, hati manusia semua menangis dan merindui terawih dipanjangkan dek ketiadaan suara yang menganggu.

Lantas membuatkan aku Terfikir dalam air yang paling beharga iaitu “Idea”,

Bagaimana seh siaran radio dan televisyen boleh terus memikat pendengar dan penontonnya ternanti sentiasa setiap kali siaran tertentu ke udara, seperti kuiz yang dikumpul hingga sebulan, hadiah RM300 menanti dengan syarat, Berjaya mengumpul dan menjawab jawapan dengan betul setiap minggu selama sebulan.

Bukankah ini juga boleh di Adaptasi, jika di Masjid ada dibuat pengisian Tazkirah di antara waktu solat sunat terawih, berilah peluang untuk kanak-kanak juga menjiwai taskirah tersebut dengan di masukkan unsur kisah teladan atau sirah, dan pada penghujungnya. . . . .

Ditinggalkan Kuiz. . .

Pada malam ke 20 akan diberikan hadiah kepada siapa (kanak-kanak sahaja) yang Berjaya kumpul jawapan setiap hari dengan tepat. Hadiah pula dilumayankan, contoh RM100

Diri ku mengingatkan pembaca budiman, bukan untuk menjadikan habuan tersebut sebagai alat untuk jasad mereka terus hadir di masjid, tetapi itulah rahsianya, bermulalah dengan alat, jumlah kanak-kanak pasti akan terus bertambah yang bertandang solat berjemaah bersama di masjid,  kejayaan salah seorang dalam kalangan mereka yang mendapat hadiah, pasti menjadi inspirasi dan batu lonjatan kepada kanak-kanak yang yang lain, bahawa sesunggunhnya, hadiah tersebut adalah real… real.. yes real, dan free…
kemudian bimbinglah step seterusnya dengan bijak,

10 malam terakhir lain pula caranya, boleh gunakan tenaga kanak-kanak mengemas / ajak bergotong royong dan lain-lain.

Bisik pada telinga mereka :
Tahniah adik!!, hadiah ini daripada Allah, nak hadiah lagi kena datang selalu ke masjid, setiap hari adik dapat hadiah berganda daripada Allah

Azzam ku, : 
“Bukan aku ingin tawan mereka dengan harta/ jasad/ perhiasan dunia, tapi ingin tawan hati mereka”


pesan saidina Ali :
"Didiklah anak kalian sesuai dengan peredaran zamannya"

No comments:

Post a Comment