-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, August 16, 2011

Alat : Go-Kart

kredit pada siapa yang Snap


6 Ogos / JB / 6 Orang / lokasi dalam kelapa Sawit / 1 kenderaan MPV

Sungguh! Setiap yang berlaku, ambillah Hikmah daripadanya.

Go. . . Go –Kart

Kisah ini, Di adaptasikan dari sudut dimensi kaca mata Pemuda, Mutarobbi ini...

Bersedia Go....
 Di gelanggang arena :

Pra - syarat tetap ada :
-pastikan bertopi keledar
-bayaran telah dilangsaikan (RM35)
-kenderaan dalam keadaan hidup dan baik (sebaik sahaja telah menjelaskan pembayaran)
-cermin mata disediakan (bagi yang ingin daripada mata dingin berair)
-Diberi masih 10 minit sahaja (tidak kurang, tidak lebih, tidak boleh berlego-lego dengan penaja ianya satu ketetapan)

Tambahan dari penganjur :
Jika kemalangan, bukan kerosakan dengan sendirinya, soyonaranya… andalah bertanggungjwab untuk membayar ganti rugi.
*beruntungkan bagi mereka yang cekap (berhati – hati bukan bermaksud bawa perlahan)

Bermulalah satu perjalanan (Lagu Imam Muda ckit),
Pusingan pertama, semua pemain litar diberi relax untuk menyesuaikan kenderaan, diri dengan litar, mengetahui selok – belok selekoh, mencuba ketajaman minyak dan break, proses menghilangkan keta’juban, keasyikan, keraguan, was-was dan lain-lain yang anda rasa sesuai di isi pada fill in the blank  ___________

yang pasti. . . . .

10 minit yang bakal bermula selepas ini, itulah ANDA !!
___________________________________________

6 Rider Berhenti bersama di tapak “Kotak permulaan

dan...

arE you bersedia. . .

1 . . .

2. . . . .

3. . . . . . . . .

Go...

Lantas aku membuat pecutan demi pecutan, terus Menerobos laju kehadapan, pecutan bermula. Permulaan ku bukan sebagai pemula bukan juga yang nun paling belakang pada permulaan (sebab tidak ingat), yang pasti anta Aku ada Dia. (ditengah-tengah daripada 6 orang tersebut)

Pusingan ke-2, dalam litar perlumbaan F1, Aku mara ke hadapan, memecut pelumba ke 3 dan 4, Kini Aku di rangking No.2, Fernando Terrer No. 1 terus halilintang mara kencang kehadapan. Rekod break pada ketika ini hampir setiap selekoh ditekan (sebelum lebih faham).

Pusingan ke-3, Aku berjaya mengungguli tempat pertama. Break yang aku tekan, hanya aku manfaatkan dan praktikkan 2 tempat selekoh melayang yang dibutuhkan sahaja (kerana dua selekoh tersebut cukup digeruni oleh mereka yang menonton dan pemegang bendera, apatah lagi si Rider yang berada di atas litar). lantas Aku akur dan setuju setiap kali berada di selekoh merbahaya dan En. Diluar mengangkat bendera, aku bereakdisc. ( faham perlu kepada Amal dan praktikal)

Pusingan ke-4 hingga 8, Aku dapat memotang kesemua mereka, ada juga di tinggalkan hingga dua pusingan, sepanjang perjalan hanya tekan minyak(sentiasa) dan break(hanya 2 tempat tersebut), ke-excited-an untuk merasai 10 minit tidak dirasai yang di dambakan nak buat sehabis baik untuk tempoh 10 minit tersebut (boleh faham ke!), hingga tiba - tiba bendera yang di pegang oleh En. Di luar mengarahkan berhenti. Berhentinya Aku berada di ruang kotak paling hadapan.. Aku berhenti apabila 10 minit tersebut telah tamat. Sungguh! Hanyasanya Aku berhenti apabila tiba masanya berhenti. Aku kini berhenti.

Fuh!!

seusai tamat :
Mula ada perbincangan mulut manusia,

Perbualan bersama si A dan B :
peh! tak agak, ana(A) kena potong satu round” kata si A. . . . “ana pulak(B) kena tinggal dua round, tak aci r”. Kata si B

Perbualan bersama si C:
“ana slow tak pe, yang penting kereta ni tak de apa-apa kerosakan kalau tak kena ganti”.

Perbualan si D :
“betul tu, ana pun sengaja bawa slow, boleh je nak pecut”. Kata si D.

Perbualan si E:
“Ini sebab kereta anta ni laju”. Kata si E

sehingga bila bertemu dikemudian hari :
"Tak boleh lupa la, anta tinggalkan ana dua pusingan tu"

*Bukan . . . . bukan untuk mengatakan kata-kata mereka tersebut di atas tidak kena, Benar... memang kadang-kadang (lumrah rasanya), erti “kekalahanlah”(sebanarnya, bukan kekalahan sebenar) yang menyebabkan kita mengingati peristiwa semalam sehingga mereka yang bercerita ini ingin realitinya untuk menjadi No.1. Hakikatnya mereka yang berada di hadapan sentiasa di Uji dengan Ujian yang Maha hebat, setelah tamat sesuatu ujian di Litar tersebut, maka ujian seterusnya pasti menanti. seperti Ujian Hati, Iman dan Sabar, ujian mengekalkan Ukhuwah, Ujian bagi terus memanfaatkan masa-masa yang seterusnya, lepas satu mehnah, pasti datang mehnah yang seterusnya.

Ujian yang menguji pasti Hadir!

Ujian berguna pada mereka yang faham.

Sungguh! Ujian bagi mereka yang faham akan merasakan Allah itu dekat dengannya.

Yakinlah! Setiap ujian dan kesusahan itu, pasti aka ada kemenangan!

oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(AL-Insyirah : 5-6)


Analogi Go-Kart di atas, ku gambarkan begini.

Abu Bakar Assidiq:
"Rasulullah mengatakan bahawasanya, jika sekiranya dikumpulkan Iman semua makhluk, sehinggalah tibanya Hari Kiamat kelak, Nescaya tidak boleh tandingi Iman yang di Fahami oleh Abu Bakar".
Subhanallah, betapa FAHAM nya sahabat Nabi.

Said Qutb:
ketika menulis Tafsir di bawah bayungan Al-Quran (Fi zilalil Quran) di dalam Penjara, hingga tiba surah Taubah, beliau menangis, benar-benar menghayati bahkan merasai dan meresap masuk ayat Allah tersebut dalam jiwa dan diterjemahkan dalam penulisannya.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga. . . . . "
(Surah At-Taubah : 111)


FAHAM nya beliau ketika 20 tahun lebih selepas dari menghafal Al-Quran

Abbas Asisi:
Di saat melihat Ummat hari ini yang bergelimpangan dengan Jahiliyyah, beliau menangis teresak, sungguh menanggisnya beliau luar biasa, terpancar keikhlasan dan keazaman yang tinggi untuk menyedarkan masyarakat. Tatkala beliau berusaha memahamkan Ummat, Ustaz Hasan Al-Banna berkata padanya. "Dirimu kini, benar-benar FAHAM".

Hebat sungguh mereka yang Faham, terus diterjemahkan melalui amal solleh dan berusaha menyebarkan islam yang mereka rasai dikongsikan bersama masyarakat sekeliling.

Bersediakah untuk ditanya?

Bila diri Kita FAHAM?

Jika faham, apa yang kita buat dengan kefahaman tersebut? Rasai sorang-sorang?

Adakah baru bergaul dengan masyarakat selepas Graduan daripada Kampus?

Adakah perlu mengajak kebaikan dalam “bulatan gemnbira” HANYA apabila telah cukup sempurna semuanya?

Adakah Kita faham jika masih berada di stadium dengan mengorbankan 90 minit denagn kosong dan selambanya (sama je dengan orang lain) ?

Adakah anda faham jika pagi petang semangat bekerja, malam masih berselimut hingga lewat subuhnya?

Adakah masih bermain-main tanpa serius untuk memperbaiki Ummat hari ini?

Adakah masih “bercouple”, walaupun masusia dan seisinya tidak ketahui, tapi Allah Maha tahu penipuan dustanya ?

Adakah masih takut untuk meniggalkan karat-karat Jahiliyah?

Haruskah, terpaksa dan masih kekal dalam Jahiliyah untuk menjaga Ukhuwah atau risau tidak ada manusia yang menerimanya?

"(bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).  Dan Sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati"
(surah Dhuha : 3-5)

Iye benar,
Dahulunya, Kita barangkali lambat, bertatih untuk memahami tujuan hidup, dan sebenarnya cukup besar dan perlukan Usaha dan mujahadah. Begitulah Analogi Go-Kart yang ana bawa di atas, pada pusingan pertama dan ke-2, mula memahami dan faham selok belok kehidupan (litar) tersebut. Lama kelamaan, semakin jelas realiti di hadapan hingga kefahaman ini dibenbentuk dengan tersusun berpandukan unsur-unsur yang benar (seperti En. Yang mengangkat bendera) dan juga kefahaman kita dizahirkan dengan Amal dan Praktikal (hanya guna break di 2 tempat sahaja). Allah tetap memberi peluang pada kita, sama ada nak perlahankan kenderaan atau terus laju kehadapan. Janganlah kita memilih dengan menolak ajakan kebaikan, janganlah memilih sebagai penggerak yang tidak membawa “bulatan gembira” (sedangkan anda boleh), janganlah terus memberi alasan, kelak anda akan berkata-kata (seperti dialog diatas),

“kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(surah Al-Mu’minun : 99 – 100)


10 minit itu adalah hayat kita,
Rasailah segenap tubuh rongga-rongga kita, setiap denyutan jantung nadi kita, setiap aliran darah yang deras mengalir adalah untuk Dakwah dan Tarbiyah. Makan kita adalah Dakwah, pemakaian kita adalah Dakwah, kata-kata kita adalah Dakwah, perbuatan Kita adalah Dakwah, hobi kita adalah Dakwah dan Tarbiyah, kerana pengorbanan Ar-Rasul dan para sahabat menyebabkan kita terima islam hari ini, itulah hobi mereka, impian mereka, cita-cita mereka. Bukankah hobi, cita-cita dan impian mereka, itulah juga kita!

Inilah Aku yang hari ini yang masih merangkak bersama kalian dan perlukan kalian :

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." 
[Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment