BetuahNYA AKU : menjadi Alat bagi mencapai Matlamat
Tanggal XX, bulan XX pada tahun XX merupakan tarikh yang amat bermakna buatku. Pada hari yang penuh sejarah inilah, seluruh kompenenku disatukan di sebuah kilang yang sangat terkenal di XX, dan aku lahir pada tarikh keramat itu.
Kewujudan aku ke dunia ini membawa 1001 erti. Aku dimaklumkan oleh rakan-rakanku yang turut sama dimedia elektronik hand phone berjenama… bahawa, setiap dari jasad kita sudah dimiliki. Kami semua sudah ditempah berdasarkan kepada permintaan sebelum dicantum pasang, dan bakal diserahkan dan dihak milikkan tidak berapa lama lagi.
Aku tidak sabar-sabar ingin mendedikasikan hidupku, kepada pemilikku yang telah memberikan penghidupan kepadaku. Hari demi hari, petugas O2 mencuba fungsiku, dan input tubuhku diperiksa bagi menjamin kepuasan pemilikku kelak. Sungguh tidak sabar aku melihat senyuman terukir di bibir keluarga yang bakal menjagaku itu. Kemudian aku di “pack” di dalam sebuah kotak khas yang bewarna pink..
Hari ini aku dihantar ke satu distinasi dan dikumpulkan bersama rakan – rakan ku… terdengar di sebalik kotak, suara manusia yang berulang – ulang menyebut perkataan “Trak”, rupa – rupanya, aku kini berada di dalam sebuah trak lori yang siap sedia menanti untuk bergerak.. aku berasa begitu teruja. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah trak…pelbagai persoalan yang aku kemukan, barangkali aku bermonol0g bersahaja, adakah trak ini seperti aku? Bagaimana mampu membawa kami dalam jumlah yang banyak sedangkan, trak tersebut hanya satu?... Aku diingatkkan oleh sahabatku, yang sedang menahan aku di belakang depan kiri dan kanan, bahawa cakap banyak pun tak guna. Ikut dan dengar dan buat sahaja, kerana itu aku diciptakan manusia. Sebagai sebuah 'mesin', aku tidak patut banyak soal dan memberontak. Aku pun akur.
…………..
Sampai di Kelantan, aku disentuh ,dipegang, dibelek untuk beberapa kali oleh insan yang ulang-alik lalu di kedai tokey,aku setia menunggu pemilikku. Tokey kedai handphone itu sangat teliti dan cermat menjaga tubuh badanku yang metal,digilap setiap inci body ku,di update setiap function dan setting ku. Kini…Aku betul – betul berasa sangat bersedia menerima sentuhan pemilikku. Aku sudah tidak sabar-sabar!!!
Oh...dalam tempoh 24 jam aku ditayangkan di pameran kaca kedai tokey tersebut, geli gemalan badanku, di raba – raba oleh pelbagai kaum,agama dan jantina, walaupun aku tidak tersenarai kaum dan jantina mana - mana, tapi… aku malu melihat manusia, yang berlainan jantina, yang aku pasti bukan muhrim.., bersentuh, berpegang tangan,bercumbu pun ada…, ini baru aku yang melihat, apatah lagi yang maha melihat..
Akhirnya…. Itulah dia... Wow segaknya dia... Di sebelahnya ada seorang gadis yang begitu gedik membelit lehernya... Tapi aku tidak peduli. Aku boleh melihat kotak aku mula dikeluarkan tokey kedai,dan “fullus” dikeluarkan oleh si segak ..dia sedang berjalan menuju ke arahku, sambil diiringi oleh tokey kedai dan gadis gedik tadi... Untuk kali pertama, aku bersuara untuknya apabila di on oleh tokey kedai::: welcome!
…
...
...
(2 tahun sudah berlalu)
Aku masih di kedai hand phone terpakai. Badanku masih segak, dan input dalamanku masih free 1GB lagi. Aku hairan kenapa Mr. T menjual aku. Kata orang, kalau battery HP masalah, alamatnya perlu ditukar. Tetapi sepanjang pengamatanku, Mr. T sangat menyanyangi aku. Setiap bulan aku ditopapkan RM50 dan aku sendiri tidak pernah buat hal. Ini pasti disebabkan oleh Zulaikha, isterinya yang gedik itu! Tidak sudah-sudah dimintanya Mr.T tukar HP baru yang ada GPS/5G dll yang tidak ada kelebihan tersebut padaku.., kuat sungguh nafsu dunianya.
Aku tahu Mr. T sangat menyanyangi aku, tapi angkara perempuan durjana tu, aku terdampar di sini. Cis.
Aku sedang menghitung hari. Pemilik kedai terpakai ini pun sudah berkali-kali menukar label hargaku. Aku juga sudah berkali-kali menghembuskan nafas kecewa, setiap kali labelku ditukar… harga ku makin merosot turun..Sabarlah wahai diri, pasti ada hikmahnya segala sesuatu ini. Itulah antara kata-kata yang aku baca di bahu-bahu jalan.Dan ingatlah orang yang tersayang; Oh Mr. T, aku sangat mengingatimu. Dan ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang; ok, aku sudah kembali beriman.
Hari ini ada seorang lelaki membeliku dengan nilaian tunai. Aku sungguh berdebar-debar. Kacakkah dia? Berhemah kah cara penggunaannya? Adakah aku akan digunakan sebagai asset yang menjadi punca ikhtilat dan fitnah? Atau pernikahanan ini merupakan suatu pernikahan yang diharamkan kerana bertujuan menyakiti pasangan?
Aku mengikhlaskan niatku dan bergerak mengikut kapasiti yang diberikan. Battery ku tidak pernah dibiarkan kering. Cukup battery yang discharge padaku, Charger selalu dibawa oleh tuan baru ku ini, ke hulu – ke hilir hatta dalam kereta kancil baby JHY nya juga, turut ada…meseg yang penuh , di delete oleh tuan ku,..tetapi hanya di simpankan mesej2 semangat dan peringatan dari ibu bapa dan adik-beradiknya, mesej2 islamic pun tuan ku buang jugak, barangkali meseg yang tuan ku terima tersebut daripada lain jantina…. Aku rasa beliau betul2 menjaga diriku dan iman beliau juga…. Lagu2 sebelum ini dalam memory card otak ku juga ditukar, daripada lagu yang bercampur baur.. terus 97% kepada nasyid, 3% lagu semulajadi hp ku. Aku terasa sangat bahagia. photo dalamanku juga sudah diislahkan kini. Jika dulu aku asyik menyimpan gambar – gambar yang pelik2, kini hanya di uploadkan gambar Islamic dan video khas untuk tatapan budak budak tengok, walaupun di uploadkan video kartun, tapi kartun yang ilmiah, setiap kali budak – budak tontonnya, tuan ku ini pasti memberi pengajaran disebalik cerita kartun tersebut… hatta function Radio di dalam HP ku juga digunakan,saat aku berkhidmat kepada tuan baru ku ini,..radio, hanya Radio IKIM dan saluran berita BERNAMA menjadi pilihan. Tiada musik-musik sumbang menghiasi batinku.
Cuma kadang-kadang, aku tidak pasti salah siapa, tetapi kadang-kadang IKIM terlanjur memutarkan suara aurat Dato Siti Nurhaliza. Dan tidak jarang-jarang juga lagu-lagu jiwang bertuhankan perempuan tetapi bertopengkan nasyid dilagukan. Aku pasti, IKIM tidak sengaja, mungkin DJ bertugas tersilap pasang MP3 peribadi mereka. Al-Maklum, Radio islam pastinya akan mendakwahkan manusia kepada Allah, bukan selainnya. Juga mengikut syariat islam.
Sudah genap sebulan..Ya, aku sudah terasa amat seronok sekarang. Terasa bahawa, inilah hidup yang aku cari-cari selama ini! Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu semenjak penciptaanku lagi, untuk menginfakkan diriku sepenuhnya untuk islam!
Setiap masa aku dibawa oleh lelaki tersebut ke seluruh buana lubuk manusia.jika battery ku dalam kadar yang lemah,tuan ku charge diri ku di pencucuh api kereta, sehinggakan.. kekadang tuan ku sendiri akan menemaniku dalam kereta… dalam erti kata,tuan ku tertidur., pernah aku mendengar perbualan istirehat yang tuan ku idam-idamkan, iaitu rehatnya selepas seharian bekerja, belajar dan berusaha,hanya dengan menyandar di empuk kereta, terus matanya terlelap, aku juga turut sama terlelap kerana tidak sempat di charge semula, tetapi kelebihan ku masih ada, suara paling kuat ku “Alarm”, aku turut berusaha untuk mengejutkan tuan ku di awal waktu pagi di kala ramai yang masih nyenyak tidur. Aku mengharapkan tuan ku bukan sahaja singa di siang hari, tetapi juga menjadi seorang “abid” yang bertaqwa di malam hari. Aku cukup gembira bila tuan ku menyibukkan diri dalam pekerjaan dakwah, aku juga turut berasa dimanfaatkan bersama-sama dalam membantu pekerjaan yang murni ini.
Fakta yang tidak boleh ada penafian, setiap yang pencipta pasti tahu kelemahan alatnya, begitu juga dengan aku,.. Hakikat sebagai sebuah “mesin” yang dicipta manusia, pasti kelemahannya juga kepada manusia yang menggunakannya. Genap 2 bulan tuan ku bersama ku, aku terpaksa mengenakan ujian kepada tuan ku, kerana aku perlu menguji tuan ku, “Tak kenal maka Ta’aruf”, aku ingin melihat keikhlasannya dan kejujurannya dalam menggunakan fungsi ku, aku tidak ingin menjadi fitnah ke atas diri ku dan juga kepada tuan ku yang baru ini, cukuplah pengajaran pemilik tuan ku yang terawal dahulu… caranya, aku mendelete semua meseg yang diterimanya…, aku menyangkakan tuan ku akan rujuk semula ke kedai, tetapi kata-kata haru yang dikeluarkan dari mulut pemilik ku ini ialah, “Terima kasih kerana menyedarkan ku dari pada fitnah nisa”. Semenjak hari itu kadang-kadang cukup seminggu, meseg di inbox semua akan di delete, katanya.. cukuplah “Al-Quran, Hadith dan Sirah memberikannya semangat”. Allah hu akbar, aku semakin menyayangi tuan ku, jika aku boleh bersuara, aku ingin katakan “Aku mahu hidup selamanya bersama tuan ku ini”.
Pernah aku terpana dan malu dengan perbualan tuan ku bersama rakannya tentang diri ku, kata tuan ku.. semenjak menggunakan aku, orang kenali tuan ku sebagai “orang call baru respon”, kerana setiap meseg yang akan beliau terima sangat lewat untuk reply, kadang-kadang di reply sekali gus semua yang mesegnya di pagi+sing+petang hari, hanya di balas pada waktu malam, gara-gara katanya, susah nak bermeseg sebab fungsiku “touch skrin”, aku gembira melihat gelagat tuan ku, kerana apabila di call, maksudnya keperluan yang penting, jika meseg sampai bertanya, “apa khabar? Buat apa”, Nah!! Memang tak ada khabar bagi mu… Tuan ku.. tuan ku… tersenyum melihat perjalanan hidup mu, yang sentiasa berusaha mengerti “Al-Fahmu” dalam perbuatan dan setiap inci tingkah laku dalam hidup mu. Aku masih ingat lagi antara kata-kata terakhir tuan ku kepada sahabatnya tentang diriku, “Hazwan.. HP O2 ni lah yang semakin menjauhkan ana dari ikhtilat dan fitnah Nisa’”, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku rupanya membantu tuan ku.., Alangkah murninya, jika semua manusia, lagi-lagi rijal lu da’wah ada function HP seperti ku, yang automatic mendelate meseg2 yang menganggu Iman dan menyumbang kepada gejolaknya Nafsu syahwat.
Saat lelaki ini mendampingi ku dari awal, aku telah mengalami perubahan Level keselesaan,Namun, hayat indahku yang penuh dengan perjalanan yang bermakna ini tidak lama. Lelaki itu benar-benar tekad untuk melihat kemenangan islam suatu hari nanti. Dengan penuh tekad, pada suatu hari, dia pergi ke NIlam Puri dan menyerahkan diri ku kepada lelaki yang lain dengan katanya:
"Akhi, manfaatkanlah sepenuhnya HP O2 ini untuk dakwah islam"
Aku rasa sangggaaaat gembira. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku apabila permintaanku tertunai. Aku kini bergelar 2D (To Da’wah). Inilah yang dicita-citakan oleh aku selama ini, untuk diinfaqkan, dan dileburkan untuk kebajikan ummah. Kerana aku sedar, bahawa ummah ini dalam keperitan, terutamanya dalam penggunaan Material, apabila diberikan kepada tangan-tangan manusia yang kufur yang telah lupa tentang diri mereka sendiri. Satu demi satu rakan-rakanku menjadi fitnah angkara mereka kerana salah menggunakan fungsi alat ku… aku yakin
Suara aku mewakili kawan ku:
Bila battery hampir kosong, kami akan bagi signal di paparan HP bahkan sebahagian kami yang berteknologi, kami akan menyalakan lampu dibahagian atas skrin HP. Tapi malangnya, kami tidak mampu beritahu mereka bahawa gambar yang di ambil, atau memori kami semakin penuh semuanya dipenuhi dengan gambar bermotifkan dunia, atau kami dah lama tidak ditukar broadcast dan liku keretakan di badan kami semakin parah tidak ditukarkan, atau kami dipenuhi dengan meseg berbaur cinta berlainan jatina, atau diri kami dipaksa menyimpan no. hp berlainan jantina untuk kepentingan peribadi pemiliknya, atau dalam perbualan”call” terlalu lama sehingga memberi kesan kepada gangguan kepala dan menganggu kosentrasi pelajaran, atau yang menelefon dan yang aku telefon adalah berlainan muhrim, atau kurangnya aku menelefon abi dan umi menanyakan khabar mereka sedangkan mereka masih hidup lagi atau macam-macam lagi fungsi diri ku yang tidak mampu aku zahirkan, kecuali menerusi penulisan rambang di dalam blog ini.
Aku tak peduli itu semua. Inilah yang telah aku digunakan, yang akan aku tunjukkan kepada Allah kelak, bahawa aku sudah berkhidmat untuk agama mu. Biarlah mereka mampu mengislah aku sebenarnya..
"Sesiapa yang mencontohkan perbuatan yang baik, akan mendapat pahala dan pahala orang yang mengikutinya, sehingga hari Qiamat"
( 1924patah perkataan sahaja)
~~*~~
Cerita ini adalah sebuah dongeng rekaan. Tidak ada kena mengena dengan HP apa sekalipun (gambar adalah hiasan yang tidak menghias) juga tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang masih mati.
Tetapi suka dimaklumkan, cerita ini adalah nukilan penuh penulis. Jika ada yang berminat ingin memotong cetak mana-mana karya penulis yang hina ini, segeralah berbuat demikian, tidak perlu minta izin dan tidak perlu sertakan nama atau link penulis. Ikhlaskan diri anda. Dan jangan lupa baca basmalah (bagi yang beriman).
terbaik la akhi. :)
ReplyDeleteehem2...mcm penah jmpa hp 2..rahsia2x..
ReplyDelete-kena blajar lg irfan ,
ReplyDelete-i'allah, klu jumpa cth hp kat atas beli je..., bagi kat org yang nak memerlukan