-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, July 20, 2011

1 + 2 : semanis Kurma

Pitih :Duit

1 + 2 : manis tak kurma ini

Sebuah kenangan bersama adik – beradik Generasi 1 ku…
Penceritaan dalam bentuk Plot masa (perlu juga belajar gaya Format, Fuh!) :


[hah, mesti ada kaitan gambar ni dengan cerita]



Awasan!! : kisah ini bukan digarap untuk kepentingan penulis. Jika anda terasa sedemikian habiskan pembacaan.


Lewat malam jam 11 pm,

“Kami berpakat bertiga untuk pekena sekopi cawan yang dikongsi semeja di sebuah Restoran,
Kami yang datang dari dari tiga penjuru, Temerloh, Melati, Dan Apartment, Cheras


Jam 11.30 pm,

“Kami bertemu melepaskan rindu yang sudah lama terperap dan di pendam!!, manakan tidak, inilah masa barangkali dapat mengimbau kisah nostalgia bersama, kerana malam tersebut masing – masing bergelar bujang sebentar. . . . . [kak long, kak ngah baca ke~ huhu]

“ana bertanya, apa kebiasaan yang kalian bualkan bersama adik-beradik??”, itulah kisah anda, kami berbeza.
[teruskan, tiada paksaan tapi kisah ini berkait hingga habis]

Masuk cerita…, Praktikal Doktor si Angah di Temerloh, kisah Exam di tempat kerja baharu si Along, Perdebatan yang sedang berlangsung di UIA, masa depan ku si Uda (eh… nak spirit sikit), perkara ini rutin di buat oleh manusia sekeliling,  dan menjadi kelainan apabila isi restoran tersebut seakan tengah berada di satu pawagam yang sama, dan perhatian tajam tanpa berkedip mata ke arah screen tersebut. Istilah screen ini ialah kearah kami apabila, “kami tangguh dengan sapaan mesra.”

Kata - kata seorang akh :

“Biasakan perkara yang tidak biasa (sunnah yang jarang di buat) "

“Beza antara biasa dengan luar biasa ialah perkataan Luar”


. . . .  . . . . . . . .  . .  . . . . .  


Perlu. Malam tersebut untuk diri ku berangkat ke Johor.

Malam yang di nanti oleh Rasulullah dengan melipatkan amal (Nisfu sya’ban)
Masakan tidak, keinginan itu juga ingin ku sahut dan sambut, diri ku merancang untuk bertolak pulang ke Johor, dengan menganggarkan  boleh tiba sebelum waktu subuh, aku mengatur langkah yang “Ideal” dengan merancang drive kereta “secara selamat” berhenti di ayer keroh sebentar, dan bermunajat di Machap (Inilah perancangan manusia).

Anda mungkin bertanya. . . .  [ Idealnya dia ni, tak penat ke ]

Seusai “sapper”, Angah bertanya, “tahu tak jalan nak keluar KL ni”, aku hanya mampu berdiam senyum, bingkas abang ku bangun dan ajak ku mengikuti kenderaannya dari arah belakang. Seorang abang yang aku segani dengan akhlaknya, aku tidak pelik jika ada manusia sekelilingnya menerima hidayah di sebabkan Akhlak yang ditunjukkannya. Bukankah Akhlak Rasulullah juga begitu, dan lebih baik sehingga mereka yang tidak beriman pada awalnya terus lantang keimanannya seperti Khalid Al-Walid.
[ini kisah si angah, lihat di bawah pula, abang ku seterusnya]



12.30am

Allah memberi Ujian kesabaran, ketabahan dan pengorbanan kepada Generasi 1, apabila angah ditimpa kecelakaan kenderaan ketika membuat pusingan U-Turn, KEDABOW… SEREEH!!, kami bersegera mendapatkan angah yang ditimpa kemalangan tadi, dari jauh aku melihat abang ku tertunduk mencari kekuatan, semakin hampir aku ke arahnya, semakin berdegup kencang jantungku, aku mulai dengan menyapa pemilik kenderaan tersebut dengan salam dan melemparkan senyuman, beberapa ketika kemudian along tiba memberi semangat psikologi dalam suasana klimaks tersebut, kami yang hadir untuk teman, sekadar senyum dan mendampingi rapat antara adik – beradik, semakin rancak “charge positif dan Negatif”.

Selepas melalui proses Muhasabah :
 
Bila hati menghadap Tuhan, Baru ku sedar, ada kelemahan, terasa Kerdil berbanding yang Esa, terharu terfikir, betapa Agung nya..Tuhan
-Nasyid-

Alhamdulilh. . . . .,
Ku kira Brother tersebut telah memberi peringatan yang setimpal kepada kami dengan belas kasihan keringanan beban keatas kami, beliau hanya meminta ganti rugi seminimum yang mungkin yang aku sendiri kira, Allah hantar “Insan” tersebut untuk memberikan pengajaran kepada kami bertiga adik-beradik, jika nak diceritakan ganti rugi yang diminta oleh pemilik kenderaan tersebut, pada waktu itu kedua-dua kewangan abang ku, apabila di campur Dana tajaan mereka [isi dompet], kurang dari RM35 yang mereka ada, 

aku yakin rezeki Allah pasti ada di mana sahaja, dengan bekalan yang aku miliki untuk bawa pulang perjalanan ke johor (selepas mengambil kira, Plaza Tol, minyak kereta kenderaan yang dipinjam dari ayah ku), aku berikan sebahagian besar kewangan tersebut kepada abang ku untuk membantu membayar kos kerosakan pemilik kenderaan tadi, moga Allah menerima amal kebajikan ini. Ketika itu aku tidak terlintas keresahan apatah lagi tidak mematahkan hasrat ku untuk teruskan perjalanan pulang ke Johor juga malam tersebut.

Jujur. Pitih tidak cukup untuk pulang ke Johor

Kemudian ditegur oleh abang ku, “Cukup tak duit perjalanan balik”, “Tidur dululah rumah abang”, kemudian abang ku lagi seorang menegur, ”rumah angah pun ada juga, mesin ATM tutup ni, tak cukup duit nak balik ke johor tu”….

[Aku mula terketuk]

Apabila melihat minyak kereta ini masih mampu beroperasi sejauh 36 KM lagi, tapi kerisauan tidak timbul pada ku, sehinggalah abang ku berulangkali kata, kena isi juga. . . . . Baik. Insaf.


1 am

Malam itu juga, sejam kami pusing sekeliling cheras berdekatan untuk mencari ATM 24jam, tetap tidak dijumpai.

Allah mencampakkan rasa kerisauan pada ku bertambah, kerana esok ada pengisian bakal ku berikan mengantikan ayah ku di masjid, di tambah pula azam ku untuk berjumpa ibu dan adik beradik ku untuk memanfaatkan malam nisfu sya’ban bersama mereka sebelum subuh juga semakin meleset.


1 am +

Tiba – tiba dalam generasi 1 ini, Along telefon. . .  “Datanglah ke rumah along, along ada sedikit lagi Duit”. Beliau bekorban dengan memecahkan tabung yang dikumpul bersama Zaujahnya untuk kegunaan babinya kelak, tabung dipecahkan, semata – mata untuk menampung sebahagian perbelanjaan perjalanan ku pulang ke johor. Sehari mereka akan menabung RM1, dan wang yang diberikan kepada ku, dalam bentuk nilaian kepingan sehelai-sehelai RM1, terima kasih along dan kak long moga Allah melimpahkan rezeki di ceruk – ceruk yang tidak di sangka – sangka,
[Aku tidak hairan, jika manusia tertawan hati dengan abang ku ini, Kini dan selamanya].
 
Teringat aku akan kesah sahabat,kayanya Abdul Rahman b. Auf,...  akan tetapi ketika meninggalnya beliau, kain kafannya pun tidak cukup untuk di tutup dari hujung rambut hingga kaki. di Manakah harta yang banyak tersebut!! Magic bukan!!

Aku ingat lagi, tatkala aku ditanya oleh Cashier minyak, “banyak ni, duit RM1, cukup ke hingga RM60”, Aku jawab, “Ini duit tabung abang saya, saya percaya sangat dengan dia walaupun saya belum sempat kira, kalau abang tak percaya dengan saya, Bismillah dan sila kira”. . . . . cashier tersebut senyum, “ok RM60, hati - hati memandu”


1.30 am

Aku mengerti erti kemanisan dalam kepayahan,

Erti kerinduan dalam kesedihan,

Erti ukhuwah dalam pengorbanan. . . . . ,

Ditambah pula malam tersebut manusia sibuk beribadah dan bermunajat pada ilahi, ruang yang ada pada ku, barangkali Allah terhadkan pergerakan ku, tetapi aku sedar akan tindak – tanduk zikir dan fikir ku . . . . . ., sepanjang perjalanan tersebut ku basahkan bibirku dan berkaca mata ku menginsafi dosa dan semoga di kabulkan hajat doa orang yang bermusafir, ku harap. . . . . Terimalah Taubat

Meter minyak menyebabkan aku kurangkan penggunaan keselesaan untuk jasad, dan tanah,
aku terus basahkan dan selesakan Ruh ku. . . . . .

Semakin jauh perjalanan, semakin berkurang minyak. . . , maka aku ambil pendekatan, meminimumkan penggunaan “Chemical energy”, dengan setiap kali berada di kawasan berbukit, aku  akan mematikan enjin kereta, dan meletakkan gear dalam posisi “free gear”, Nikmatnya angin luar. . . ,

[kadang – kadang, kereta dah berhenti, baharu aku tersedar dan “start” enjin kenderaan semula]

[Juga, mesej dari beberapa ikhwah menegejutkan ku, Ya Allah seronoknya berada dalam Gerombolan ini]

. . . . . . . . . . . . .



7 am

Jika perjalanan ku sebelum ni ke KL, 3 jam,
Kali ni, perjalanan ku dari KL ke Johor, bertolak 1.30 am, tiba 7 am. . . . . .
Allah mengetahui setiap tindak tanduk hambanya tanpa terlepas walaupun sesaat,
Aku dapat jumpa juga Ibu dan adik – beradik ku dalam keadaan baik,
Juga dapat melaksanakan pengisian dan program dengan bersemangat dengan “isi mendidik cintakan Allah dan Rasulullah, Bestnya Ramadhan”.


. . . . . . . . . . . . . .


Risau juga kalau kepenatan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih mudharat yang terus akan melambatkan dakwah ana. Lebih teruk kalau ia menghentikan terus dakwah ini. Contohnya..? Eksiden di jalan raya akibat terlelap ketika memandu. Nau'dzubillah..
(Terbaru cukup ramai ikhwah dan akhawat yang eksiden disebabkan hal ini. Pastikan anda lebih berhati-hati; kalau penat sila berehat!)

Bukan,bukan hendak berbangga diri. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Sekiranya ana berbangga, ana mohon ditegur direct / di tocher dengan cara Abu Bakar atau Umar. Yang pasti! anda habiskan pembacaan kisah ini. Cuma hendak berkongsi dengan anda yang diri ku kepenatan. Terlalu amat penat. Dan ana yakin jadual kita tidak jauh bezanya dengan jadual kehidupan kebanyakan ikhwah dan akhawat di luar sana. Benar bukan..? Malah rutin harian kita, jika hendak dibandingkan dengan mereka yang dah Graduan (berkerja &Pak cik2) di luar sana, Subhanallah, malunya! Jadual mereka jauh lebih padat dengan aktiviti-aktiviti membina manusia!

Hakikatnya, diri ku lebih suka begitu keadaannya, jadual yang penuh dengan aktiviti yang berfaedah setiap masa dan ketika, daripada dihabiskan dengan perkara-perkara jahiliyyah yang mengundang dosa dan noda. Buku ilmiah juga menanti!!

Tetapi ya, tidak dinafikan, badan ku sudah penat. Sungguh penat.

Berehatlah kalau begitu! Kata anda. 

"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."

Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hu..

Mana ada masa nak rehat Brother and Sisster in Islam. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah Kancil, kelisa, viva pula..?

Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.

Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.

Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada api neraka.

(Tiba-tiba sebak pula menulis tiga ayat yang terakhir ni)

Doakan ana agar terus diberi kekuatan olehNya. Terima kasih.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

[at-Taubah, 9:41]

[Bukankah! Ini juga impian anda]

Nikmat Manis dalam kemanisan ku rasai =)
Thanks Allah

p/s : 1 + 2 membawa maksud bilangan adik beradik,
Jika nak ubah, ubahlah kepada anda yang 1 hari ini, menjadi hebat kepada Tenaga 3, Iyeah!!


2 comments:

  1. subhanallah akhi..ase nk nangis ana baca....

    ReplyDelete
  2. mudah2an terus Basah,
    Doakan untuk kerehatan kita bersama di Syurga menjadi real.. iyeah!

    ReplyDelete