Bismillah,
Teori untuk Praktikal… Iyeah!!
Ramai manusia boleh menyebut “satu hari nanti nak jadi……..”
Itulah istilah teori (eh.. tak menafikan iye, memang untuk bagi semangat motivasi pada diri, itu impian semua orang berhak untuk melafazkan Impian masing-masing, ni kan “Human right” – terpengaruh Ayat seseorang ketika Debat BI MUSLEH 2011)
Ana bawakan analogi yang lebih mudah di damping dan rasa disayangi…. Islam itu mudah, Insya Allah…
"Bayangkan anda mendapat Result SPM 12A+ daripada 12 subjek yang diambil, Wah!! Sume A+,
pastinya, anda ingin berkongsi dan menceritakan saat bahagia ini pada sahabat yang lain kan! Bahkan… ada yang lebih advance, dengan senang hatinya menceritakan kejayaan yang gemilang tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa ditemuduga, tatkala diberi ruang dan peluang berucap di khalayak, akan diselitkan unsur kejayaan SPM nya itu… “saya memperolehi SPM 12 A+ dengan usaha saya sendiri, bukankah anda juga ingin Berjaya, dan berkongsi cerita kejayaan tersebut dengan orang tersayang”, masakan tidak, khalayak se isi dewan ingin Berjaya dan melaksanakan misi yang sama, iaitu berkongsi dan pastinya menceritakan kejayaannya kepada orang lain”
pastinya, anda ingin berkongsi dan menceritakan saat bahagia ini pada sahabat yang lain kan! Bahkan… ada yang lebih advance, dengan senang hatinya menceritakan kejayaan yang gemilang tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa ditemuduga, tatkala diberi ruang dan peluang berucap di khalayak, akan diselitkan unsur kejayaan SPM nya itu… “saya memperolehi SPM 12 A+ dengan usaha saya sendiri, bukankah anda juga ingin Berjaya, dan berkongsi cerita kejayaan tersebut dengan orang tersayang”, masakan tidak, khalayak se isi dewan ingin Berjaya dan melaksanakan misi yang sama, iaitu berkongsi dan pastinya menceritakan kejayaannya kepada orang lain”
Maka…..
Boleh ana katakan : sesuatu yang baik itu mesti nak dikongsikan dengan orang lain kan!!
Kan!...kan!!
. . . . . . . . .
. . . . .
. . .
Iyeah!! Itulah juga Dakwah, bukan kah ia benda yang baik yang perlu dikongsikan dengan manusia lain…
Adakah anda masih Fobia mendengar kalimah “Dakwah” ?
. . . . . .
. . . . .
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(Aali Imran 3:104)
Ayat tersebut, jika di nilai umum, maka hanya refer kepada sebahagian je kan yang akan buat Dakwah…
Jom lihat next..
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
(Aali Imran 3:110)
Ok…ianya refer kepada KITA… umat Nabi Muhammad… ke ada Ummat yang lain lagi??…
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."
(Al-Maaidah 5:35)
Hmm… dah tahu rasanya jawapan ni, jika anda muslim masih belum rasa, tapi.. jika KITA meletakkan diri pada golongan Mu’min (Orang-orang beriman), inilah kita… ingat juz’ 29, 30, banyak di sebut orang mu’min karana fasa Mekah…
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
(Al-Hujuraat 49:15)
Iyeah!! Yang pada akhirnya… Allah melimpahkan ganjaran yang, fuh!! Peluh yang dititis, rasa nak banyak kan titisan..
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." "(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
(As-Saff 61: 10-13)
.................
Ana tertarik dengan satu seminar yang di jalankan baru ni, kata salah seorang syeikh Pak Arab,Syeikh Jum’ah namanya yang menjadi ahli Panel, beliau menekankan bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka.
Jadi anda berani masuk ke gelanggang “Dakwah”…. !!
beberapa dialog :
“memang meremang bila saya lah yang kena lakukan”, kata lain…
“em.. memang nak.. tapi, tak de skill…” lain nya..
“nak jadi puak lagi satu je lah,yangt idak menyeru mana-mana , sekurang-kurangnya saya tidak mengajak melakukan maksiat…,” oh..begitu, jadi rela melihat maksiat (kata pembaca lain)..
“Iyeah… nak..nak, tapi macam mana ek cara nya nak menyampaikan Dakwah…”
. . . . . . .
. . .
Cuba berfikir sejenak, Dakwah ini pasti melalui pemulanya….
. . . .
. . . . . . . .
Ilmu dan Tarbiyah… Iyeah!!
Bagaimana Rasulullah didik para sahabat dengan menjadi Murobbi di rumah “Arqam bin. Abi Arqam”
Begitu juga Khabbab menjadi Naqib kepada, “Umar al-Khattab, Fatimah, said(suami Fatimah)”
Itulah Tarbiyah yang di semai bermula dari seerah lagi..
. . . . .
. . .
Tidak sihat lah jika hanya menerima Ilmu, bila nak di kongsikan.. macam belajar untuk exam semata (bila nak dipraktikkan)
Tatkala ada praktikal itulah baru langsai satu kitaran sihat (teori dan praktikal)
Saat Tarbiyah itu di penuhi dada-dada Iman, saat itu jugalah Dakwah di sebarkan..
. . . . . . . .
. . . . .
. . .
tapi bagai mana caranya untuk ber Dakwah!
. . . . . .
. . . .
. . .
wah !! dah tak sabar la ni iye ,(mari ana mengusap rambut si Unais), baik... cuba anda fikirkan cara sejenak yang terlintas, walaupun satu sebelum click ke bawah (saya pula merayu, selepas anda merayu pada saya tadi, baru jadi deal yang berjaya=)
. . . . . . .
. . . .
hah!! belum fikirkan lagi ke? bismillah, Allah lebih Maha mengetahui ....
. . . .
. . .
iyeah!! apa yang anda fikirkan tadi, itulah "Dakwah"
Cara berDakwah adalah “Seni”
Seni itu harus di cari dan di experimentasikan..
ianya bukan Fixed kepada 1 cara, tetapi kepada cara yang digunakan anda . . . . . .
sebab Allah berikan "Dakwah dan Tarbiyah" ini, hanya ada pada Manusia...
kata hikmah Saiyidina Ali r.a. iaitu “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.”
Moga Allah permudahkan, selamat beramal..
"Jika seseorang Dai' itu Ikhlas melakukan kebaikan dan kebajikan, dia akan gembira dan senang hati melihat sesiapa sahaja yang membuat dan mengajak melakukan Amar ma'ruf Nahi mu'kar"
No comments:
Post a Comment