-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, July 3, 2011

Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?

Ikhwah  : Saudara lelaki
Akhwat : saudara perempuan
(Nota satu: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang pernah dan sedang menyertai bulatan gembira. Tetapi kepada anda yang berdegil untuk membacanya, boleh je. Cuma jangan paksa saya untuk memberikan penjelasan lanjut,hu~)

Nota dua: Artikel ini mungkin sedikit kontroversi. Pastikan anda baca sehingga habis dan hadam poin-poin yang cuba saya sampaikan sebelum anda mula mencaci-maki memuji-muji. Wah!)
[Kredit Gambar]


Saya tidak tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak dalam kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan..., saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan.

Mungkin anda mahu memberi izin laluan dan berkata pula yang ensem tu subjektif, bergantung kepada citarasa dan pandangan masing-masing. Mungkin ada juga yang akan menempelak dan mengatakan yang tak penting ensem rupa paras, yang penting hati ensem dan akhlak bergaya. Kan..?

Tapi itu bukan poin saya di sini. Poin saya, kenapa tak ramai dalam kalangan para dua't lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ensem? Ensem dalam definisi yang konservatif dan arus perdana. Maknanya, kulitnya bersih dan licin, tiada jerawat, ada lesung pipit, hidung seludang mancung, bibir merah, rambut kena dengan bentuk muka, muka yang simetri, dagu lekuk, tubuh badan yang cantik... Dan seterusnya. Kiranya pakej penuh la..! Sempurna!

Kebanyakan ikhwah yang saya jumpa, biasa-biasa sahaja. Yang tak ensem pun ramai. Yang betul-betul ensem, kacak dan bergaya.. Err. Rasanya tiada. Yang rupanya boleh tahan dan sedap dipandang mata, mungkin boleh dikira dengan tangan campur jari-jari kaki yang ada. 

Hish penulis ni, anda mendengus. Jangan merepek boleh tak..? Allah tidak melihat pada rupa paras! Bukan siapa yang lebih canteque dan ensem yang akan melangkah masuk ke syurga, tetapi mereka yang diredhai Allah..! huh..!

Sabar, sabar, jangan cepat melompat. Saya setuju dengan poin itu, yang menentukan keredhaan Allah ke atas kita bukanlah rupa paras, harta, pangkat, keturunan, anak-beranak dan siapa kita di dunia ni. Saya setuju sangat dan tiada bantahan mahupun izin laluan.

Tapi anda, anda masih tidak dapat menangkap maksud saya manulis artikel ini bukan..? Adakah orang yang ensem dan canteque tidak mahu masuk syurga seperti kita semua..? (Eh, seolah-olah saya membuat kesimpulan semua yang membaca belog ini tidak ensem dan canteque..! huh! ) Pastinya mereka juga menginginkan keredhaan Allah yang hakiki bukan..?

Jadi kembali kepada persoalan saya yang utama; mengapa tidak ramai di kalangan mereka yang dikurniakan Allah dengan wajah yang hampir sempurna menyertai pasukan dakwah ini..? Atau dengan kata mudahnya, mengapa tak ramai ikhwah yang kacak bergaya..? Hu. 

Saya tiada jawapan yang pasti. Tetapi saya ada satu teori dan saya menjangkakan yang teori ini bakal menimbulkan kontroversi yang panas lagi sensasi. Anda bersedia..?


Begini. Pada pandangan dan pemerhatian peribadi saya, mereka yang kacak, ensem dan tampan ini, ujian yang mereka lalui adalah lebih getir dan besar. Hanya dengan rupa paras mereka yang hampir sempurna itu, mereka telah pun diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dari pelbagai arah. Maka kebarangkalian untuk mereka tewas kepada ujian-ujian tersebut adalah lebih tinggi daripada lelaki-lelaki yang tidaklah sekacak mereka.





Apakah bentuk ujian-ujian tersebut..? Baaaannyaaaakk. Antaranya, apabila mereka memiliki rupa paras yang menawan, menarik tertarik kau memang debomm!, pastinya ramai anak-anak gadis yang memuja mereka, yang merelakan diri mereka untuk 'dikapelkan' atau yang lebih ekstrem lagi, menyerahkan tubuh badan mereka untuk diratah secara percuma dek tertawan dengan rupa paras si jejaka yang ditawan. Arakian bagi lelaki yang tidak cukup kuat imannya, ini adalah promosi jualan runtuh yang amat sukar untuk mereka tolak mahupun pandang dengan sebelah mata.

Antara ujian lain termasuklah tawaran-tawaran berlakon, sama ada di dalam filem atau drama, atau pon dalam iklan-iklan komersial yang lain. Lagi ensem diri seorang lelaki itu, maka lagi hebatlah tawaran yang diterimanya. Kemudian mulalah cucukan-cucukan syaitonirojim yang maha hebatnya, dan ini termasuklah berlakon bersama perempuan menggiurkan yang bukan mahramnya, membuka aurat sini sana tanpa batasan dan memakai aksesori-aksesori yang diharamkan bagi seorang lelaki. Dapat pulak tawaran berlakon dengan firma antarabangsa. Ala, setakat berbogel sekali-sekala, takkan sanggup nak tolak wang dan harta berjuta ringgit dan wanita cantik sekeliling pinggang..?? hu.


Salman Khan, Sharukh Khan(my name Is Khan) dan Aamir Khan (3 Idiot). Pelakon 'Muslim' yang gah di arena Bollywood. Mereka amat kacak bukan..?? [Kredit Gambar]


Belum lagi dikira ujian hati. Anda rasalah, apa agaknya yang lelaki-lelaki ensem dan kacak ini rasa setiap kali mereka dipuji dan dipuja atas kecantikan rupa paras mereka? Hatta lelaki yang kuat iman sekali pon boleh jadi akan tewas dengan pujian-pujian yang datang bertalu-talu, lebih-lebih lagi sekiranya pujian tersebut datangnya daripada makluk bernama hawa. Cair cair. Kalau hati pon dah susah nak jaga, apatah lagi anggota badan yang lain kan..? Uhm uhm.

Makanya, tidak hairanlah sekiranya ramai dalam kalangan jejaka-jejaka kacak yang memilih kehidupan berhuha-huha, penuh dengan noda dan maksiat kerana tewasnya mereka dengan pelbagai jenis ujian yang melanda. Ya, mereka lahir dengan rupa paras sedemikian rupa dan bukan mereka yang meminta untuk lahir ke dunia dengan rupa yang menawan dan tampan (walaupun saya sangat yakin yang mereka suka dan gembira dilahirkan sedemikian rupa) itulah ujian buat mereka. Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan.

Mujahadah mereka untuk berhadapan dengan ujian-ujian ini lebih besar dan hebat daripada lelaki-lelaki yang biasa-biasa sahaja dan tidak berketerampilan menarik seperti mereka. Tidak ramai yang sanggup untuk terus bermujahadah kerana terpaksa mengorbankan perlbagai kepentingan diri dan nafsu di hati. Maka ramai antara mereka yang memilih jalan yang lebih mudah dan kelihatannya seronok dan menguntungkan, kehidupan dunia yang indah dan mengasyikkan, tetapi malangnya penuh dengan dosa dan noda. Astaghfirullahal adzim..

Maka tidak hairanlah, Nabi Yusuf a.s., salah seorang daripada Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Allah dan terkenal dengan rupa parasnya yang hampir sempurna berdoa untuk dijauhkan daripada godaan-godaan dunia yang menggugah keimanannya:

"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"
[Yusuf, 12:33]

Sebab itulah saya amat kagum apabila melihat adanya ikhwah yang berupa paras cantik dan menarik, kerana saya tahu bukan mudah untuk mereka terus berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Benar, banyak lagi bentuk ujian lain yang menimpa seseorang manusia itu, seorang akh yang tidak smart rupa parasnya mungkin ditimpa dengan pelbagai jenis ujian lain yang juga mencabar (rupa paras yang tidak cantik itu juga sebenarnya satu bentuk ujian). Tetapi pada pendapat saya, ujian yang dihadapi oleh seorang lelaki yang ensem dan kacak bergaya adalah lebih besar dan menyusahkan, kerana cabaran-cabaran yang datang bersama dengannya adalah lebih dekat dengan hati dan nafsunya. Bukankah begitu..?

Menelusuri sirah para sahabat Nabi SAW, anda akan mendapati ramai antara mereka yang kacak, ensem dan tampan rupa parasnya. Dan sebelum Islam masuk dan mengetuk pintu hati mereka, merekalah pujaan wanita-wanita di zaman itu. Merekalah Justin Bieber, Brad Pitt dan James Franco di era itu. Nama-nama seperti Mus'ab, Hamzah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam meniti di bibir-bibir anak-anak gadis Mekah. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang amat kacak dan ensem orangnya. Namun selepas Islam menjadi cara dan tujuan hidup mereka, pengorbanan untuk mereka meninggalkan jahiliyyah yang lampau adalah amat besar kerana mereka tahu hanya dengan rupa paras yang cantik, mereka tidak mungkin dapat membeli tiket ke syurga.

Kerana itu jugalah saya amat suka merenung dan mahu bertaaruf dengan ikhwah yang kacak dan tampan (Err...), kerana saya tahu perjalanan mereka untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan yang mudah dan dihamparkan dengan karpet merah. Uh tidak bermakna saya meminggirkan ikhwah yang kurang kacak dan ensem tahu..?? Bunyinya seperti amat salah dan sesuatu, tetapi jagan khuatir, saya tahu batas-batasnya. *huhu*

Begitulah. Kini anda tahu mengapa saya katakan tidak ramai ikhwah yang ensem dan tampan bukan..? at list di Malaysialah. Ni Arab sana nun mungkin ramai je yang kacak bergaya. Senyum sedikit nakal. Atau mungkin juga saya belum berkesempatan bertemu dengan ikhwah yang ensem dan bergaya. Huhu..

Oh ini teori saya sahaja faham ke..? Ada kemungkinan teori ini sesat baghat dan tidak ada asas-asasnya. Tetapi ini berdasarkan pemerhatian saya yang lemah ini dan tidak dapat tidak, saya sering memikirkannya. Agak pelik mengapa lelaki-lelaki yang ensem kebanyakan berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan, juga di kelab-kelab malam serta iklan-iklan komersial, tetapi amat kurang yang berada bersama gerombolan dakwah dan tarbiyyah.

Kebetulan ketika sedang menulis artikel ini, terbaca tentang kisah seorang sahabat Nabi SAW yang hodoh di sini. Uhm.. Tiada konsep kebetulan kan..? 

No comments:

Post a Comment