-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, December 27, 2015

Bedah ayat [42 : 13] - Ruh amal dakwah



Bedah ayat : Asy-Syura (13)

“Allah telah mewasiatkan kepada Ad-Deen yang telah di wasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepada Mu, dan apa yang btelah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, Iaitu tegakkanlah Ad-Deen dan janganlah kamu berpecah – belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang – orang Musyrik untuk mengikuti Ad-Deen yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang di kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjukNya bagi orang yang kembali kepadaNya”
[42:13]

Alhamdulillah masih ada waktu untuk menulis, Moga mengharap sangat Allah memberkati masa saya sehingga mampu menulis buat bacaan tambahan kefahaman bagi para Duat di luar sana. Ada yang PM agar paksakan saya ada masa untuk menulis dan ada yang membuka Blog ini, namun tiada apa yang di tambah melainkan di ulang baca post – post sebelum ini.

Betapa sesak dada saya untuk menulis tatkala mentadabbur ayat ini, sehingga kesesakan itu saya sempatkan juga untuk menulis agar kalian yang membaca ini merasai seperti apa yang saya alami.

Baik langsung aja begini, menarik dalam ayat ini.

Oh sebelum tu, sila bersama dengan Al-Quran dan terjemahan sekarang jika sukar nak memahami terus Bahasa Arabnya.

Kenapa agaknya, dalam ayat 13 sahaja dalam surah Asy-Sura ini, Allah menyebut 4 orang Rasul?

Siapakah itu? Iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Dan apa isi kepada ayat ini?

Iaitu Allah mewasiatkan kepada kita agar ikut buat seperti 4 orang Rasul ini, barulah Ad-Deen ini akan tertegak! Tidak boleh sekalipun mengambil salah satu sahaja dari semangat para Rasul ini.

Faham ke?

Begini, kalau ambil salah satu, kita akan menyebabkan ia masih “tatafarraku fih”, iaitu ad-Deen ini mungkin boleh jatuh semula atau tak mampu bertahan, sebabnya kerana orang di dalamnya tidak faham dan beramal dengan kefahaman yang sepatutya.

Jadi, kena ambil ke empat-empat Rasul ini punya “Ruh amal”.

Ok, saya kena akui saya tidak boleh menulis panjang dah sekarang. Rasa nak shut down laptop sekarang. Doakan saya agar terus Istiqamah guna kan “alat” yang memang saya akan guna iaitu laptop untuk kerja dan belajar saya, alang-alang ketika setiap kali buka, saya boleh start menulis sikit – sikit.

Ok, kembali semula.

Baik, untuk pastikan ad-Deen ini boleh berdiri, setuju atau tidak, tiada cara lain melainkan kena tarbiyah dan berdakwah! Fokus post ini pada Dakwah.

Maka, kita akan bedah keempat Rasul ini dari sudut “Ruh amal” Dakwah mereka.

1)  Nabi Nuh:
Berdakwah 24 jam, setiap masa dan guna apa sahaja cara tidak terikat dengan satu cara tajmi atau beberapa cara DF. buktinya dalam surah Nuh di sebut beliau bedakwah Siang malam, rahsia dan terang – terangan. Ruh amal dakwah baginda ialah dakwah ini kena berterusan, sehingga meresap masuk dalam kehidupan kita.

Ibrah dia pada kita, Islam hanya akan boleh menang pada Duat yang berterusan buat dakwah, dalam fikirannya dakwah, duitnya untuk di infaqkan atas jalan dakwah, masanya rela di berikan untuk ditarbiyah dan mentarbiyah madu’nya.


2)  Nabi Ibrahim:
Sejak baginda yakin Jahiliyah salah, bahinda mencari Al-Haq, sejak itu naginda di uji, selepas satu persatu ujian yang belaiu hadapi setelah buat Dakwah, dengan di herdik oleh ayahnya, keluarganya, masyarakat di tempatnya, sehingga di bakar hidup – hidup.

Ibarah pada kita adalah, suatu yang biasa dan sunnatullah atas jalan ini jika kita di uji dengan Ujian, dipulaukan, ada kawan karib yang mula menjauhkan kita, ada mak ayah yang mula menghalang kita, di uji dengan ketiadaan duit, result exam jatuh, penat lelah, di uji dengan ukhuwah, emosi. Anda ada pilihan lain? Jika anda tidak mengikut gerabak dakwah ini sekalipun, anda akan ada ujian, Cuma bezanya, ujian dalam dakwah ini ada kemanisan dan penghujung yang selamat!


3)  Nabi Musa:
Anda tahu bukan, Siapakah Madu’ yang perlu baginda hadapi, iaitu bapak Firaun sendiri. Dengan kekurang pada baginda iaitu percakapan, Allah kata hadapi juga madu’ ini yang merupakan ketua Negara, ketua tentera, ketua kewangan dan segala ketua lah. Dan Baginda, nabi Allah Musa, tetap teguh menghadapi Madu’ ini sekalipun dengan ada serba kekurangan.

Ibrahnya adalah: Wajib untuk menangkan islam ini perlu berhadapan dan berdepan, bukan mengalah, berundur dan lari ke belakang, apatah lagi sekadar dakwah di papan kekunci ke. Persoalan lagi, Apakah madu’ anda seperti Firaun? Yang selalu buli anda, lukakan anda, nak mengugut nyawa dan keluarga anda? Tak de pun, ujian madu’ kita semua comel – comel belaka, nak kena menghadapi sikit je ujian, alasan madu’ kata sibuk lah, couple lah, ada yang merokoklah, ada yang sibuk dengan kolej, univeristi, persatuan lah. Sabarlah, sikit je ujiannya…. Sabar kita bukan beerti tidak buat apa – apa, sabar yang kita faham adalah kena fikirkan buat  sesuatu!


4)  Nabi Isa:
Apa agaknya kerja dakwah dari Nabi Isa? Cuba anda teka, dalam banyak – banyak nabi yang di ceritakan kepada kita, Nabi apakah yang memang clear di jelaskan dalam wahyu yang ada pelapis selepas ketiadaan Rasul tersebut? Tidak lain iaitu Nabi Isa sendiri, iaitu mutarobbinya yang 12 orang, golongan hawariyyun. Pelapis yang di tinggalkan oleh Nabi Allah Isa ini, buka madu’ biasa, tapi “Ansarullah”, iaitu sanggup menghadapi segala malapetaka di hadapan mereka. Tidak pula Allah specifickan, siapakah nama setiap dari 12 orang, dan apakah nama team mereka ini. Cukup dengan 12 orang ni, faham yang sama dan buat kerja yang sama. Nama tidak penting, tapi kefahaman dan amal yang sama.

Ibrah pada kita ialah, pastikan kita ikut dakwah ini, kita juga melahirkan Murobbi, bukan orang yang biasa – biasa, seperti Nabi Isa, meningglakn 12 orang murobbi. Itulah keperluan dan kerja kita sekarang. Jika tiada pelapis, apa yang kita buat sebenarnya selama ni? Tak kan buat video je, tak kan menaip blog dan sembang di FB je? Tak kan asyik buat flash mop je?

Akhir kalam,

Jika keempat – empat ini kita tiada, atau ada 3 sekalipun tidak miliki keseumuanya, maka jangan harap islam akan berdiri kukuh.

Ianya hanya akan berdiri dan di dirikan oleh mereka yang, kehidupannya untuk dakwah seperti Nabi Nuh,

Sanggup menghadapi ujian dakwah seperti Nabi Allah Ibrahim,

Sanggup turun padang bila – bila masa untuk berdakwah dan menghadapi siapa sahaja madu’ dakwah tanpa beralasan seperti Nabi Allah Musa,


Dan ada melahirkan pelapis murobbi seperti Nabi Allah Isa, bukan sekadar menumpang nama atas gerabak tarbiyah!

No comments:

Post a Comment