-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, August 20, 2015

Wahai sang Engineer! Jangan futur ye!


Buat akhi ku, ukhti jua, yang mengambil bidang Engineer dan Doktor

Aku sayangi kalian seperti mana aku mengasihi diri ku kerana Allah.

Maka, Aku tuliskan rencana ini untuk anda.

Ewaaah, berbunga di situ.

Baik, terus pada point saya.

[ Warning buat yang mengikuti gerabak Tarbiyah ]

Kerana anda orang bijak, orang yang Allah anugerahkan kecerdikan IQ. Maka, saya yakin anda boleh rasional berfikir, meletakkan emosi di tepi sebentar.

Letaklah pada neraca kita yang sama, Tarbiyah dan Dakwah.

Oh ya, sebelum itu, saya nak buat desklimer . . .
Saya akhirnya tidak bertanggungjawab jika apa - apa yang berlaku, kerana akhirnya inilah saya, saya menulis khusus buat ikhwah akhwat yang mengikuti tarbiyah untuk ambil pena ini sebagai muhasabah. Saya ulang, sebagai muhasabah kerana anda orang tarbiyah!, Jika anda nak pertahankan juga, atau datangkan hujah - hujah anda, silakan . . . tapi ia tidak akan habis. . . kerana saya lebih risaukan ia adalah sebab hawa Nafsu.

Melainkan, anda mengambil secawan air vico, minum, hiruplah ia dengan tenang sambil berfikir panjang semula sebelum membuat keputusan . . .

Jika masih study, berfikir. . . . untuk berhenti?

Begini, perasan atau tidak.

Niat anda belajar bidang Enginer dan Doktor sebenarnya sebab nak menjamin pekerjaan yang selesa. Untuk pastikan anda dan keluarga anda hidup bahagia, benar kan? Jujurlah pada saya.

Wahai engineer, cuba tanya diri anda, anda nak kerja dengan siapa bila habis belajar nanti? Petrones? atau TMB? atau Shall. Lihat jawapan anda. Adakah anda terfikir untuk buka syarikat minyak milik ikhwah sendiri?

Wahai Doktor perubatan, ketika anda sudah bekerjaya, apa yang anda impikan? tinggal di rumah banglo, yang ada security guard? kerana apa . . . . kerana anda risau anak, isteri dan harta anda terancam bukan?. Bukankah itu akan lebih menjarakkan jurang hubungan sosial dengan madu', mutarobbi? Anda! Pergilah lihat berapa ramai doktor yang mesra rumahnya dengan masyarakat.

Maafkan saya, Jika benar ia ada di benak anda.

Ketahuilah, Ia bukan salah anda pun, kerana daripada kecil, kita di sogokkan dengan cita - cita sebegitu, boleh jadi daripada ibubapa, pihak sekolah atau dari media. Contohnya iklan minum susu, bila besar jadi Pilot, Doktor, Angkasawan, Enginer, tapi ada tak yang akan jadi Ulama'?

Pelik, tapi benar, kerana ada hidden agenda di belakang tabir. jeng . . jeng . .jeng.

Ok, kita undur, semua di atas itu adalah kisah sebelum di tarbiyah.

Namun, hari demi hari, tetiba di bentes oleh mak cik hidayah dengan Follow up tarbiyah yang kemas, anda pun join gerabak Tarbiyah dan Dakwah (TnD) ini.

Alhamdulillah.

Anda mula di fahamkan dengan tujuan hidup, peranan kita dalam menyelamatkan Ummat yang sarat dengan masalah sosial yang meruncingkan.

Dan anda cuba men"justifikasi", jadi Doktor dan Engineer sebab dakwah. Anda nak tarbiyah ummat, itu adalah medan Fardhu kifayah bagi ummat Islam. Anda siap kata, ia "alat" untuk mencapai matlamat untuk laksanakan tujuan hidup. Anda kata lagi, bila jadi doktor boleh merawat pesakit dalam waktu yang sama boleh nasihat mereka kepada Islam. (hmm, cuba tanya mereka yang dah jadi doktor, berlaku tak macam ni!!). Tapi, ok lah, saya setuju dengan memberi peluang pada justifikasi anda.

Setelah itu, anda mula sedar akan peranan Syahadatul Al-Haq yang sangat merisaukan kita di akhirat kelak, jika bermain - main jika tidak mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain, kerana tahap dakwah itu bukan sekadar menyampaikan tapi kena mencederungkan, yakni sehingga orang tersebut berubah dan dia melakukan sesuatu (Rujukan kamus Al-Muhit)

Ketika itu, anda mula jelas, bahawa study di IPT itu hanyalah sebuah "alat" untuk melaksanakan tugas Tarbiyah dan Dakwah.

Anda bersungguh menjayakannya dengan bersemangat, membuat perancangan, timeline dakwah, buku - buku fikrah mula di bedah satu demi satu, hafazan Al-Quran semakin meningkat untuk kapasiti diri dan me-lasso madu', zikir Al-Mathurat mula di hafal dan diulang - ulang, bangun malam semakin hebat di hidupkan, tazkirah sesama ikhwah ikhwah dan akhwat akhwat tidak lekang, pantang melihat manusia, nak sahaja berbual tentang tujuan hidup, di kala melihat dan memikirkan akan ummat, kita menangisi sama - sama. Ah . . . rindu saat itu.

Begitulah di kala, kita berusaha merasai seperti mana yang di rasai dan dilalui oleh para sahabat. (walaupun tak sejibak atau se"rasai" mereka)

Tahun demi tahun, maka tibalah alam pekerjaan.

Yang menuntut kita sebenarnya terus lebih kuat beramal, bekerja berbekalkan tarbiyah yang pekat di IPT dahulu.

Medan amal sebenar di uji. Fikrah kefahaman anda selama ini yang dibina mula di uji. 

Sedikit demi sedikit, anda semakin lesu, ada yang hanya ikut usrah tarbiyah sahaja, bahkan ada yang seperti chips more, datang kadang - kadang, mula memberi alasan penat letih. Usah cerita tentang bawa Usrah, atau melasso orang baru lah, itu jauh sekali. Bahkan ada yang mula futur dan menghilang. Semua kefahaman dahulu hilang, seperti baca buku sejarah dan di ulang tayang. Maka, anda mengulangi sejarah dahulu, anda memutuskan mata rantai dakwah ini untuk sampai kepada ummat yang dahagakan tarbiyah. Anda lupa pada janji awal kita dengan Allah di alam Ruh. Tunggulah pada hari perhintungan yang pasti kelak! 

Oh ya, saya belum jumpa sehingga hari ini, Ikhwah atau akhwat dalam bidang geologi yang masih istiqamah buat tarbiyah dan dakwah bila masuk dunia pekerjaan dan bila sudah berkeluarga. Tidak pernah ku temui. Jika anda salah seorang daripadanya, bakal ahli geologi, jangan sahut cabaran saya, tapi sahut cabaran ini daripada Allah, agar anda mampu thabat buat Syahadatul Al-Haq ini sehingga bertemu dengan Allah. Di akhirat kelak kita bersua (doakan saya thabat).

Tatkala di atas ini telah berlakulah, saya nukilkan ini!

Saya tuliskan pena ini di tengah pagi.

Menangisi, memikirkan keadaan ummat hari demi hari.

Bermuhasabah pada amal - amal dakwah kita yang sudah masuki puluhan tahun.

. . . . . . .

. . . .

. . 



Buat para Engineer tarbawi yang saya kasihi kerana Allah, Saya analogikan anda begini.

Sistem pendidikan kita telah berjaya "memerangkap" anda,

Ketika anda dahulu di sekolah Rendah, anda miliki kawan 100 orang,

Bila anda masuk sekolah menengah yang hebat seperti MRSM, telah di filter, pemilihan yang ketat untuk pastikan yang 5A, murid yang terkehadapan, bijak cerdik sahaja masuk MRSM. Akhirnya 50 orang terpilih daripada 100 orang.

Bila selepas PMR, anda berpindah ke SBP pula, daripada 50 orang, 25 orang sahaja yang berjaya masuk ke SBP, dengan mengambil kira keputusan 9A dalam PMR, kokurikulum mantap, aktif dan cerdik. . . . Saya ulang, "cerdik". 

Akhirnya, bila masuk ke degree, pihak Univeristi pula melakukan tapisan, untuk 10 orang daripada 5 orang sahaja yang terpilih untuk masuk ke bidang Engineer. Bayangkan course chemical Engineer.

Anda pulun sehabis baik, sekuat yang boleh untuk score dalam akademik, sebab apa? sebab nak bekerja di bawah syarikat minyak yang ternama, seperti Petrones, Shall dan lain - lain.

Agak - agaknyalah, jika ada 10 orang yang tinggal tadi, berapa orangkah pihak Petrones akan pilih untuk bekerja di bawah mereka? dan ciri - ciri yang dipilih mesti yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!

Akhirnya, 5 orang sahaja yang terpilih. Anda bayangkan, anda sturgle selama 25 tahun, hanya untuk berjuang, berusaha "gila - gila" untuk kerja dengan bawah orang sebenarnya, iaitu petrones!, lebih teruk lagi, sebenarnya, anda "bertuhankan" cita - cita, tujuan hidup anda sebenarnya untuk kerja! 

"Wei, agak - agak ah, memang kena kerjalah untuk tampung makan minum der"

Ok fine, kalau sebab nak cite tentang makan minum kena kerja, anda boleh sahaja berhenti selepas SPM dahulu teruslah kerja, kenapa kena tungggu lepas Degree, sebab apa? sebab tujuan hidup anda nak kejar cita - cita Engineer itu! Itu yang saya katakan tadi, hidup anda sebenarnya "bertuhankan" cita - cita Engineer anda itu!.

Ambil nafas, seperti saya kata seawal pena ini ditulis, ambil lah untuk muhasabah jika ia berlaku pada diri anda!, jika tidak berlaku Alhamdulilah.

Baik, kembali pada 5 orang tadi, apa berlaku selepas itu?

Akhirnya 5 orang yang terbaik, cerdik dan briliant ini dalam kalangan 100 orang tadi, "terperangkap" sebenarnya, mereka di perbodohkan. Orang yang bijak ini, yang di harapkan dapat menyelamatkan ummat kerana kecerdikan mereka, akhirnya tenaga mereka minimum pada tarbiyah yang dicanangkan - canangkan di bibir - bibir mereka suatu ketika dahulu, kerana hampir sepenuh masanya pada kerjaya.

Bayangkanlah, keadaan kerja mereka, yang akhirnya duduk di tengah laut berminggu - minggu, berbulan - bulan, tidak turun mentarbiyah bermasyarakat. 

Kemudian, setelah anda pulang ke darat, anda mesti nak  spend masa dengan isteri, anak - anak, keluarga, sedara mara di kampung, sepupu bagai kahwin, kemudian pergi semula ke tengah laut yang jauh dari manusia, di dubai, delhi, arab saudi dan lain - lain. pfft

Anda tahu bukan, ummat ini semakin parah, anda tinggalkan seminggu pun, orang yang ikut tarbiyah boleh futur dan tidak dapat di hubungi. Lagilah berbulan - bulan anda di tengah laut, apakah makin baik pada ummat ini? 

Tarbiyah ini telah membina anda satu ketika dahulu dengan fikrah yang jelas, mengharapkan agar anda suatu masa nanti dapat turun sehabis baik membina ummat, sepenuhnya menggunakan "logam" anda untuk menyelamatkan ummat, untuk follow up setiap rijal - rijal, untuk membina para murobbi/ah.

Akhinya, yang kembali membina anak bangsa kita, adalah saki baki manusia, yang tidak berminat pun menjadi pendidik (guru), namun itulah kerjaya yang mudah dan masih ada. Hanya sekadar mengajar untuk di bayar gaji. Masuk ke kelas men-transfer ilmu, bukan daripada hati. Kemudian, anda menyalahkan guru atau pendidikan kita, sedangkan sikap anda sendiri? tidak memberi masa yang banyak pada pentarbiyahan! yang telah di fahami, bahawa fasa sekarang ini membutuhkan komitmen kita yang luar biasa dalam membina rijal, sedangkan kerjaya anda tadi, memang sangat minimmum dalam membina rijal.

Bahkan, anda sendiri seharusnya faham, jika dahulu study, hanyalah "alat", ketahuilah juga, "kerja" itu juga adalah “alat” untuk melaksanakan tujuan hidup!

Buat sang duktur, berapa ramai selepas belajar, boleh terus membawa usrah? boleh terus infaq "gila - gila" duit, tenaga dan masa sama seperti ketika masa belajar dahulu? ataupun anda sudah memikirkan untuk berkahwin dua? tiga dan empat? atau mula memikirkan hidup yang selesa berumah besar banglo untuk tidak mahu di ganggu? atau mula fikir nak menjadi pakar untuk menambah lagi gaji, lagi dan lagi?

Ah. . . . cukup anda tuan duktur ambil ibrah buat masa ni dari Inche Gabanna, pada pena dia, (Wahai Tuan duktur, Jangan Futur). Lain masa saya nukilkan dari pihak saya pula tentang Duktur yang tidak berkesudahan ini.

Kerana sayangkan pada Duktur dan Engineer ikhwah akhwat kitalah, saya tuliskan ini.

Sayang potensi anda, "logam" anda, dan kecerdikan anda yang sepatutnya dapat melajukan lagi Tarbiyah dan Dakwah di malaysia, tapi anda "terperangkap"

Maka, yang masih study bidang Duktur dan Engineer, fikirkan semula.

Buat yang sudah bekerja sebagai Engineer, daurahkan lah bahan "kerja vs Dakwah", atau ingatlah semula niat asal anda.

"Akhi . . . . banyak kot ikhwah akhwat kita yang Engineer dan Doktor sumbang duit untuk dakwah kita"

Medan menyumbang duit, tidak pernah sama menyumbang amal tenaga!

Duit itu material, siapa ingin menyentuh hati manusia?

Ya, saya tidak nafikan usaha dan sumbangan mereka dari sudut kewangan, tapi berapa ramai yang mampu dan sanggup turun ke padang, menyumbang tenaga? follow up setiap mutarobbinya? tidur bersama dengan mutarobbinya? kejut qiam di bilik/ rumah mutarobbinya? sanggup bertahan mendengar rintihan mutarobbinya sehingga tengah malam?

Kerana tarbiyah yang kita fahami, bukan sekadar usrah seminggu sekali! di luar usrah itulah sebenarnya "Usrah".

Bagaimana mungkin, anda dapat bantu qiammulailnya, jika tidak tahu apa yang diperbuatkannya dengan pergi membantu mengejutnya sendiri?

Bagaimana mungkin anda tahu habitnya, jika tidak datang ziarah mengejut di rumah atau biliknya?

Bagaimana mungkin anda tahu mutarobbi anda solat berjemaah di awal waktu di surau, jika tidak turun bersama ke surau tempat tinggalnya?

Bagaimana mungkin anda dapat bantu, tunjukkan cara beliau berdakwah, menegur jika salah jika tidak turun melihat sendiri mereka menggauli manusia?

Jika sekadar cakap lisan dalam halaqoh, mutabaah amal dalam usrah. Itu masih kering, itu bukan didikan kita!, Rasulullah lah Qudwah kita, Bagaimana baginda follow up, dan mentarbiyah sahabatnya! 

Apa anda redho dengan semua di atas?

Apa anda rasa rela dan selesa?

Ok fine, kita main matematik sikit!

Jika anda graduate dari IPT umur 25, kemudian kerja, anda bayangkan pencen umur 70 tahun, jadi anda tahu tak, anda kena bertahan 45 tahun di alam pekerjaan!

Anda sanggup pergi ke tengah laut selama 45 tahun!

Anda sanggup jadi duktur yang robot selamat 45 tahun!

Anda tahu tak, apa jadi pada ummat jika sesat selama 45 tahun di sebabkan anda ni!

Anda tanggunglah ia kelak.

Anda ada pilihan, anda sendiri memilih untuk melambatkan lagi proses islah ini !

Tarbiyah itu sampai mati! Tarbiyah itu adalah aset, asas dan kekuatan, Ia bukan sekadar berhenti ketika zaman study sahaja.

Tanpa tarbiyah dan dakwah, apalah erti kemaknaan hidup?

Saya telah sampaikan, moga ini sedikit Syahadatul Al0Haq Qauliyah saya kepada yang membaca. Sahutlah cabaran! atau fikirkan semula!

Maka, saya akhiri dengan sepotong Ayat Allah, Surah At-Taubah, ayat 26.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

[ 9 : 26 ]

Risau, akhirnya kita ada penyakit "wahan",dan jika kita lebih cintakan 8 perkara di atas ini lebih Allah dan Rasul, lebih dari melaksanakan tujuan hidup yakni Ibadah dan Khalifah, atau melebihkan berbanding Tarbiyah dan Dakwah, takut - takut akhirnya Allah tidak memberi hidyaha pada kita seperti mana dalam ayat di atas. nauzubillah

Yang telah korbankan cita-cita dunia, untuk beroleh janjinya di akhirat kelak,
Al-Mutarobbi.
0536
21082015.


2 comments:

  1. "Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
    BOLA ONLINE
    Agen Bola
    Taruhan Bola"

    ReplyDelete