-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, November 5, 2014

Thummuhat KITA





Thummuhat kita besar Ikhwah.

Ketika kita di fasa sya'bi itu, masyarakat memang jelas nampak, Itulah masyarakat islam.
Hari ini berapa ramai je rijal kita, berapa ramai figure kita, berapa banyak je aset dakwah kita, berapa bnyak media islam kita, dan berapa banyak je yang lahir dari produk kita yang terus istiqamah bersama.

Sedikit. Jauh nak di bandingkan, masyarakat jahiliyah, produk jahiliyah dan figure jahiliyah 

Terbayang, dalam satu komuniti itu ada sederet bangunan kedai yang kita sendiri miliki. Ya Jemaah dakwah ini. Jemaah Dakwah ini harus kaya dan lebih kaya. "Sunduquna Juyubuna", pendapatan untuk dakwah ini, kena fikirkan berdikari bukan bergantung pada Goverment, Allah tilak melarang kaya, lihat sahaja sahabat nabi dan doa yang selalu kita baca dalam Al-Mathurat Kubra. Namun yang Allah larang adalah bermewah.

Ya beza mewah dan kaya.

Kaya dakwah ini, boleh membeli helikopter untuk fly segera ke program-program yang lain, dan muntijkan masa. Jika guna kete BMW, tiba - tiba jem, kete kancil pun boleh duduk sebelahnya, tiba ke tempat program masih lambat juga.

Kaya dakwah ini, boleh membayar hutang Akh, atau Ukht kita yang terikat dengan kerja selepas belajar, supaya berkhidmat terus dengan jemaah dakwah kita.

Kaya dakwah ini, dapat menyelamatkan tarbiyah rijal di luar, untuk bawa balik ke dalam negara, agar beramal dalam negara.

Kaya dakwah ini, kita mampu beli deretan kedai dakwah.....

Nurseri KITA :
Ini lah peluang untuk Baitul Dakwah ini, buat para ibu nak mendidik anak - anak dari tarbiatul aulad. Satu komuniti masyarakat, yang sama - sama antara si ibu, mengasuh, mengajar Iqra, hafazan dan doa dari kecil. Betul - betul membantu ikhwah si suami yang all out beramal, dalam waktu yang sama si akhwat sang ibu, all out menyiapkan anaknya, dikau lihat sahajalah di Gaza,  selepas nurseri kemudiannya di ikat, siapa yang mengahntar anak ke nurseri, kena sambungkan anak - anak itu di sekolah kita dan seterusnya. Dari nerseri lagi kita didik menjadi Daie, bukan kerjaya dunia terlebih dahulu, biarlah jadi DAIE, baru lah kemudianya memposisikan anak  - anak itu ambil keperluan dakwah ketika itu. Jika asatizah diperlukan, dari kecil lagi, nampakkan pada si anak, tentang asatizah.. Barulah kita mempersiapkan rijal berdasarkan keperluan masyarakat semasa.

Hospital KITA :
Kita ada hospital sendiri, yang Aku membayangkan tingkat satu adalah untuk segala rawatan buat para pesakit, pesakit hanya kita chargekan service sahaja dengan kemampuan pesakit boleh bayar, tapi ubat kita bagi percuma. Nah, baru masyarakat akan namapak inilah masyarakat islam. Para Doktor ikhwah dan nurse adalah yang mengikuti tarbiyah, jika ada usrah dan wasail tarbiyah yang lain, kita bagi cuti untuk tidak menganggu amal dakwah nya. Dan kerana doktor ini kaya, sebahagian gajinya masuk kepada kewangan dakwah. Di hospital itu juga ada cleaner, paguard yang semuanya ikut tarbiyah. Apakah mustahil? Lihatlah ikhwan di mesir, mampu menyediakan pusat dialisis buah pinggang yang percuma kepada masyarakatnya. Kita tidak hingin, ada hospital dakwah sendiri, tapi memberikan charge yang sama seperti hospital yang bukan tarbiyah. Bagaimana masyarakat nak nampak msyarakat islam?

Akhirnya masyarakat lihat, sudah tersedia masyarakat islam itu. aku membyanagkan juga,tingkat ke-2, dalam bangunan hospital itu adalah tempat lapang untuk pengisian, daurah, dan usrah yang digunakan se-optimum mungkin dan percuma. Pada tingkat 3 pula, adalah tempat penginapan para ikhwah yang datang dari jauh untuk menginap dan berehat. Bahagian atas sekali iaitu bumbung, kita sediakan tapak helikopter dakwah kita... Inilah obesesi kita ikhwah, apakah di kau tidak ingin keluarkan belenggu doktor kita yang saban tahun ramai, namun hilang..., lihatlah sahaja, kita berhempas pulas membina di mesir, Ireland, Indonesia, UK, Russia, India dalam negara, dan di manakah mereka hari ni..., aku tak sanggup menyambung perihal kata - kata aku ni lagi tentang doktor. Doktor yang menjadi Qudwah buat ku, sehingga sekarang baru 3 orang. Ya, 3 orang yang masa HO tetap membawa usrah. dan 3 orang ini jugalah selepas HO, terus Thabat dalam kerja Tarbiyah "gila - gila". Kalau di kau Doktor, buktikan!!

Bengkel KITA :
Jemaah dakwah mampu miliki bengkel kenderaan sendiri, Aku melihat kita sungguh ramai Engineer, terpulang atas kalian untuk fikirkannya boleh kerja dengan syarikat lain atau oil Gas, Tapi sampai bila nak meng-kayakan non muslim? Namun, aku melihat begini. Kita mungkin belum mampu untuk beli maintainance barang untuk kenderaan, tapi yang boleh kita mula adalah membaiki kenderaan, Hanya upah yang kita terima dahulu di fasa awal ini. Ya, mungkin tidak banyak untungnya. Tunggu dahulu, lihat begini, Jika kita tahu ada bengkel kenderaan yang ikhwah punya, apakah kita tidak mensyukuri nikmat itu? Jika aku, aku akan tetap menghantanya d sana, walaupun sedikit jauh, kerana kita tahu yang membaiki itu adalah orang tarbiyah, sumber pendapatannya, barang yang di belinya dari sumber yang bersih. At les juga, ikhwah itu akan mengajar pada para ikhwah lain benda yang setiap orang perlu ada ilmu kenderaan, Iaitu tukar minyak hitam sendiri, boleh tukar tayar sendiri. Aku masih ingatlah, tarbiyah dari murobbi ku kepada ku, iaitu tukar minyak hitam sendiri, hanya 30 minit jika tidak mahir lagi, serius save RM10, Anda lihat sahaja, ikhwah kita semakin ramai, keluarga yang guna kenderaan pasti ada 1 kenderaan sekurangnya, kemudian pasti nak di hantar ke bengkel untuk rosak dan service. Akh engineer itu akan baiki mana yang perlu. Dan kenderaan yang siap baiki, terikat untuk kegunaan dakwah, hujung minggu sebagai tempoh cubaan untuk lihat yang di baiki ok atau tak, lokasi cubaan adalah di gunaakan untuk Jaulah, daurah, mukhayam dan ke program - program. Itulah cara untuk test kenderaan dari bengkel itu. Tidak perlu lagi sewa van diluar setiap hujung minggu.

Bayangkan ini, baru satu bengkel, jika kita membuka bengkel kenderaan kedua di luar negeri lain pula, kita sudah mula membesar. Bila membesar kita perlu yang menjaga akaun kewangan, maka akauntan tarbiyah kita yang mengawal. Ikhwah yang menganggur dari belajar, kita akan serap masuk kerja kemahiran ini.Jika cuti pengajian, sudah tersedia tempat kerja bergaji untuk gaji itu digunakan pada dakwah, tidak balik rumah kerana untuk all out meLasso adik - adik... buka bengkel awal dan tutup petang, malam itu semua perkerja akan all out beramal di medan pula, Allah hu akbar

Bila perkerja ikut tarbiyah, menutur benda yang baik sahaja, amanah dalam bekerja, melayan pelanggan denag mesra muayasyahnya, di bengkel dipasang nasyid Haroki pulak tu, ada masa kita sediakan service percuma seperti 21 Ogas setiap tahun, untuk menyedarkan masyarakat peristiwa palestin, sekadar buka dana Infaq, jika ada yang memberi dana Infaq itu, kita salur direct kepada palestin. Allah hu akbar, Apakah masyarakat akan terkejut, ye... inilah masyarakat islam yang kita nak nampakkan.

Buat Engineer Oil Gas pula, aku lihat, sehingga bila kita nak terus kayakan non-muslim? Bila lagi kita nak mula establish pam minyak sendiri, seperti mana satu masa dahulu Burouq (milik Al-Arqam), mampu menandingi petronas! Jika tidak, sayanglah orang - orang pandai kita terperangkap di tengah - tengah lautan, berbulan pula tu, tenaga dan masanya di sumbang ke tempat lain, sedangkan statistik setiap tahun, ikhwah kita yang ambil course engineer sangat lah ramai. JIka di pam minyak, setiap pam minyak kita, kita perdengarkan ayat Al-Quran, kita bagi percuma isi miyak selepas beberapa kali isi, (tidak boleh turunkan harga kerana barang kawalan), bagi free ini, untuk menampakkan kepada masyarakat, inilah masyarakat islam.

Technition, kepada semua bangunan kedai kita, di selia oleh ikhwah kita yang sivil engineering, wirering, electrical engineering. Allah hu akbar, baru ilmu yang dipelajari di rembeskan sehabis baik. dan rembesan itu untuk dakwah jemaah kita. Dan Itqannya kita dalam bekerja semakin dahsyat kerana di yakini tempat untuk bekerja itu, pahalanya adaah jihad dakwah.

Kedai runcit KITA.
Kita sudah ada coklat yang kita keluarkan, kita sudah ada mesin button badge sendiri, kita sudah ada produk baju islamik sendiri sama ada untuk kanak-kanan, akhwat dan ikhwah, cuma kita masih belum ada produk seluar ikhwah je eh. Kita juga sudah ada produk susu kambing. Kita juga sudah ada pemborang bawang yang milik ikhwah. Kita juga sudah ada kilang cetak buku, alat tulis. Kita juga akan ada produk -produk yang lain. Mengapa kita tidak mengabungkannya menjadikan sebuah kedai runcit KITA. Yang running, dari cleaner sehinggalah manager adalah ikhwah akhwat kita, sehingga gula yang barang kawalan itu, kita bagi percuma 1 jika beli 2. Bukan kah itu akan melihatkan "inilah masyarakat islam". Ekonomi mula kita bersaing sedikit sedikit. Lagi sekali, ikhwah akhwat yang cuti semester masa belajar ada alasan untuk stay di medan amalnya dengan bekerja di kedairuncit ini, gajinya adalah untuk dakwahnya.

Kedai Gunting rambut KITA.
Kita ada untuk akhwat sekali, yang kemahirannya tinggi, kita langsung menyalurkan logam (bakat) anak buah kita berkhidmah di sini. Sehingga kita boleh membuka beberapa cawangan kedai gunting rambut kita sendiri.

Pensyarah KITA fokus.
Aku melihat, banyak pensyarah ikhwah di IPT, sangat ramai. Namun berapa ramai yang betul - betul fokus bersama syabab. Sedangkan Al-Banna sebut, ciri - ciri ikhwan ini, mudah memenangi hati pemuda. Jika semua asatizah nak menjadi figure, beratlah. Siapa yang nak bersama membina manusia dari bawah. Jika kita analisa, pemuda yang terbaik dan bijak (cepat pick up, fresh), adalah di IPT. Jika digunakan aset pensyarah, pensyarah itu boleh sahaja, nampak pelajar dalam kelas yang berpotensi, terus menanyakan kepadanya, "Kamu, lepas kelas saya nak jumpa ya!", mesti punyalah pelajar tu sami' na wa ato'na". Nah, ketika jumpa,"Jikanak cemerlang, rahsia dia, join konspirasi tarbiyah". wahaha. ., baru menjadi alat kepada matlamat.

__________________________


Masya Allah sebaris bangunan kedai kita ini menampakkan masyarakat islam. Bermula dengan menegur sapa, membantu dari buka kedai hingga tutup kedai, sebaris itu juga mengalunkan ayat Al-Quran, tiada keluar kata - kata yang kurang enak, yang keluar dari mulutnya hafalan hadis dan Quran, biah islamik wujud. Sehingga anak kita meneruskannya, dan masyarakat ini menjadi contoh kepada negeri lain, dan negeri lain - lain juga ada masyarakat islamnya, sehingga ketika kita ingin wujudkan negara islam, telah wujud tapak masyarakat islam yang tersedia kukuh.

Thummuhat kita besar ikhwah,

Thummuhat pada tarbiyah ini giga besarnya.

Tapi, perkara paling penting duhai ikhwah wal akhwat . . .

Tapi semua ini tidak akan ada, kerana Rijal yang faham sahaja yang mampu pikul tummuhat ini. Yang faham itulah harus ramai... Ya, cetak manusia yang faham itu seramai  mungkin.

Cetak manusia ikhwah!! Lahirkan rijal!!

Daie siang malamnya, memikirkan madunya... Jauh.... Jauh dari memikirkan dirinya sendiri.

Sanggup di tansiqkan / di susun untuk kepentingan dakwah yang amat panjang ini.

Kerana, sunnahnya juga, Rasulullah bermual dengan mencetak manusia yang Al-Fahmu. Sollid. Extrem dalam amalnya, lasak tidak bermanja. Itu jugalah Qudwah buat kita.

Banyak kepentingan peribadi yang harus di korbankan di fasa ini. Jika tidak, tersangkutlah ikhwah,.... Kita yang harus korbankan, biarlah dakwah ini menderu laju. Impian peribadi kita itu, satu masa nanti biarlah anak buah kita yang menyambung meneruskan..

Tatkala rijal itu ada, barulah semua yang di atas itu boleh berkembang baik. itulah matematiknya

Kita sama - sama ikhwah. sama - sama sabar membina.

Ameen kan dan beramal bersama.

No comments:

Post a Comment