Adakah pertembungan ideologi antara Islam dengan jahiliyah
mampu ditangani dengan dialog sahaja ?
Adakah mereka benar-benar mahu berdialog dan sekiranya
hujjah mereka salah mereka akan menerima dengan hati yang terbuka ?
Jika dengan dialog sahaja sudah mampu selesaikan semua
masalah, maka sudah pasti dengan dialog kita sudah mampu menundukkan Israel dan
US untuk tidak meneruskan pembantaian terhadap umat Islam di seluruh dunia
khususnya di Palestin.
Sudah pasti juga para anbiya’ dan sahabat tidak perlu
menunjukkan qudwah dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi tentera-tentera
dan berhala-berhala jahiliyah untuk ditundukkan dan dikalahkan.
Kadangkala kita menganggap segala permasalahan adalah pada
kesalahfahaman yang berlaku, lalu kita cenderung untuk membetulkan kefahaman
yang salah di kalangan penganut ideologi jahiliyah itu dengan cara dialog
bersama mereka.
Lupakah kita akan kisah dialog Nabi Ibrahim AS bersama
kaumnya yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran di mana akhirnya Nabi Ibrahim
AS dicampak ke dalam api oleh kaumnya walaupun baginda telah berjaya
menundukkan mereka dengan hujah-hujah.
قَالُواْ حَرِّقُوهُ
وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ
(Setelah
tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan
belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!
(Al-Anbiya’ :40)
Apa yang akan berlaku dalam dialog nanti ?
Si anak jati Muslim akan pertahankan akidahnya dan
ideologinya, si anak jati liberalis akan pertahankan akidahnya, si komunis pula
akan pertahankan akidahnya.
Lalu hadirlah moderator yang membawa kepada kesimpulan
bahawa kita punyai pandangan masing-masing, maka hormatilah pandangan setiap
pihak dan jangan ada mana-mana pihak memaksa pihak lain menerima pandangan
sendiri.
Kemudian baliklah para hadirin yang menghadiri dialog itu,
mereka terdiri daripada pemandu teksi, pelajar universiti, tukang masak, ustaz
Mesir dan doktor pakar. Masing-masing membawa idea bahawa kita mesti hidup
harmoni dan tidak perlu memaksa pandangan masing-masing kerana setiap kita
adalah berbeza.
Akhirnya mereka akan hidup harmoni dan aman dalam sebuah
negara yang penuh keharmonian dan penghormatan satu sama lain.
Tamatlah kisah dialog.
Namun di sisi lain (selain dialog), gagasan jahiliyah
berbentuk arus liberalisme pluralisme sekularisme humanisme, mereka sedang
memaksa ideologi-ideologi mereka yang menolak Tuhan ke dalam jiwa masyarakat.
Mereka ada selebriti yang selalu ditonton oleh masyarakat
awam. Mereka punyai media yang selalu mempamerkan berita dan cukup tidak adil
dalam menilai isu. Mereka ada bolasepak yang melalaikan. Mereka ada kuasa veto
dalam PBB. Mereka ada bom nuklear yang boleh hancurkan Hiroshima dan Nagasaki.
Mereka ada kempen berbagai-bagai perkara seperti membenarkan LGBT, kempen minum
arak, kempen buat benda haram dan yang sewaktu dengannya.
Hakikatnya mereka sedang ‘memaksa’ umat ini untuk menerima
cara hidup mereka, lalu luntur dengan perjuangan agama yang sepatutnya.
Adapun para pejuang dialog Islam yang lain, mereka sibuk
membaca buku, membuat kajian dan mengumpulkan hujjah, hanya untuk mengisi
jemputan dialog si pihak liberalis dan menjadi panelis, untuk mengisi beberapa
jam penerangan yang diberikan kepada mereka, yang seolah-olah itulah dia dakwah
para Nabi SAW dan sahabat RA sebenarnya.
Sedangkan pihak jahiliyyah berdakwah dan ‘memaksa’ orang
lain selama 24 jam sehari, dalam segala bentuk. Pejuang dialog pula berjuang
dalam medan yang dicipta itu, untuk membawa agenda keharmonian.
Alangkah sadisnya.
Adakah ia adalah pada dialog ? Atau semata-mata pengalihan
isu ?
Soal saya kepada “pejuang dialog”, dimanakah kedudukan
firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ini?
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا
ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ
ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ
يَعۡلَمُهُمۡۚ
Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
rujukan : http://muis.org.my/2014/11/benarkah-islam-akan-tertegak-hanya-dengan-dialog/
No comments:
Post a Comment