Kapan Aku?
Akh A : Eh, siapa nak jadi Dreber jaulah kita ni?
Akh B : (terus berjalan ke tempat pemandu dan memandu tanpa bertanya)
Akh A : Ah . . . bila aku pula harus bersegera seperti beliau (bermonolog)?
Akh A : Akhi, anta penat berlari ni, nak ana belikan air 100 plus x?
Akh C : (Terus bangun dan pergi ke kedai runcit berhampiran dan membeli air)
Akh A : Ah . . . kenapa Aku pandai bertanya je? (bermonolog)
Akh A : Eh, Sape nak mulakan majlis kita ni?
Akh D : Kita buka majlis dengan umul furqan "Al-Fatihah"
Akh A : Ah . . . kenapa bukan Aku yang langsung buka tadi (bermonolog)
Akh A : Rasa macam tak berjalan RI ni, tapi tak de pulak yang lain bersuara? (bermonolog)
Akh E : Bertindak dengan mesej setiap orang ahli RI, dan ajak duduk berbincang bersama semula.
Akh A : Ah . . . selfish nya Aku (bermonolog)
Akh A : Akhi Z, anta nak pindah rumah tu, cukup dah ke orang yang nak tolong.
Akh F : Akhi, jangan tanya cukup atau tidak, kena pergi tolong!! sebab orang akan cakap cukup je walaupun sebenarnya perlukan bantuan.
Akh A : Ah. . . tidak sensitifnya Aku.
Akh A : Kesiannya Akh Z tak bangun qiam pagi tadi, mesti tido lambat malam tadi!
Akh G : Salah ana, tak kejut dia dengan bersungguh - sungguh, boleh je ana jirus air, berdirikan dia, kerana apa yang kita buat tanda kita sayangkan iman dia.
Akh A : Ah . . . bila aku nak mula rasa perasaan yang sama seperti Akh G ? (bermonolog)
Sampai bila, aku nak memberikan contoh-contoh tentang orang tu orang ni, bila lagi aku nak “jadikan aku ni” contoh pada orang lain!!
Selalu orang bertanya, siapakah Al-Fateh alaf ini, Umar abdul Aziz era ini? Kenapa harus bertanya dan menunggu!!
Kenapa bukan katakan, sayalah orang itu!!
Kapan lagi, jika bukan sekarang?? Jika tidak, yang lain akan menyambut, dikau ketinggalan dan keciciran. Tunggulah di akhirat tempat perhitungan kerana penagguhan di kau.
Tunggulah saat itu!
No comments:
Post a Comment