-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, November 25, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 61#



Kesian melihat kehidupan robot - robot yang hidup yang pernah di tarbiyah tapi sekadar memberatkan perut bumi. Lembab betul otak mereka hingga begitu mudah men-delete pengajaran hidup yang sepatutnya menjadi Aqidah.

Bagaimana, mereka hendak menghadapi soalan – soalan disana kelak?


“Ya Allah, kurniakan kami kemahuan yang tinggi dan kesungguhan yang berterusan. Jangan kau lalaikan kami dengan nikmat dunia yang tidak banyak mana pun mam memenuhi rongga kami”

wanita yang tidur, tidak sama dengan wanita yang kehilangan anak



Jika membaca Tajuk itu, maka perlu baca sampai habis dan kaitkan.

Bismillah hirrahmaanirrahim. 

Tarbiyyah Penjara Bagi Seorang Ulama.

Salah seorang ulama besar di Mesir Dr Solah Sultan telah dipenjarakan di Mesir sejak rampasan kuasa oleh tentera Asisi yang disokong Amreka pada tahun 2013.

Baru-baru ini beliau ada menulis sebuah surat berkenaan pengalaman beliau di dalam penjara:

Allah SWT telah memberi hidayah kepada ku serta aku berasa gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat berikut disini (penjara):

1-Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam bacaan Solat, bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku, memandu hari aku serta merubah tindakan aku.

2- Aku telah mendapat ijazah dalam periawayatan Hadis Bukhari, ini adalah cita-cita aku sejak sekian lama.

3- Aku telah membaca ratusan kitab berkenaan tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dan lain - lain yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan tempoh 5 tahun untuk baca.

4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj alquran dan tafsir, iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah di seluruh dunia.

5- Aku telah mengenali perbagai kelompok pemuda yang beriman serta tengguh keazaman dan cita-citanya. Liqa bersama-sama mereka adalah syurga kedua disini setelah syurga berkhalwat bersama Allah SWT.

(Sheikh menikmati paling kurang ada 2 syurga dalam penjaranya )


6- Aku telah dikurniakan mereka yang berada disekeliling aku yang aku merasakan mereka seperti adik beradik, saudara kandung aku.

7- Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku disini kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta sentiasa mustajab.

8- Aku berdoa setiap malam sebelum aku tidur supaya Allah SWT tidak mengharamkan di dalam mimpi aku apa yang dihalang untuk besi penjara ini. Lalu Allah SWT menerima doa aku ini sehingga aku bermimpi menunaikan solat di masjid, menziarahi persatuan Islam di serata dunia timur dan barat, menghadiri perbincangan syara serta ilmiah di pelusuk dunia.

9- Aku menjaga kesihatan makan minum aku serta aku melakukan riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadah aku tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.

10- Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim), mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka.

11- Penjara bagi aku telah mengurniakan dua cahaya bagiku iaitu: Cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.

Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya cita-cita mendahului perbuatan maka sesungguhnya kemenangan itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara ini, aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti 10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa doa untuk kami yang dizalimi disini.

16 November 2014


Syiekh Dr Solahuddin Sultan


….............................


Sumber : alaqsatahfiz.com

     
Allahhu akbar...!!!

_______________________________________________

Maka benarlah!

Mereka yang memiliki hati yang hiduplah yang dapat mempengaruhi pendengar dan pengikutnya. Sedangkang, orang yang mempunyai hati yang mati tidaklah mampu menghidupkan hati orang lain. Kerana mereka yang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain.

"Dan wanita yang tidur, tidak sama dengan wanita yang kehilangan anak".
-Dr Yusuf Qardawi

Tarbiyyah bagi seorang Akh yang dadanya bergejolak kerana ghairah terhadap islam bagai gejolak air mendidih di atas tungku dan hatinya lebur kerna prihatin terhadap keadaan kaum muslimin tidak sama, sama sekali tidak sama dengan orang yang sekadar nak ikut, nak di gerakkan selalu, yang sekadar menumpang, kerana yang ghairah pasti memenangkan, sedangkan yang "menumpang" sekadar memberatkan perut bumi.

Biarlah kita yang "membumikan" Tarbiyah dan Dakwah ini, jangan kita di "kebumikan"..

Biarlah kita yang menggerakkan dakwah ini, jangan tunggu di gerakkan... malas dan berpanyakit itu. Tahu.. 

Tuesday, November 18, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 60#




Nama saya TnD.

Ini kisah cinta saya.

Saya akan ingat setiap jiwa yang pernah muncul dalam hidup saya.

Saya selalu dikhianati dan dicurangi,

Di khianati oleh orang yang mencintai saya.

Juga, dicurangi oleh orang yang katanya mahu berkorban demi saya.

Mereka kata nak perjuangkan saya, tapi yang saya nampak mereka hanya bergelumang dengan masalah peribadi yang tidak berkesudahan.

Mereka hanya datang pada saya bila mereka mahu je.

Kalau begini lah cinta saya dibalas, semoga Allah mengadili saya di akhirat kelak, Aku akan tuntut di hadapan Allah kelak.

*AndaiTnDseorangAl-Akh 

Saturday, November 15, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 59#




Dr Muhammad Badi' Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin berdiri di hadapan hakim dan 

Dr. Badie kepadanya : "Aku akan katakan padamu barang sepatah dua kata saja",

Hakim berkata : "Katakanlah wahai Badi' ",

Dr Badi' berkata: "Tiada masalah andai langsung dijatuhkan hukuman gantung ke atasku dan aku akan mati, karena bagiku, aku telah berbai'at (berjanji setia) dari pertama kali aku mengenali jamaah yang berkah ini bahwa; mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami, maka andai terlaksana hukuman ini bagiku, ia adalah seperti yang telah tertulis dengan pena di Lauhul Mahfuz dari awalnya, maka ia adalah ketentuan Allah ke atasku yang tiada baginya jalan berlepas diri." Katanya sambil tersenyum.

Ustaz Badi' melanjutkan lagi: "Tetapi masalahnya sekarang ialah apa yang akan kau katakan kepada Tuhanmu pada hari kiamat nanti? sediakanlah bagiNya jawaban.."


Wednesday, November 12, 2014

Bedah : Benarkah islam akan tertegak hanya dengan Dialog?



Adakah pertembungan ideologi antara Islam dengan jahiliyah mampu ditangani dengan dialog sahaja ?

Adakah mereka benar-benar mahu berdialog dan sekiranya hujjah mereka salah mereka akan menerima dengan hati yang terbuka ?

Jika dengan dialog sahaja sudah mampu selesaikan semua masalah, maka sudah pasti dengan dialog kita sudah mampu menundukkan Israel dan US untuk tidak meneruskan pembantaian terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin.

Sudah pasti juga para anbiya’ dan sahabat tidak perlu menunjukkan qudwah dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi tentera-tentera dan berhala-berhala jahiliyah untuk ditundukkan dan dikalahkan.

Kadangkala kita menganggap segala permasalahan adalah pada kesalahfahaman yang berlaku, lalu kita cenderung untuk membetulkan kefahaman yang salah di kalangan penganut ideologi jahiliyah itu dengan cara dialog bersama mereka.

Lupakah kita akan kisah dialog Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran di mana akhirnya Nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api oleh kaumnya walaupun baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan hujah-hujah.

قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ
(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!
(Al-Anbiya’ :40)

Apa yang akan berlaku dalam dialog nanti ?

Si anak jati Muslim akan pertahankan akidahnya dan ideologinya, si anak jati liberalis akan pertahankan akidahnya, si komunis pula akan pertahankan akidahnya.

Lalu hadirlah moderator yang membawa kepada kesimpulan bahawa kita punyai pandangan masing-masing, maka hormatilah pandangan setiap pihak dan jangan ada mana-mana pihak memaksa pihak lain menerima pandangan sendiri.

Kemudian baliklah para hadirin yang menghadiri dialog itu, mereka terdiri daripada pemandu teksi, pelajar universiti, tukang masak, ustaz Mesir dan doktor pakar. Masing-masing membawa idea bahawa kita mesti hidup harmoni dan tidak perlu memaksa pandangan masing-masing kerana setiap kita adalah berbeza.

Akhirnya mereka akan hidup harmoni dan aman dalam sebuah negara yang penuh keharmonian dan penghormatan satu sama lain.

Tamatlah kisah dialog.

Namun di sisi lain (selain dialog), gagasan jahiliyah berbentuk arus liberalisme pluralisme sekularisme humanisme, mereka sedang memaksa ideologi-ideologi mereka yang menolak Tuhan ke dalam jiwa masyarakat.

Mereka ada selebriti yang selalu ditonton oleh masyarakat awam. Mereka punyai media yang selalu mempamerkan berita dan cukup tidak adil dalam menilai isu. Mereka ada bolasepak yang melalaikan. Mereka ada kuasa veto dalam PBB. Mereka ada bom nuklear yang boleh hancurkan Hiroshima dan Nagasaki. Mereka ada kempen berbagai-bagai perkara seperti membenarkan LGBT, kempen minum arak, kempen buat benda haram dan yang sewaktu dengannya.

Hakikatnya mereka sedang ‘memaksa’ umat ini untuk menerima cara hidup mereka, lalu luntur dengan perjuangan agama yang sepatutnya.

Adapun para pejuang dialog Islam yang lain, mereka sibuk membaca buku, membuat kajian dan mengumpulkan hujjah, hanya untuk mengisi jemputan dialog si pihak liberalis dan menjadi panelis, untuk mengisi beberapa jam penerangan yang diberikan kepada mereka, yang seolah-olah itulah dia dakwah para Nabi SAW dan sahabat RA sebenarnya.

Sedangkan pihak jahiliyyah berdakwah dan ‘memaksa’ orang lain selama 24 jam sehari, dalam segala bentuk. Pejuang dialog pula berjuang dalam medan yang dicipta itu, untuk membawa agenda keharmonian.

Alangkah sadisnya.

Adakah ia adalah pada dialog ? Atau semata-mata pengalihan isu ?

Soal saya kepada “pejuang dialog”, dimanakah kedudukan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ini?

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;


 rujukan : http://muis.org.my/2014/11/benarkah-islam-akan-tertegak-hanya-dengan-dialog/

Wednesday, November 5, 2014

Thummuhat KITA





Thummuhat kita besar Ikhwah.

Ketika kita di fasa sya'bi itu, masyarakat memang jelas nampak, Itulah masyarakat islam.
Hari ini berapa ramai je rijal kita, berapa ramai figure kita, berapa banyak je aset dakwah kita, berapa bnyak media islam kita, dan berapa banyak je yang lahir dari produk kita yang terus istiqamah bersama.

Sedikit. Jauh nak di bandingkan, masyarakat jahiliyah, produk jahiliyah dan figure jahiliyah 

Terbayang, dalam satu komuniti itu ada sederet bangunan kedai yang kita sendiri miliki. Ya Jemaah dakwah ini. Jemaah Dakwah ini harus kaya dan lebih kaya. "Sunduquna Juyubuna", pendapatan untuk dakwah ini, kena fikirkan berdikari bukan bergantung pada Goverment, Allah tilak melarang kaya, lihat sahaja sahabat nabi dan doa yang selalu kita baca dalam Al-Mathurat Kubra. Namun yang Allah larang adalah bermewah.

Ya beza mewah dan kaya.

Kaya dakwah ini, boleh membeli helikopter untuk fly segera ke program-program yang lain, dan muntijkan masa. Jika guna kete BMW, tiba - tiba jem, kete kancil pun boleh duduk sebelahnya, tiba ke tempat program masih lambat juga.

Kaya dakwah ini, boleh membayar hutang Akh, atau Ukht kita yang terikat dengan kerja selepas belajar, supaya berkhidmat terus dengan jemaah dakwah kita.

Kaya dakwah ini, dapat menyelamatkan tarbiyah rijal di luar, untuk bawa balik ke dalam negara, agar beramal dalam negara.

Kaya dakwah ini, kita mampu beli deretan kedai dakwah.....

Nurseri KITA :
Ini lah peluang untuk Baitul Dakwah ini, buat para ibu nak mendidik anak - anak dari tarbiatul aulad. Satu komuniti masyarakat, yang sama - sama antara si ibu, mengasuh, mengajar Iqra, hafazan dan doa dari kecil. Betul - betul membantu ikhwah si suami yang all out beramal, dalam waktu yang sama si akhwat sang ibu, all out menyiapkan anaknya, dikau lihat sahajalah di Gaza,  selepas nurseri kemudiannya di ikat, siapa yang mengahntar anak ke nurseri, kena sambungkan anak - anak itu di sekolah kita dan seterusnya. Dari nerseri lagi kita didik menjadi Daie, bukan kerjaya dunia terlebih dahulu, biarlah jadi DAIE, baru lah kemudianya memposisikan anak  - anak itu ambil keperluan dakwah ketika itu. Jika asatizah diperlukan, dari kecil lagi, nampakkan pada si anak, tentang asatizah.. Barulah kita mempersiapkan rijal berdasarkan keperluan masyarakat semasa.

Hospital KITA :
Kita ada hospital sendiri, yang Aku membayangkan tingkat satu adalah untuk segala rawatan buat para pesakit, pesakit hanya kita chargekan service sahaja dengan kemampuan pesakit boleh bayar, tapi ubat kita bagi percuma. Nah, baru masyarakat akan namapak inilah masyarakat islam. Para Doktor ikhwah dan nurse adalah yang mengikuti tarbiyah, jika ada usrah dan wasail tarbiyah yang lain, kita bagi cuti untuk tidak menganggu amal dakwah nya. Dan kerana doktor ini kaya, sebahagian gajinya masuk kepada kewangan dakwah. Di hospital itu juga ada cleaner, paguard yang semuanya ikut tarbiyah. Apakah mustahil? Lihatlah ikhwan di mesir, mampu menyediakan pusat dialisis buah pinggang yang percuma kepada masyarakatnya. Kita tidak hingin, ada hospital dakwah sendiri, tapi memberikan charge yang sama seperti hospital yang bukan tarbiyah. Bagaimana masyarakat nak nampak msyarakat islam?

Akhirnya masyarakat lihat, sudah tersedia masyarakat islam itu. aku membyanagkan juga,tingkat ke-2, dalam bangunan hospital itu adalah tempat lapang untuk pengisian, daurah, dan usrah yang digunakan se-optimum mungkin dan percuma. Pada tingkat 3 pula, adalah tempat penginapan para ikhwah yang datang dari jauh untuk menginap dan berehat. Bahagian atas sekali iaitu bumbung, kita sediakan tapak helikopter dakwah kita... Inilah obesesi kita ikhwah, apakah di kau tidak ingin keluarkan belenggu doktor kita yang saban tahun ramai, namun hilang..., lihatlah sahaja, kita berhempas pulas membina di mesir, Ireland, Indonesia, UK, Russia, India dalam negara, dan di manakah mereka hari ni..., aku tak sanggup menyambung perihal kata - kata aku ni lagi tentang doktor. Doktor yang menjadi Qudwah buat ku, sehingga sekarang baru 3 orang. Ya, 3 orang yang masa HO tetap membawa usrah. dan 3 orang ini jugalah selepas HO, terus Thabat dalam kerja Tarbiyah "gila - gila". Kalau di kau Doktor, buktikan!!

Bengkel KITA :
Jemaah dakwah mampu miliki bengkel kenderaan sendiri, Aku melihat kita sungguh ramai Engineer, terpulang atas kalian untuk fikirkannya boleh kerja dengan syarikat lain atau oil Gas, Tapi sampai bila nak meng-kayakan non muslim? Namun, aku melihat begini. Kita mungkin belum mampu untuk beli maintainance barang untuk kenderaan, tapi yang boleh kita mula adalah membaiki kenderaan, Hanya upah yang kita terima dahulu di fasa awal ini. Ya, mungkin tidak banyak untungnya. Tunggu dahulu, lihat begini, Jika kita tahu ada bengkel kenderaan yang ikhwah punya, apakah kita tidak mensyukuri nikmat itu? Jika aku, aku akan tetap menghantanya d sana, walaupun sedikit jauh, kerana kita tahu yang membaiki itu adalah orang tarbiyah, sumber pendapatannya, barang yang di belinya dari sumber yang bersih. At les juga, ikhwah itu akan mengajar pada para ikhwah lain benda yang setiap orang perlu ada ilmu kenderaan, Iaitu tukar minyak hitam sendiri, boleh tukar tayar sendiri. Aku masih ingatlah, tarbiyah dari murobbi ku kepada ku, iaitu tukar minyak hitam sendiri, hanya 30 minit jika tidak mahir lagi, serius save RM10, Anda lihat sahaja, ikhwah kita semakin ramai, keluarga yang guna kenderaan pasti ada 1 kenderaan sekurangnya, kemudian pasti nak di hantar ke bengkel untuk rosak dan service. Akh engineer itu akan baiki mana yang perlu. Dan kenderaan yang siap baiki, terikat untuk kegunaan dakwah, hujung minggu sebagai tempoh cubaan untuk lihat yang di baiki ok atau tak, lokasi cubaan adalah di gunaakan untuk Jaulah, daurah, mukhayam dan ke program - program. Itulah cara untuk test kenderaan dari bengkel itu. Tidak perlu lagi sewa van diluar setiap hujung minggu.

Bayangkan ini, baru satu bengkel, jika kita membuka bengkel kenderaan kedua di luar negeri lain pula, kita sudah mula membesar. Bila membesar kita perlu yang menjaga akaun kewangan, maka akauntan tarbiyah kita yang mengawal. Ikhwah yang menganggur dari belajar, kita akan serap masuk kerja kemahiran ini.Jika cuti pengajian, sudah tersedia tempat kerja bergaji untuk gaji itu digunakan pada dakwah, tidak balik rumah kerana untuk all out meLasso adik - adik... buka bengkel awal dan tutup petang, malam itu semua perkerja akan all out beramal di medan pula, Allah hu akbar

Bila perkerja ikut tarbiyah, menutur benda yang baik sahaja, amanah dalam bekerja, melayan pelanggan denag mesra muayasyahnya, di bengkel dipasang nasyid Haroki pulak tu, ada masa kita sediakan service percuma seperti 21 Ogas setiap tahun, untuk menyedarkan masyarakat peristiwa palestin, sekadar buka dana Infaq, jika ada yang memberi dana Infaq itu, kita salur direct kepada palestin. Allah hu akbar, Apakah masyarakat akan terkejut, ye... inilah masyarakat islam yang kita nak nampakkan.

Buat Engineer Oil Gas pula, aku lihat, sehingga bila kita nak terus kayakan non-muslim? Bila lagi kita nak mula establish pam minyak sendiri, seperti mana satu masa dahulu Burouq (milik Al-Arqam), mampu menandingi petronas! Jika tidak, sayanglah orang - orang pandai kita terperangkap di tengah - tengah lautan, berbulan pula tu, tenaga dan masanya di sumbang ke tempat lain, sedangkan statistik setiap tahun, ikhwah kita yang ambil course engineer sangat lah ramai. JIka di pam minyak, setiap pam minyak kita, kita perdengarkan ayat Al-Quran, kita bagi percuma isi miyak selepas beberapa kali isi, (tidak boleh turunkan harga kerana barang kawalan), bagi free ini, untuk menampakkan kepada masyarakat, inilah masyarakat islam.

Technition, kepada semua bangunan kedai kita, di selia oleh ikhwah kita yang sivil engineering, wirering, electrical engineering. Allah hu akbar, baru ilmu yang dipelajari di rembeskan sehabis baik. dan rembesan itu untuk dakwah jemaah kita. Dan Itqannya kita dalam bekerja semakin dahsyat kerana di yakini tempat untuk bekerja itu, pahalanya adaah jihad dakwah.

Kedai runcit KITA.
Kita sudah ada coklat yang kita keluarkan, kita sudah ada mesin button badge sendiri, kita sudah ada produk baju islamik sendiri sama ada untuk kanak-kanan, akhwat dan ikhwah, cuma kita masih belum ada produk seluar ikhwah je eh. Kita juga sudah ada produk susu kambing. Kita juga sudah ada pemborang bawang yang milik ikhwah. Kita juga sudah ada kilang cetak buku, alat tulis. Kita juga akan ada produk -produk yang lain. Mengapa kita tidak mengabungkannya menjadikan sebuah kedai runcit KITA. Yang running, dari cleaner sehinggalah manager adalah ikhwah akhwat kita, sehingga gula yang barang kawalan itu, kita bagi percuma 1 jika beli 2. Bukan kah itu akan melihatkan "inilah masyarakat islam". Ekonomi mula kita bersaing sedikit sedikit. Lagi sekali, ikhwah akhwat yang cuti semester masa belajar ada alasan untuk stay di medan amalnya dengan bekerja di kedairuncit ini, gajinya adalah untuk dakwahnya.

Kedai Gunting rambut KITA.
Kita ada untuk akhwat sekali, yang kemahirannya tinggi, kita langsung menyalurkan logam (bakat) anak buah kita berkhidmah di sini. Sehingga kita boleh membuka beberapa cawangan kedai gunting rambut kita sendiri.

Pensyarah KITA fokus.
Aku melihat, banyak pensyarah ikhwah di IPT, sangat ramai. Namun berapa ramai yang betul - betul fokus bersama syabab. Sedangkan Al-Banna sebut, ciri - ciri ikhwan ini, mudah memenangi hati pemuda. Jika semua asatizah nak menjadi figure, beratlah. Siapa yang nak bersama membina manusia dari bawah. Jika kita analisa, pemuda yang terbaik dan bijak (cepat pick up, fresh), adalah di IPT. Jika digunakan aset pensyarah, pensyarah itu boleh sahaja, nampak pelajar dalam kelas yang berpotensi, terus menanyakan kepadanya, "Kamu, lepas kelas saya nak jumpa ya!", mesti punyalah pelajar tu sami' na wa ato'na". Nah, ketika jumpa,"Jikanak cemerlang, rahsia dia, join konspirasi tarbiyah". wahaha. ., baru menjadi alat kepada matlamat.

__________________________


Masya Allah sebaris bangunan kedai kita ini menampakkan masyarakat islam. Bermula dengan menegur sapa, membantu dari buka kedai hingga tutup kedai, sebaris itu juga mengalunkan ayat Al-Quran, tiada keluar kata - kata yang kurang enak, yang keluar dari mulutnya hafalan hadis dan Quran, biah islamik wujud. Sehingga anak kita meneruskannya, dan masyarakat ini menjadi contoh kepada negeri lain, dan negeri lain - lain juga ada masyarakat islamnya, sehingga ketika kita ingin wujudkan negara islam, telah wujud tapak masyarakat islam yang tersedia kukuh.

Thummuhat kita besar ikhwah,

Thummuhat pada tarbiyah ini giga besarnya.

Tapi, perkara paling penting duhai ikhwah wal akhwat . . .

Tapi semua ini tidak akan ada, kerana Rijal yang faham sahaja yang mampu pikul tummuhat ini. Yang faham itulah harus ramai... Ya, cetak manusia yang faham itu seramai  mungkin.

Cetak manusia ikhwah!! Lahirkan rijal!!

Daie siang malamnya, memikirkan madunya... Jauh.... Jauh dari memikirkan dirinya sendiri.

Sanggup di tansiqkan / di susun untuk kepentingan dakwah yang amat panjang ini.

Kerana, sunnahnya juga, Rasulullah bermual dengan mencetak manusia yang Al-Fahmu. Sollid. Extrem dalam amalnya, lasak tidak bermanja. Itu jugalah Qudwah buat kita.

Banyak kepentingan peribadi yang harus di korbankan di fasa ini. Jika tidak, tersangkutlah ikhwah,.... Kita yang harus korbankan, biarlah dakwah ini menderu laju. Impian peribadi kita itu, satu masa nanti biarlah anak buah kita yang menyambung meneruskan..

Tatkala rijal itu ada, barulah semua yang di atas itu boleh berkembang baik. itulah matematiknya

Kita sama - sama ikhwah. sama - sama sabar membina.

Ameen kan dan beramal bersama.

Tuesday, November 4, 2014

Kapan Aku??





Kapan Aku?

Akh A : Eh, siapa nak jadi Dreber jaulah kita ni?
Akh B : (terus berjalan ke tempat pemandu dan memandu tanpa bertanya)
Akh A : Ah . . . bila aku pula harus bersegera seperti beliau (bermonolog)?

Akh A : Akhi, anta penat berlari ni, nak ana belikan air 100 plus x?
Akh C : (Terus bangun dan pergi ke kedai runcit berhampiran dan membeli air)
Akh A : Ah . . . kenapa Aku pandai bertanya je? (bermonolog)

Akh A : Eh, Sape nak mulakan majlis kita ni?
Akh D : Kita buka majlis dengan umul furqan "Al-Fatihah"
Akh A : Ah . . . kenapa bukan Aku yang langsung buka tadi (bermonolog)

Akh A : Rasa macam tak berjalan RI ni, tapi tak de pulak yang lain bersuara? (bermonolog)
Akh E : Bertindak dengan mesej setiap orang ahli RI, dan ajak duduk berbincang bersama semula.
Akh A : Ah . . . selfish nya Aku (bermonolog)

Akh A : Akhi Z, anta nak pindah rumah tu, cukup dah ke orang yang nak tolong.
Akh F : Akhi, jangan tanya cukup atau tidak, kena pergi tolong!! sebab orang akan cakap cukup je walaupun sebenarnya perlukan bantuan.
Akh A : Ah. . . tidak sensitifnya Aku.

Akh A : Kesiannya Akh Z tak bangun qiam pagi tadi, mesti tido lambat malam tadi!
Akh G : Salah ana, tak kejut dia dengan bersungguh - sungguh, boleh je ana jirus air, berdirikan dia, kerana apa yang kita buat tanda kita sayangkan iman dia.
Akh A : Ah . . .  bila aku nak mula rasa perasaan yang sama seperti Akh G ? (bermonolog)


Sampai bila, aku nak memberikan contoh-contoh tentang orang tu orang ni, bila lagi aku nak “jadikan aku ni” contoh pada orang lain!!

Selalu orang bertanya, siapakah Al-Fateh alaf ini, Umar abdul Aziz era ini? Kenapa harus bertanya dan menunggu!!

Kenapa bukan katakan, sayalah orang itu!!

Kapan lagi, jika bukan sekarang?? Jika tidak, yang lain akan menyambut, dikau ketinggalan dan keciciran. Tunggulah di akhirat tempat perhitungan kerana penagguhan di kau. 

Tunggulah saat itu!