[Langkah bermula, Abu Ammar]
Akhi. . .
Jagalah hati mu,
Aku ingatkan ini juga untuk ingatkan aku dan kamu,
Kerana Aku sayang niat, Iman Aku lah aku menulis, menegur
Aku dan Engkau.
Kerana "hati" lah segala - segalanya akan hidup
dan Mati.
Kerana hatilah, Allah terima atau tidak pandang amal kita.
Kerana hatilah, manusia terima atau menolak dakwah kita.
Jagalah "Hati" dengan sepunuh hati, dengan punuh
hati-hati,
Risau engkau mati, putus asa dari jalan ini, risau engkau
futur sehingga tidak kembali.
_______________________
Akhi,
Bagaimana pembinaan diri mu akhi? pembinaan Iman mu? di kau
peduli kan ke akhi?
Hebat engkau bercakap, namun manusia tidak dapat fahami kata
- kata mu, mungkin kerana hati mu sedang sakit akhi. Engkau sendiri tidak
beramal dengan kata-kata mu.
Hebat engkau mentajmi', yang akhirnya satu langkah sahaja
lagi untuk mengungkap kata -kata, "jom liqo' ", namun tidak
terkeluar, mungkin Allah kelu kan lidah mu, kerana Hati mu munngkin tidak telus
akhi.
Hebat di kau mentaqwin, namun mutarobbi mu masih tidak
bergerak, dan tidak memahami lagi kata mu, mungkin tahajjud mu tiada akhi.
Di Siang hari, engkau terus bekerja, bermuayasyah, berjumpa
manusia, namun masih tiada yang terkesan dengan mu, mungkin kerana lewat Dhuha
mu akhi.
Di setiap malam, engkau padat penuh jadual malam mu dengan
halaqah dan muayasyah, namun halaqoh berikutnya masih ada yang tidak datang dan
assigmnt Liqo' masih anak - anak buah mu tidak di buat, mungkin kerana kurang
rintihan mu pada Rabb akhi, kurang engkau menyebut nama - namanya dalam Doa mu
akhi.
Di kau sering mengadu, melihat pembacaan anak buah mu
seringkali tidak membaca kitab dan buku - buku, mungkin muhasabah buat mu akhi,
bagaimana 1 juz' Al-Quran mu sehari? Engkau sendiri terlompong - lompong.
Di kau mungkin perlu lihat juga akhlak mu, husnuzon mu pada
perancangan Allah dan melihat manusia. Barulah anak buah mu dan manusia
sekeliling akan perbaiki Akhlaknya.
Dan mungkin, anak buah mu sering beralasan, kerana engkau
selalu beralasan dengan Tuhan mu akhi, mungkin engkau masih bermain - main
dengan jahiliyah dan maksiat akhi. Mungkin engkau bermain dengan taubat mu
akhi. Nauzubillah.
" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat
kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca
Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? "
[ 2 :44]
Tidak kena setepek ke kamu dengan ayat ini?
Aku malu akhi, malu dengan Allah.
Malu kerana rasa tiada peningkatan diri dehadapannya
barangkali.
Namun, Allah belum temukan syahid, kerana Allah sedang
ingatkan agar segera kembali, jangan bertangguh tingkatkan diri, tarbiyah iman
mu. Allah beri lagi nafas untuk engkau terus bangkit dan jaga Hak Tarbiyyh
untuk di kau sendiri.
Farfirlana ya Rabb.