Saman lagi !!
Akhi A : “Akhi . . . . kita
punya jaulah ke pantai timur baru ni kena samanlah. ."
Akh B : “ Inna lillah hi wainna
ilaihirajiun. . . berapa ye jumlahnya akhi?”
Akh A : “ hmmm, banyak jugala
RM1K , Kena saman laju, saman perlahan, saman tak pakai topi keledar, saman tak
pakai tali pinggang keledar, saman sebab tak pakai stongan, saman sebab tak habiskan mutabaah amal, saman sebab kete dakwah kotor tak basuh”, macam
mana ye akhi?? Ana buntu"
Akh B : “ Takpe-takpe, nanti ana
usahakan ye untuk dapatkan RM1k tu”
Akh A : “Alhamdulillah terima
kasih akhi sayang, memang antalah tempat ana mengadu time susah senang… Lega
rasa, dah tak buntu ohyeah!!”
Akh B : “ (Ya Allah… mana
Aku mahu dapatkan RM1k, hanya engkau sahaja yang mendengar rintihan hamba mu ini, Aku ingin menguji Akh A dengan berkata demikian agar respondnya akan turut mrmbantu sama, namun sebaliknya. Ah... betapa gagalnya Aku sebagai murobbi Akh A untuk merasakan perasaan Takaful jauh lagi,
mungkin untuk dia tafahhum pada aku pun tiada)
_____________________________________
Jika akhirnya, saman itu di
tanggung oleh Akh B seorang diri, itu bukan tarbiyah dari Rasulullah.
Jika begitulah tarbiyah, iaitu di
tanggung seorang diri, maka yang laju di biarkan laju, yang perlahan di biarkan
perlahan.
Aku ingat lagi satu ketika berjaulah
bersama ikhwah:
Aku penyebab kena saman dan aku
ingin membayarnya seorang diri, namun murobbi ku menegur kami, bukan menegur
ku, beliau berkata :
“ikhwah kini sudah hilang sensitif,
yang salah bukan pada driver, tapi pada ikhwah yang lain kerana terus
membiarkan Akh tersebut memandu laju dalam bahaya, bahkan lebih salah pada ikhwah
yang sedang nyenyak tidur, yang membiarkan akh itu memandu seorang diri tanpa
teman. Yang salah adalah sama-sama
tanggung, bukan ketika mudah senag sahaja kita bersama, ketika susah
seorang diri . . . Rasulullah juga tidak senang melihat sahabatnya dalam kesusahan,
kerumitan, lemah dan futur”
Wahai !
Jika saman itu di tanggung seorang diri, maka orang kebajikan itu lebih sensitive dari orang yang menggelar dirinya ikut tarbiyah. Orang kebajikan itu lebih hebat ukhuwahnya daripada yang menggelar dirinya gerabak dakwah.
Jika antara ahli Liqo’ pun
tidak berlaku tafahhum dan Taqaful, Jauh lagilah kita!,
Usah bicara tentang Baitul
Muslim atau Masyarakat Muslim, kerana di fasa itu lagi “meng-gila” pada
penggorbanannya.
"Infaq yang terbesar adalah ketika mana kita merasa berat untuk untuk menginfaq"
Jika kita rasa berat di sebabkan duit, maka dunia masih di hati kita, Maka di kau lebih utamakan duit daripada nilai fikrah dan ukhuwah ini.
Nastagfirullah.
p/s : Tapi serius... saman merugikan, baik duit saman tu bagi untk tujuan TnD
No comments:
Post a Comment