-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, August 31, 2014

Sajak : Warisan TnD






Warisan TnD


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Akan aku terus bawakan
Akan aku terus semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Dengan fikrah islam ini
Demi Dakwah ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang Pentarbiyahan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Kitalah penyambung TnD.


Thursday, August 28, 2014

Bedah : kesusahan sebenar apabila....




ôs)s9 $uZø)n=yz z`»|¡SM}$# Îû >t6x. ÇÍÈ

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”

( Surah Al-Balad : 4) (1)

Wahai!!

Sungguh, ayat ini meyakinkan kita bahawasanya, memang kita di ciptakan untuk di uji susah dan berada dalam kesusahan. Hek hek.

Jadi jangan mengada rasa down ye…

(baik – baik sila serius).

Baik begini, jika kita boleh tadabbur, memang Allah sebut manusia ini memang sunnatullah nya akan di uji dan ujiannya akan menyusahkan. Anda lihatlah sendiri, masa nak menjadi bayi pun, sebelum itu anda bertarung berlumba dan bersaing dengan puluhan juta saudara anda. Akhirnya anda terpilih.

Ya, terpilih selepas berpenat lelah.

Terpilih untuk di uji lagi dan lagi. Nak pandai merangkak, jalan bertatih jatuh – jatuh, mengelunsur menghembam gigi ke tanah. Dan jika saya boleh yakinkan anda. Anda akan berasa susah sehinggalah anda habis melalui tujuan hidup ini. Ha… itulah yang Allah mindsetkan pada kita dalam ayat surah ini.

Persoalannya, Bagaimana kesusahan itu kita nak menghadapinya, Adakah Allah zalim meningglkan pernyataan tanpa memberi solusi.

Ha…. Teruskan membaca dengan salim a fillah ye eh.

Ÿxsù zNystFø%$# spt7s)yèø9$# ÇÊÊÈ   !$tBur y71u÷Šr& $tB èpt7s)yèø9$# ÇÊËÈ

‘Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar. Dan tahukah kamu,: apa jalan mendaki dan sukar itu”

[Surah Al-Balad : 11-12]

Namun, perhatikanlah kasih sayang Allah itu tidak meninggalkan kita terkapai, berasa susah tanpa tahu nak buat apa, kerana Allah yang menciptakan manusialah Allah tahu segala berkaitan yang di ciptanya. Jika susah, Allah tidak akan bebankan dengan apa yang tidak oleh ciptaannya. Allah sebut pada ayat yang berikutnya, kesukaran itu perlu dirembeskan pada beberapa perkara supaya berbaloi iaitu pada ayat 12-16 surah ke-90 (sila teka surah apa dalam masa 3 saat?)

Saya ulang, hidup ni serius meletihkan dan penat jika anda mengejar dunya, sebab nak istiqamah buat baik pun sukar, ada pula masa sang daie itu nak bermain – main dengan jahiliyah atau kejar dunya, memang “star light” seketul atas dahi la jawabnya.

Oh sory – sory, jom lihat 4 ayat berikutnya :

iaitu:
- memerdekakan hamba abdi;
- Atau memberi makan pada hari kelaparan,
- Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
- Atau kepada orang miskin Yang terlantar di atas tanah.

Masya Allah, jika kita melihat seerah, perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat di fasa  mekah dahulu sangat sukar. Untuk memastikan kesusahan itu bermakna, Allah menyuruh memerdekan hamba, yang itu merupakan “alat” kesayangan bagi masyarakat mekah ketika itu. Tapi Allah menyuruh memerdekakan, walaweh.

Begini, anda baru beli barang yang anda suka seperti I-phone, anda tak sempat guna, terus beri pada orang lain. Ha…. Sanggup!. Itulah kenikmatan dalam ke susahan Allah maksudkan. Dalam Tarbiyah seperti, anda Berjaya memahamkan sejelasnya antara alat dan matlamat dan lasso anda itu melaksanakan tujuan hidup sepenuhnya. Dalam proses nak memahamkannya, anda terpaksa mengorbankan duit yang banyak untuk perutnya, memberikan masa untuknnya, memberikan kehidupan anda untuknya.

Atau, ketika anda lapar, anda sanggup korbankan beri pada orang lain, sehingga orang tersebut tiada dalam kelaparan lagi. Dalam Tarbiyah seperti, anda lasso orang sehingga orang tersebut telah mendapat Haq Tarbiyahnya

Atau, anda Berjaya mengubah si yatim kepada mendapat haq Tarbiyah dan si muflis kepada kesempurnaan Akhlak.

Akhirnya……

Anda perasan atau tidak, kesemua 4 ayat tersebut berlegar berkenaan manusia. Kesusahan itu tidak akan kita rasai kalau sekadar merasa susah untuk diri sendiri sahaja. Kita perlu susahkan diri kita untuk kebaikan orang lain, kita perlu waqafkan diri kita untuk ummat ini, kita perlu korbankan diri kita supaya orang lain tidak terkorban. Barulah boleh merasai susahnya dalam perjuangan.

Namun, bermain teka – teki, jika Allah ending surah 90 ni, pada ayat ke-16 sahaja, apa jadi?

Adakah cukup dengan kita buat 4 perkara sahaja, telah menyelamatkan kita?

Adakah jika buat 4 perkara itu, telah membolehkan kita masuk kepada golongan kanan?


Kerana, Hitler itu besar sumbangannya kepada masyarakat dunia.

Kerana Richal Correy lah, lagi banyak bantuan yang datang dari eropah kemudiannya kepada palestin.

Kerana Bagat sighlah, India merdeka dari penjajah British.

Kerana Nelson Mandela lah, golongan miskin di Afrika mendapat perhatian dunya untuk di bantu.

Jadi, tiada beza antara oranag mu’min dan orang kuffur, kerana bahkan orang non-muslim itu mungkin lebih sensitif dalam urusan sosial dan kebajikan.

Nah, datanglah “ruh” surah ini sebenarnya pada ayat berikutnya :

¢OèO tb%x. z`ÏB tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÏpuHxqöuKø9$$Î/ ÇÊÐÈ

“Kemudian (selain daripada mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang Yang beriman dan berpesan-pesan Dengan sabar serta berpesan-pesan Dengan kasih sayang.”
“Ketahuilah! Bahawa orang-orang Yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal ayat 17), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).”

[Surah 90 : 16 -17]

Kata – kata “¢OèO” (kemudian) di sini, bukan di maksudkan dengan penundaan dar segi masa, tetapi di maksudkan dengan pengertian penundaan dari segi makna, iaitu langkah menyertai orang – orang beriman itu merupakan langkah yang lebih syumul, lebih luas dan lebih tinggi, kerana tidak ada gunanya perjuangan membebaskan hamba abdi dan memberi makanan kepada orang yang susah tanpa beriman. (2)

Ditegaskan lagi oleh Syed Qutb, kerana keimanan harus wujud sebelum perjuangan membebaskan hamba abdi dan memberi makan kepada orang yang susah. Keimanan itulah yang memberi nilai kepada amalan – malan yang baik dalam pertimbangan neraca Allah, supaya amalan yang baik itu tidak merupakan suatu amalan yang mendadak untuk memuaskan keinginan yang berubah – ubah atau untuk mencari pujian dari manusia atau untuk suatu muslihat dan kesempatan.

Seolah – olah Allah berfirman :

“Bebaskan hamba dan beri makanan pada gelandangan atau seerti dengannya yang lapar bagusdah, namun perkara yang lebih tinggi dari itu ialah menyertai bersama orang-orang beriman yang saling berpesan supaya sabar dan saling berpesan supaya bersifat kasih sayang. Jelas bahawa, Kata – kata “¢OèO” pada ayat ini bermaksud dengan lebih utamadan lebih tinggi”(3)

Fahamlah kita bahawa, kesusahan yang sebenarnya adalah ketika kita merasai apa yang di rasai oleh Rasulullah dan para sahabat, iaitu melakukan sunnah terbesar, “Dakwah”, selagi mana kita tak melakukan dakwah dengan sebenar – benarnya, selagi itulah kita tidak merasai lagi kesusahan sebenar. Selagi mana tidak bergelumang dengan dunia terbiyah dan dakwah, mafhumnya jangan sembang kita sudah merasai ujian sebenar. Selagi mana tidak mampu mengubah seseorang, maka ia bukan maksud dakwah sebenar, dakwah itu mencenderungkan (4) .Dakwah kita, dakwah taghyir (5). Ayuh, ikutlah gerabak Tarbiyah dan Dakwah ini untuk bersama – sama dalam kafilah golongan kanan. Senyum.

Maka pada ayat yang sama, Allah mengingatkan agar kita bersama kelompok yang mendekatkan diri kita pada Dia, bukan berseorangan. Kelompok mu’min itu jangan jadi unsur pelemah perjuangan bahkan menjadi unsur pengukuh dan penguat, jangan jadi penyeru kepada kekalahan bahkan hendaklah jadi penyeru kearah merempuh dan menyerang, jangan jadi pencetus ketakutan dan kebimbangan hendaklah jadi pencetus ketenagn dan ketenteraman. (6)

_________________________________________________________

Yang merisaukan aku apabila selesai pena dan ucapan ini, orang ramai yang membaca dan mendengar mula bersurai, masing – masing alpa dengan keyakinan mereka dan lupa gagasan merka. Malah, mungkin kealpaan ini sampai ke tahap dia bekerja menentangnya sama ada secara sedar atau tidak. Bukankah lucu jika anda lihat seorang pemikir, yang bekerjaya dan berpendidikan, dalam tempoh satu hari dia menjadi kufur sama seperti orang kufur yang laindan menjadi ahli ibadat bersama ahli ibadat yang lain.(7).

Ketika mana kita melakukan dakwah, ketika itulah kita sedang membenarkan ayat ini,

Ketika kita melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar ini, ketika itulah maksud kelazatan kesusahan yang sebenarnya.

Untuk keberhasilan dakwah itu, follow uplah dengan tarbiyah sehingga orang yang di dakwah itu melakukan kerja dakwah bersama.

Moga Ada amal dari bacaan ini.

__________________________________________________________

Sumber :

1) Surah Al-Balad
2) (Tafsir minhaji, surah Al-Balad)
3) (fi Zilal, surah Al-Balad,m/s 16)
4) (Kamus al-Muhit).
5) (Bab 4, Kewajipan dakwah ke jalan Allah, Buku Langkah bermula, m/s 56)

6) (fi Zilal, surah Al-Balad,m/s 17)
7) (Dakwatuna, Majmu’ Rasail, m/s 7)


Bedah : Aina Allah


Tenang...

Sebuah Video yang membuatkan Aku Merasai kerdilnya Aku , hinanya Aku jika tiada Dia di hati sekalipun miliki dunia dan seisinya.

Moga membuatkan kita sama - sama di hiburkan untuk lebih taqorrub kepada Dia.

Tenang...