9.36 am, (Lewat 6
minit dari masa yang sepatutnya mula PdP)
Pelajar bertanya, "mana
penyarah yang menyelia ustaz?, guru praktikal kami tahun lepas dia buat
strategi, penyelia datang, dia ajar tajuk yang dah kami belajar, tapi ustaz....
ustaz tak ada bagi apa - apa pun".
"oh... inilah strategi
ustaz, sekarang bermula", Jawab si ustaz.
.....................
Qiamman !
"Assalamualaikum WBT
dan selamat pagi ustaz.... Bismillah....."
"Baik pelajar boleh
duduk...."
....................
10.05am
"Ustaz, dah habis masa
ustaz, terlebih 5 minit, tapi habiskanlah dahulu ustaz ana rasa tak cukup
belajar pendidikan islam, ana nak kembali kepada islam yang sebenar",
rayu salah seorang pelajar tingkatan 2, kelas 2 Brutal itu"
Ustaz bertanya semula untuk
pastikan, "jalan dakwah kita masih panjang, eh silap... tajuk kita ni,
panjang lagi ni, bukan habis 10.10am ke?"
"Pengawas sekolah kena
keluar 10 minit awal ustaz untuk bertugas, tapi takpe ustaz, habiskan je sampai
10.10am", sambung penolong ketua kelas yang asyik melihat makhluk
dihadapan papan puteh.
"Jika begitu, kita
habiskan 5 minit lagi ye, hmm . . . ada apa - apa yang antum nak tanya ke?"
"ustaz.... kami
peliklah, mana penyelia yang ustaz kata tu?", tanya seorang pelajar
yang rasa pelik.
Tersenyum simpul si ustaz itu,
sambil perhatikan anak didiknya yang semakin mula membesar untuk menghadapai
hari - hari yang sulit sebagai remaja, berkata si ustaz, "penyelia itu
ada di sini".
"Hah!! ustaz biar
betul, pandai ustaz bergurau dengan kami sekarang..." sampuk salah
seorang muslimen kelas tersebut (oh ye,
saya mengajar dengan melatih pelajar guna perkataan arab, seperti ana, anta,
anti, muslimen dan muslimat, mereka bukan jurusan Bahasa arab, tapi mereka
gembira praktikkannya, cubalah beri peluang untuk mereka guna)
"Ya, penyelia tersebut
adalah antum semua, antum di hadapan ustaz inilah penyelia bagi ustaz"
pelajar, saling melihat antara
satu sama lain.
Sambung si ustaz,
"Antum lah yang akan
tegur dan nasihat perlakuan, akhlak ustaz, jika apa yang ustaz buat tidak sama
dengan apa yang ustaz katakan. Apa guna ustaz minta antum berlakon untuk sebuah
markah, sedangkan ketika itu ustaz sebenarnya sedang mendidik antum untuk
berlakon di hadapan Allah. Apa gunanya ustaz buat secara bersungguh (Itqan),
hanya apabila dihadapan manusia dan untuk manusia (si penyelia), mana mujahadah
ustaz untuk buat sesuatu hanya untuk Allah?. Apa guna ustaz dan antum berlakon
semata - mata untuk sebuah lakonan yang palsu bukan yang bukan mendidik kami,
tapi bazirkan 40 minit masa pengajaran antum sekadar untuk raikan, dan puaskan
ustaz. Apa guna antum jadi baik sekadar di sini, di dalam kelas, dihadapan
ustaz di sekolah sahaja, tapi di hadapan ibu ayah, Allah antum kembali kepada
kemurkaannya. Apa yang ustaz nak jawab di hadapan Allah kelak kerana di sana
peperiksaan dan penyeliaan yang sebenar. Sungguh, ustaz nak antum belajar
pendidikan islam ini bukan teori, tapi amalkanlah untuk hidup, untuk sebuah kehidupan
yang pasti di akhirat".
Pelajar tertunduk... terdengar
sedu.
Ustaz menambah lagi,
"Apa sebab antum lewat
6 minit? sedangkan ustaz juga naik tangga yang sama, rehat masa yang sama. Mana
kesan dari kita belajar "tepati masa " dari kelas semalam?”. makin
ramai tertunduk.
"Pelajar ku, jujurnya,
Ustaz tak kisah berapa markah yang penyelia pensyarah ustaz nak bagi, Jika cemerlang Alhamdulillah, yang
penting ustaz dapat mendidik antum, ustaz sebagai pengantara yang memberi
harapan pada antum, agar antum semua menjadi manusia muslim yang bermanfaat
buat islam dan orang lain. Dan ketika mana kamu berjaya mengamalkan islam
sebenar, ketika itulah hujah telah ustaz persiapkan untuk jawab di hadapan
Allah kelak, ketika itu jugalah antum semua sedang menghiburkan ibu dan ayah
yang telah pergi, itulah doa dari anak yang solleh"
............................
ring..... ring (rehat habis),
"baik..... rehat kita
adalah nasihat ustaz tadi, inilah makanan antum, makanan yang akan bertahan
sampai bila - bila selagi mana kita amalkan, itulah juga makanan rehat buat
ustaz, baru adil"
"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan
kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan
Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak
buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri . . . . "
(Yunus : 71)