-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, September 4, 2013

Kisah Si duit Syiling




[Ibrah sudut SJ] : Kisah Duit Syiling

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, lihat kiri kanan, tiada orang, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Wah! Rezeki aku, takde orang tengok pulak tu, clear” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya di baling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas, masih terus istiqamah dalam kejahilan, masih terus melakukan jahiliyh, sangat takut dilihat manusia, terus menjaga pandangan manusia, berbanding pandangan Dia, yang hakiki.

Wahai,
Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ untuk uji kita, untuk melihat tekad Iman kita. Tatkala berseorangan kita bagaimana?, "syiling" itu nikmat dunia yang sumpah sementara, ye Jahiliyah itu sedap dan lazat, ketahuilah ia "nikmat" yang sementara.

"Kita perlu korbankan dunia kita untuk akhirat kita"

No comments:

Post a Comment