-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, September 25, 2013

Hafiz yang membenarkan






Jika Al-quran itu di turunkan hanya untuk dibaca, untuk dapat pahala semata, maka cukuplah baca "surah 3 kul" sahaja, hanya dengan membaca 3 surah ini sahaja, anda telah mendapat pahala sepertimana membaca 1 Al-quran (mafhum hadis).
Tahu!!

Maka, penatlah membaca buat mereka yang hanya membaca dari awal Al-Q (surah alfatihah) - habis (surah annas), Hanya untuk dibaca untuk dapat pahala satu Al-Quran, saya ulang, memadailah dengan membaca "3 kul" pahalanya sama sperti baca 1 Al-quran!!.
Miudah bukan sifirnya,

Namun, Al-Quran itu bukan di turunkan untuk di baca semata, bukan untuk dapat pahala sahaja, mukjizat ini untuk di fahami dan di amalkan, walaupun sedikit kita faham dan beramal. Ketahuilah, kita sbenarnya sedang jadi "hafiz Al-Quran", kerana kita faham, makna hafiz itu : memelihara ayat tersebut dengan beramal denganNya,

hafaz dan hafal itu membawa maksud yang berbeza!

Berapa ramai hari ini, mereka yang hafal satu Al-quran, tapi beramal dengannya?

Adakah dengan meng-hafal 30 juz', dengan mudah dapat masuk syurga, dpt beri syafaat pada 10 orang keluarganya (mafhum hadis).

Adakah begitu murah harga Syurga?

Kalaulah itu kayu ukurnya, maka mudahlah orang masuk syurga, ayuh kita berhenti dari belajar akademik, berhenti dari sebarang pekerjaan, cukuplah dengan hafal 30 Juz'.

Buat madrasah/ sekolah/  institusi/ pondok yang melahirkan para hafal quran, lahirkanlah produk "hafiz quran".

Buat penghafal quran, peliharalah ruh quran, jadilah Al-quran bergerak buat Ummat.

*Aku mencadangkan, setiap masjid/ surau menyediakan Al-Quran terjemahan, kerna org malaysia kita, tidak mudah utk memahami Bahasa Arab, melainkan ada terjemahannya, "Bahasa Melayu".

No comments:

Post a Comment