"Tiada keuzuran untuk beramal (berjihad) di jalan Allah
!" -(Syed Qutb)
Sampai bila kita ingin beralasan?
"Ana tak macam anta akhi, takde kenderaan, jadi datang
liqo lewat selalu tak pe la ye,
"Afwan akhi ana kena menoreh tolong adik ana, jadi
daurah ana tak dapat datang akhi,
Afwan akhi, ana tak pandai bercakap, tak boleh jadi murobbi,
kahwin tak pe! pulak!"
Renungilah kisah Nabi Allah Musa, yang ada kekurangan dalam
berkata - kata, namun tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasannya.
Sampai bila kita ingin terus sebuk dengan cita - cita
peribadi kita?
"Afwan akhi, ana habiskan study medic ana dulu beru ana
join tarbiyah - tarbiyah ni ye, akhi nanti bila ana dah ada klinik
sendiri, dah jadi Doktor, baru ana join tarbiyah, usrah ye.. Akhi, bila
ana dah ada pendapatan atas 10K, baru ana all out dalam Dakwah ye...
ketahuilah Ikhwah... tatkala berfikir akan Ummat lebih banyak dari diri
sendiri, di kau akan masyhur di langit Ilahi, pahala fikirkan ummat lebih
banyak daripada fikirkan diri sendiri akhirnya Ummat ada resolusi"
Sampai Bila kita ingin terus mengejar dunia?
"Tak akan habis akhi, anta akan penat jika kejar, dulu
nak nokia 3310, kemudian keluar Iphone, beli Iphone, bila keluar I Pad, beli
Ipad, keluar samsung S4, kejar, kumpul duit dapatkannya.... penat kan kejar
dunia,
ketahuilah ikhwah, tidak akan pernah habis kalau mengejar
dunia, namun kejar akhirat, dunia akan mengikuti mu, bacalah kisah sahabat!!
"
Sampai bila kita ingin katakan, kita belum sedia?
Maka sedikitlah para daie, boleh jadi tiada daie atas muka
bumi ini jika semua beralasan sedemikian, "ana belum sempurna"!!
Sampai bila kita ingin terus berkata "perubahan itu
beransur - ansur?"
"Relax lah, perubahan ansur - ansur, buang main game
dulu, nanti baru fokus tinggalkan baca anime, bila selesai tu, baru fokus
tinggalkan couple, pah tu bla...bla..bla.
Analogi : "Jika api lilin di atas jari anda, anda mahu
mngelak terus secara total, atau gerakkan beransur - ansur! Jadi apatah api
Neraka!!"
"Perubahan" itu bermula sekarang sekarang sekarang sekarang !!