Merenung keluar jendela,
Kau berikan ku kekuatan,
Untuk terus sabar, istiqamah membina manusia. kerana itu adalah asasi, tapak, foundation untuk sesebuah bangsa atau tamadun itu untuk berdiri.
Kini, aku melihat ianya berhasil,
Iye, aku hanya pengusaha atau alat untuk membolehkan menara KLCC itu dibina,
Aku tidak pernah meminta untuk di ambil gambar,
Kerja ini, tidak popular di mata manusia,
Manakan tidak, berduyun mad salleh dan si solleh, datang ke KL untuk mengambil gambar KLCC dengan wajah tomey - tomey,
Sungguh, menara yang kukuh gah tersergam indah itu keberhasilan dari "lama"nya untuk membina tapak tersebut.
Ar-Rasul juga sabar dan tidak tergesa-gesa, 13 tahun tempoh yang di ambil untuk fokus membina tapak yang taff, tahan lasak, tidak manja, tahan lasak, besar pengorbanannya, kuat hubungannya dengan Rob, hebat doa Rabitahnya, manis Ukhuwahnya, banyak BBQ Iman-nya. tinggi mujahadah mereka membanteras jahiliyah, sedikt tidurnya. Hasilnya kini.
Tiada mereka (si pelancong) yang datang ke KLCC untuk mengambil lantainya,
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berterima kasih pada buruh dan bangla yang siang malam bekerja lebih tekun berbanding mereka yang hanya sekadar berkata-kata tentang Itqan.
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berfoto dengan besi-besi cerucuk.
Tidak pernah!!
Yang hanya menjadi bualan, hebatnya KLCC sehingga kini memegang rangking bangunan berkembar tertinggi di dunia, bijak sungguh perdana menteri Malaysia ke-4. Perdana menteri yang menerajui kejayaan KLCC ini jugalah yang mendapat nama kerana beliau terkehadapan mengistiharkan kepada rakyat dan dunia.
Namun, si sabar yang membina tapak ini, terus membina tapak, fokus dalam memberikan hak - hak pada wasail, tekun dalam menyemai keberhasilan muasafat, sabar melahirkan mereka yang boleh berkerja bersama-sama dengan sabarnya membina tapak dan tidak kurang, pabila cukup zat besinya, bangunan tersebut akan di naikkan untuk manusia melihat kebesarannya dan untuk kita mensyukuri segala nikmat.
[ menara Pisa juga ada maratib eh ]
karna bagaimana keadaan sekalipun KLCC itu tidak mampu berdiri kukuh jika tapak itu tidak di titik beratkan, kesannya seperti bengkoknya menara Pisa. Kerja ini murni. Lebih murni sehingga Aku sendiri mula yakin kehebatan KLCC itu bukan pada bangunannya, bukan juga pada yang mengarahkannya, namun pada mereka yang sabar dalam Tariq Amal, merembes air mata dalam memasukkan cerucuk, Istiqamah dalam menyimen lantai, saling memberi motivasi dan dorongan, "sudah tidak lama akhi, sabarlah sedikit lagi, sabar itu suatu jihad akhi", namun tidak sedikit ikhwah yang boleh bertahan, ada yang menarik diri kerana belum bersedia, ada yang menghilangkan diri terus, ada yang ingin cepat langsung lari ke tempat lain selepas istiqarahnya. Sungguh aku percaya, kerja buruh ini Allah tapis, dan aku tidak berseorangan. Uwais Al-Qarni, namanya tidak popular di dunia, namun masyhur dan teliur - liur oleh makhluk di langit~~
Yang enaknya sehingga di dalam tidur si sabar itu, masih lagi memikirkan buruh-buruhnya:
“ Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”
Kini, masanya makin hampir dan akan di lunch 19 Januari.
Harapan dan doa ku, kerja ini masih fokus bahkan
kita perlu lebih serius, kerana apa? kerana manusia fitrahnya akan datang
mengambil gambar dan itulah dalil mereka, moga bangunan dalam gambar itu sama
atau lebih cantik dari gambar yang diambil, penuhilah hak Isinya. Sekalipun UA kita capai kelak,
tidak bermakna ketika itu kita berasa senang dan selesa, kerana Syahadahtul Haq
itu wajibul ghunnah dilaksanakan sesungguh mungkin dan ada rantai penyambung.
Jika tidak, penatlah, pak Abu A'la Almaududi menyampaikan syarahannya agar kerja SH ini perlu berfokus!!
Fokus dan sabarlah akhi ku
Ikhwah dan Akhwat, penuhilah hak-hak Isi si mutarobbi !!
“ Wahai anak-anak muda, cepatlah dewasa dan
membesar. Ingin kami serahkan amanah ini kepada generasi pewaris yang akan
meneruskan kerja-kerja ini.”
No comments:
Post a Comment