Jaulah ke Terengganu, merasai sentuhan dari mereka
Aku terus mengunyah, dalam benakku, banyak yang mahu aku tanyakan. Ini benar-benar peluang untuk aku mencari jawapan semua soalan yang selalu melegari setiap sel otak ini.
"Akhi, bolehkah kalau kita katakan jalan tarbiyah dan Dakwah ini mudah?"
Akhi Mutarobbi berpaling kepadaku. Terus dia berhenti mengunyah. Kemudian cuba melebarkan senyumannya. Dia kembali merenung dan mengunyah semula makanannya
. Lalu melihat wajahku, dengan nada yang sungguh semangat, dan gaya tangannya, mulutnya mahu dibuka, seolah-olah mahu memberitahu sesuatu.
"Akhi, jalan dakwah dan tarbiyah, kalau mudah, sahabat-sahabat tak akan dibelasah, Umar, Khabab, Abu Dzar, Sumayyah, Bilal tak akan kena belasah."
Doom! Suasana seolah-olah bertukar gelap, guruh sabung menyabung. Seperti dalam sinetron-sinetron petang. Degup degap jantungku terasa makin kencang. Aku terpana. Tapi dia tidak memberhentikan kata-katanya di situ.
"Kalau kita kata jalan dakwah ini mudah, nescaya ramai yang akan lalai dan buat sambil lewa."
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Dan terus mengunyah. Terima kasih akhi!
______________________________
Namun, ketahuilah. . .
Sunnah terbesar Ar-Rasul wariskan kepada kita, bukan solat, bukan puasa, bukan zakkat, haji, bersugi, berdebat kerana ia datang kemudian, Namun Sunnah terbesar dan Mulia adalah Tarbiyah dan Dakwah, itulah yang Ar-Rasul lakukan sejak bermulanya baginda menjadi rasul.
Mulia bukan, ayuh mengikuti Sunnah mulia ini!!
-Murobbi kepada kahlifah-Khalifah-
No comments:
Post a Comment