-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, October 18, 2012

Bedah : Surah An-Nas

Rahsia nak kejut manusia nih, sentuh dengan membisik / belai hatinya



Bedah surah An-Nas :

Pastikan Al-Quran yang berhabuk dalam almari tu anda gunakan, ehem.

Bersediakah anda!!

Mindset kan, perbincangan ini bukan hanya Ilmu, kerana Aku berusaha untuk memberi Fikrah dari surah An-nas ini untuk kita mem”bumi”kan dalam kehidupan kita.

Ini bukan Tadarrus, Tilawah, Tafsir, Tapi Tadabbur.

Beza Tarbiyah dan Ta’alim itu ketara.

Hasil Tarbiyah itu di “Bumi” kan dalam kehidupan, di praktikalkan.

Ayuh memahami  ayat yang penting dalam surah An-nas :


1) Tiga ayat yang awal adalah isi “Tarbiyah” itu,

Itulah yang kita seru, dan kita perlukannya!! bahawasanya manusia itu perlukan perlindungan, perlu di kuasai dibawah jagaan-Nya dan kita hanya sembah kepada-Nya!! Itu yang paling di butuhkan dalam kita nak berubah, dan perubahan itu perlu dari dalam keluar, (details bacalah 4 Istillah dalam Al-Quran, Al maududi).

Tambahan part 'ILAH' itu boleh berkait isu couple, kaki game, dan se-geng dengannya tahu!

Bagaimana tuh?

Hah, ayuh lihat Definisi ILAH dahulu, seperti di bawah.. (sangat - sangat penting untuk faham definisi ILAH, kerana ianya adalah perkara AQIDAH yang mesti KITA faham, kerana takut tanpa KITA sedari KITA seolah - olah menyekutukan Allah dengan makhluk lain dalam hati KITA. Nauzubillah)

*Ilah = kecenderungan, pusat tumpuan hati, sumber pengharapan, pusat kerinduan, enggan berpisah, sumber ketenangan, sembahan etc.

ILAH boleh wujud dalam pelbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk wanita, wang, harta, batu, pokok, dan seangkatan dengannya, kerana ilah tak ilah sesuatu itu terletak pada hati seseorang itu.

2) Pada ayat ke Empat itu,

First yang kena tahu, kuasa bisik ni lagi hebat dari kita jerit, tak percaya sila buat experiment, cari mana-mana Ikhwah kita yang susah qiammullail, atau member kita yang susah solat subuh berjemaah, pagi esok kejut dia dengan cara, “bisik” kat telinga dia. Subhanallah, lihatlah keajaiban!!  sebab tu kuasa syaitan nih, membisik, Allah dah bongkarkan Rahsia ni. Seterusnya, kejahatan akan automatik reduce dan hilang jika kita terus berada dalam kawalan “Tarbiyah”, difollow up oleh naqib kita, ada Mutabah amal yang mengawal kita (dengan syarat konsisten la brader), jika itu kita mampu istiqamah, kejahatan itu akan terus tenggelam, sebab tu tak pelik sahabat Rasulullah jadi Hard core dalam Tarbiyah dan Dakwah, sebab setiap hari kena Brain wash (ditarbiyah) berterusan oleh Rasulullah. Musab’ bin Umayr pun minta kat sahabatnya yang lain agar duduk sejenak, kita beriman sejenak.

Ketahuilah, wahai ahli rumah bujang ku orang beriman, niat ku hanya hingin mengajak kalian bersama merasai kegembiraan ini bersama, aku perlukan biah itu, syaitan itu bisikannya kuat untuk terus menonton movie, ber-game, ketiduran, berangan – angan panjang sebelum dan selepas subuh, pada buku – buku, dll, kerana itu kekadang aku tidur di Kampus untuk Ilah kan pada Rob ku, bukan untuk tidak bersama dengan kalian, Cuma aku perlukan kekuatan itu. Kesyahduan~ (Mood, terkadang lemah). Khabab juga pernah mengadu pada Murobbinya Rasulullah, Apakah salah aku mengadu agar kalian ketahui Ilah kita yang sebenar!!

3) Pada Ayat kelima,

ketahuilah perilaku kita, atau perbuatan kita hasil dari Iman kita, iaitu dari “hati” kita, sebab tu syaitan dia tak hasut kat otak, sebab Syaitan pun tahu, kalau attack otak manusia, kesannya akan menyebabkan manusia gila, dan akhirnya orang gila itu tempatnya di Syurga. Fuh!! Melenting si Syaitannirrojim tuh.

Hmm bisikan lain,

Contoh titik kelemahan lain manusia yang Allah potretkan melalui nabi Adam ialah manusia nak hidup kekal dan suka kepada kekuasaan, Sehingga menyebabkan nabi Adam tertipu dengan bisikan syaitan tersebut,

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (20:120)

Wahai, ini Just tambahan sahaja kalau nak tambah rempah-ratus dalam bulatan Gum-Gumbira =)

4) untuk kes syaitan dalam bentuk jin Kaitkan dengan ayat ini,

“Syaitan MENAKUTI - NAKUTI kamu dengan KEMISKINAN dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (KIKIR); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(Al-Baqarah : 268)

Point yang kene di stress kan ialah strategi syaitan menghasut dan membisik ke dalam hati manusia ialah dengan menggunakan titik kelemahan manusia, Iaitu manusia takut kepada kemiskinan, Apa yang nak kita nak kaitkan isu kemiskinan kat hadek2 comey & abang Machoo kite ni?

Nah!
Bukankah hadek kite risau bahawa pergi bulatan Gumbira/ daurah/ program islam/ etc akan mengganggu study mereka?

Kronologi ketakutan miskin, Persepsi hadek – adek :

Pergi Bulatan gembira ->fail or result teruk -> kene buang kolej -> tak dapat ijazah -> tak dapat kerja -> tak dapat gaji/duit -> miskin

Dan itulah bisikan syaitan yang menakut - nakutkan kita...

Padahal, Masalahnya, kenapa pulak tatkala fail atau result teruk salah kan benda-benda islam? Apsal tak salahkan main fesbuk berjam - jam, tido banyak (termasuk sebelum dan selepas subuh tidur yang berpanjangan), main futsal, pergi velli kat mid valley, tonton movie sekali lebih 2 jam, buang masa etc? Padahal Bulatan yang gembira itu paling koma sejam, paling ada zuk at lesast 2 Jam dalam SEMINGGU, sedangkan main fesbuk etc berjam2 DALAM SEHARI !!!

Bahkan itu menyumbang kepada Jahiliyyah kot!!

Astaghfirullah,

So jangan lah KIKIR/ KEDEKUT MASA untuk SEJAM sahaja untuk islam, apatah lagi kita sangat membutuhkan Tarbiyah diri dalam membina Individu muslim yang solid (QS)...

Pergi bulatan gembira dan fail takder relationship pun sebenarnya...

Isu ini sangat extreme, so kene pandai - pandai present supaya hadek - adek tak salah faham... Kene keep repeating skrip ini, "ini sekadar contoh sahaja, bukan akak/abang suruh korang fail exam ye"

In case kalo kalian dah present surah an-nas, boleh sahaja bersahaja pinpoint semula berkenaan point ni dalam BG yang lain sebagai mindset kepada hadek – hadek.

5) untuk kes syaitan dalam bentuk manusia sentuh ayat ini,

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu MUSIBAH kepada suatu kaum kerana KEBODOHAN kamu yang menyebabkan kamu MENYESAL atas perbuatanmu itu” 

(Al-Hujurat : 6)

Beri mindset supaya selalu rujuk kedua - kedua belah pihak jika mendapat suatu berita kerana kita tidak tahu kebenarannya, Kerana di takuti kita menimpakan MUSIBAH kat org lain atas KEBODOHAN diri kita yang menyebabkan kita MENYESAL.

Tak kire berita itu daripada siapa, ustaz ke, doktor ke, bisnesman ke, student ke, abg/akak ke, MESTI double check...

Ini ringkasan sahaja, selamat berbulatan Gumbira.

Pssst : masa time sekolah dulu,

“Dulu, bila diingatkan semula, apa kesan halaqoh di sekolah kepada ku, hampir tak ingat sebab barangkali berasa sekadar Ta’lim bukan Tarbiyah, sekadar di suapkan dengan Ilmu, namun bila dibawa dalam bentuk fikrah, bukan ilmu, baru sebenar-benarnya rasa, Wah! Bestnya bulatan gembira ini!! “

Jom, rasai ke-gembiraan itu !!

Moga bermanfaat...

Hadis Rasulullah :

"Apabila manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila
manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan."

No comments:

Post a Comment