-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Saturday, June 16, 2012

Ziarah Super Siyya : Ust. Alias Othman

                                 Ustaz Alias Othman



‎"eh, kenapa sikit sangat ni..? ramaikan lagi..."


ehem.. kita bukan nk cari kuantiti la.... kualiti tu lebih utama...

"Apakah kamu nk mengumpulkan angka - angka kosong?"





Assalamualaikum Ikhwah Akhwat yang di kasihi,


Moga Allah terus menyayangi kita dengan memberikan, kefahaman Ad-din, Taufiq, Rahmat dan Hidayah.

Alhmdulilh, mudah-mudahan post ini dapat terus "Kuatkan Iman, Tambahkan Amal" [K.I.T.A]

Walaupun usia ustaz telah menjangkau umur 70tahun (30 oktober ini), tetap kelihatan seperti pemuda (pemuda tidak di ukur dengan umur. Tahu!!)

Beliau antara penyumbang besar dalam Haraki di tanah air, juga antara gerombolan super saiyaaa yang awal di tanah air.

sumbangan beliau dalam menterjemah buku yang tidak asing lagi, "Mazayakni (apa erti saya menganut islam)"

Antara Nasihat beliau kepada pemuda :

1) "Perbanyakkan membaca buku-buku Fikrah", sehinggakan sampai satu masa ikhwah yang tidak membaca rasa cemburu pada ikhwah nya yang len, berlumba dalam membaca ia sangat kurang berlaku pada pemuda kini. Juga dalam memberikan tanggungjawab madu' kita membaca, bukan sekadar menyuruhnya baca, perlu di tasmi' dari pembacaannya, jika kurang tepat, suruh madu' tersebut baca balik, baca dan baca sehingga apa fikrah dalam buku tersebut berjaya di hadam, yang penting ada point penting yang diperoleh, dari hafalan point sangat mudah membawa kepada kefahaman.

[ Hatta ustaz Roslan, disuruh Hafal oleh murobbinya satu buku "Toriqu Dakwah", zasssssssss ]

2) Dalam mentarbiyah Madu', proses Taqwin perlu berterusan, sebagai contoh menjadi rutin setiap minggu hari isnin puasa, tapi madu' si A tidak puasa, Murobbi/ah perlu ke tempat Madu' si A tersebut (kolej / rumah / dll), setiap kali dah nak maghrib datang mengejut dan sekadar bagi buah kurma.
"kata padanya : ana nak kongsi pahala dengan orang yang berpuasa",

kemudian terus beredar, i'allah hatinya tersentuh, sains sosial emosinya akan terharu, minggu depannya datang lagi dengan berbekalkan kurma juga, "step yang sama", I'allah kali ini dia nak follow berbuka bersama dalam keadaan si A itu sendiri berpuasa.

[wah! Jika, anak buah ana baca, sila senyum sekarang. . . hanya senya ana alat untuk membantu bersama mendapat Redhonya]

3) Zaman pemuda ustaz, buku-buku / daurah DF ni tiada, naqib/ah mudah sahaja, "Akhi mansur anta kenal tak pelajar baru kat bilik no.1 aras 1 tu",
Mansur : "ah...ah, dia orang yang selalu di gerumuni teman2nya, kenapa akhi?"
Naqib : "alhamdulilh"

minggu depan dalam bulatan men-gumbira-kan hey :
Naqib : " Mansur, anta dah kenal ke dengan pelajar bilik 1, aras 1 tu?, dah ta'ruf dengannya?"
Mansur : "Oh . . . kena jumapa ke? (rupanya dia suruh ana jumpa ke. dush!!)"
Naqib : sekadar senuym . . . 

Minggu depannya : 
Naqib : "Mansur gimana pelajar tersebut?"
Mansur : (dah agak akan ditanya) alhamdulilih ustaz ana dah jumpa dia, hmm, ustaz kenal ke siapa dia?"
Naqib : dia adalah madu' anta (DF)
Mansur : Wah!! ana tengah DF ke sekarang, yehaaa!!

4) Jika ada syuyukh turun, seharusnya kita berusaha andai tidak clash dengan program Tarbiyah kita, untuk turut bersama turun mendengar taujih dengan bagaimana cara sekalipun, JHY, WUL, Kancil merah ada, guna r.

5) Jika ada berlaku musibah pada madu' / DF kita, ikhwah seharusnya sangat pantas membantu / Ziarah.
"Betapa ikhwan di panggil dengan kebajikan atas kemurahan dan pengorbanan yang cukup hebat, disaat berita pada pemerintah belum sampai lagi akan musibah yang melanda di tempat yang ditimpa bencana, ikhwan telah lagi awal turun membantu. sangat awal.
-lihatlah dengan pembacaan buku-buku ikhwan / fikrah, betapa sayangnya ikhwah ini pada islam, sehingga kemurahan dan pengorbanan seperti air, cintanya pada islam ingin disemai pada madu'nya.
[sila baca novel syeikh Yusuf Al-Qardawi, bukunya "Aku & Ikhwan". sangat best dan masyhuk hey, jika anda nak Ruh Sains Sosial, sila baca. Percayalah! lagi cepat habis dari baca novel "Sebarkan Cinta-ku" . eh]

6) "Ilmu tidak mengubah cara hidup, tetapi amalan yang mengubahnya". (Teori vs Praktikal)

7) Rumah ikhwah dijadikan RI yang sebenar (ahlinya sefikrah) yang subur dan hidup untuk ber-Ukhuwah, pensyarah sendiri yang turun bermuayash bersama penggerak, gerak kerja dibantu dalam memberikan buah fikiran / bimbingan. Tiada "gap" antara syuyukh dengan Syabab", subhanallah rasa kencang ana membayangkan ini berlaku.

[nasihat ini juga kepada syuyukh yang membaca]

8) Bulatan Gum-Gumbira hanya diberikan asas, tapi banyak dilakukan dalam BG adalah perbincangan, perbincangan yang muntij hingga akhirnya semua sefikrah, faham matlamat yang sama dan jelas.

9) Jangan banyak di suap dan di dukung, ikhwah penggerak harus banyak berdikari, asas kena bagi.

10) Target DF, "Bukan sekadar orang kaki surau, tetapi juga mereka yang digerumuni oleh manusia, biarlah dia ahli muzik sekalipun, kerana ana ahli muzik yang tegar dahulunya dan digerumuni sebab jahiliyah, kini digerumuni dengan kefahaman"-ustaz Alias

11) perlu ada kuliyah / bedah buku buat gabungan dengan IPT len, mula skrang!!

12) kemudahan antum : Ramai dah ikhwah (dulu zaman ana kena perga Perlis, BG kat sana), wadah pun dah ada (fokus Proses Tajmi" dan follow up), alat/kemudahan (komputer, internet, kete, dan bagai-bagai yang lain), Rumah Ikhwah, Akhwat ada, cuma nak tanya, berfungsi sebagai rumah Tarbiyah dan Dakwah tak?

13) orang yang ada tarbiyah ini, beliau beramal.

14) kerja DAKWAH adalah kerja KITA,
"Berjaya atau tidak, ia adalah kerja KITA"
"Suka atau tidak, ia adalah kerja KITA"
"Penat sekalipun, ia adalah kerja KITA"
(siapa tak penat, masa rasa kosong, tak de kerja, wah! ini sangat bahaya!)
*Kat dunia ni, apa yang tak letih, apa yang tak susah?, syurga itu ada tingkatnya, all out lah untuk berada di syurga yang teratas, wah!!

15) Banyakkan berdoa, Doakan Ikhwah lain
super power "Doa Rabitah", Nilainya terlalu dalam

16) Fizikal dan minda kena kuat, banyakkan berfikir,
tajamkan fikiran dengan banyak membaca, hikmah itu datang dengan Ilmu

17) Jangan rasa diri tak layak, hasutan syaitan itu dahsyat

[tertunduk. menitis syahdu]

18) "Ana terus yakin dan kuat hari ni, antara penyumbangnya, adalah anak-anak ana sendiri, mana mungkin anak-anak ana jiddiyyah dalam DnT, ana tidak melakukan apa-apa, anak - anak analah menjadi motivasi pada ana"

________________________________

ketahuilah! terkadang agak payah bagi ku untuk menitipkan jemari pada papan kekunci komputer hanya kerana kejujuran yang dituntut dalam setiap penulisan ini. Sesungguhnya, mujahadah untuk mengikhlaskan niat kerana Allah adalah satu pertarungan yang amat besar buat diriku saban hari. moga ini memberi barakah dan keuntungan besar bagi dakwah islam di sunia dan ladang ku di akhirat kelak.

Hanya dengan mujahadah dan keikhlasan sahajalah kita dapat benar-benar meleraikan diri daripada cengakaman yang begitu licik.

"Barangsiapa bermujahadah pada jalan kami, nescaya akan Kami tunjukkan jalan - jalan Kami itu. sesungguhnya Allah beserta orang - orang yang berbuat kebaikan"
(al-Ankabut : 69)

Maka, berusahalah, Allah pasti membantu.

Kerana diri ku juga turut bertarung seperti mu.

Post ini untuk : KITA untuk K.I.T.A [Kuatkan iman, Tambahkan Amal

1 comment: