Apakah!
Apa yang anda boleh lakukan dengan 120 minit?
Menulis sekurang - kurangnya 1 pos panjang di dalam blog.
Menyiapkan jawapan dalam exam 2 Jam didalam dewan Peperiksaan.
Melaksanakan 1 halaqah mingguan riang - ria dengan adik-adik
comey.
Membaca 3 juzuk al-Quran
Menghafaz 2 muka surat al-Quran
Membaca 100 muka surat buku
Menyiapkan 1 slaid pembentangan Daurah
Menyampaikan 1 sesi daurah
1 Mesyuarat yang boring
Balik ke Tangkak dari Petaling Jaya
DF 3 orang baru di Surau Kolej
Borak-borak dengan 2 orang anak Usrah
Menyiapkan 100 tempahan Badge yang telah di order.
YM dengan entah berapa ramai ikhwah.
Jimat 120 minit untuk bangun 120 minit lebih awal pada esok hari
Dapat sampaikan 2 bab bedah buku
Main bola di taman bersama dengan masyarakat dan jiran
Main teka-teki dengan anak-anak jiran yang masih bersekolah rendah,
sehingga mereka tunggu kita keesokan harinya didepan pintu rumah.
Mengemas rak buku dan rumah yang tidak pernah kemas-kemas
Dengar beberapa recording taujihat yang banyak memakan space,
Bila lagi nak dengar!
Masak sendiri di rumah, tidak perlu bazir duit di kedai orang
Borak-borak pasal hal-hal dunia dengan teman serumah (1 sesi)
Spy
kegiatan harian anak-anak usrah.
Dapat explore berapa banyak laman FB anak buah dan DF.
Dapat explore berapa banyak laman FB anak buah dan DF.
Dapat
bedah 1 lagu maherzain bika, dan dapat post di FB sehingga ganjaran yang
diperoleh lebih berganda triple, ditambah ada yang faham, ditambah dengan di
share.
Dapat
post dan komen yang membina di MukaBuku lebih dari 20 orang, sehingga
membuatkan Iman mereka bertambah, yang mati hatinya hidup kembali!
Habis tu, kenapa perlu tengok bola?
Ana tidak menghalang ntum tengok bola pun, nak
tengok tengok la, tapi kelak jangan jadikan TIADA MASA sebagai alasan pula.
Wahai!
Umat Islam zaman ini hanyut didalam kejahilan
dan kefasikan disatu aspek, dan diserang habis - habisan oleh musuh - musuhnya
disatu aspek yang lain yang sangat dahsyat dan bertubi – tubi tanpa pernah jemu.
Ketika ini Allah swt telah memilih kita untuk
memikul panji-panji perjuangan Islam yang pernah dipegang oleh para Anbiyak as,
Rasulullah saw, para Sahabat ra dan para Tabi’en. Umat Islam telah melihat
kitalah orangnya yang akan memyelamatkan mereka dari kemelut yang sangat
sengit, mara bahaya dan dahsyat ini. Jika kita sedar akan harapan mereka yang
tinggi ini, kenapakah kita masih bergelumang dengan perkara dan acara yang
remeh temeh ?
Ayuh, tinggalkan semua yang remeh temeh itu,
marilah bekerja bersama kami menjayakan agenda umat yang besar lagi pasti
dibantu dan dimenangkan Allah swt.
“Sesungguhnya
Allah tidak merubah nasib suatu umat, sehinggalah mereka (sendiri) merubah apa
yang ada dalam jiwa-jiwa mereka” (Al-Quran).
No comments:
Post a Comment