-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, June 11, 2012

Ada apa dengan NAMA






Pernahkan anda bertanya, kenapa nama ku begini. . . . . dan begini!

Pernahkah anda mengerti, kenapa nama begini. . . .dan begini yang dinukilkan oleh ibu dan ayah anda!

Pernahkah anda protes anda nak nama begini . . . . dan begini, atau Redho dengan nama tapi bukan perilaku. “Ok lah, saya Zubayr sebab parent bagi nama ni, tapi bukan characternya seperti Zubayr Al-Awwam sahabat nabi tahu!”

Sehinggakan ada yang meletakkan nama di muka buku “si Mawar Merah”,

Tidak kurang, ada yang hujung namanya di FB, diletakkan ”Al-Mujahid”


Sat.  . . . sat, nak tannya!


Jika nama anda Umar, ada apa dengan nama ini?,

Jika nama anda Khairuddin, tapi manusia sekitarnya memanggil Saifuddin dan anda selesa. Ada apa dengan selesanya gelaran ini?

Jika nama anda Musab’, namun Insan sejagat memanggil aswad disebabkan kulit anda hitam kemanisan, namun anda tetap tidak Redho akannya, lebih baik memanggilku dengan nama Musab. Huh!! ada apa dengan ketidak terimaan nama ini oleh anda?

Jika anda letak, “Mawar putih ke, merah ke, atau satu-satunya mujahid di sisi ALLAH sebab Al-Mujahid ke” apa kesannya, sama je, kata orang yang kenal anda.

Ha. . . . pasti anda nak jelaskan,

“Kerana sudah Pasti la ada sebab. . . . (ada yang nak mencelah), Hey yang berhormat, itu pasti punya!! “


Sebentar, sila ambil nafas, ogygen Allah bagi percuma nih.

Gulp!! . . . (hari nih dah berapa kali bersyukur) 

Jika nama anda dah memang Umar bin Ali, bukan isunya untuk anda tukar nama selepas anda habis  membaca blog ini.

Jika nama anda Fatimah bte Ahmad, tapi nak kan gelaran Mawar Merah, bukan isunya tidak boleh, boleh bahkan mungkin sesuai untuk anda, tapi rasa nak ubah balik kepada gelaran Fatimah yang lagi tepat untuk anda, sebaik sahaja selepas habis membaca.

Maka bacalah dengan terus bersyukur.

Huh! Bersedia. . . . .


Mereka yang di bawah ini menggegar dunia dengan gelaran yang tepat!!

Hamzah b. Abdul Mutalib(Singa Allah), Khadijah (Ummul mu’minin), Qaqa’ b. Amru(Pahlawan yang menyamai 1000 orang), Abu Ubaidah (Penjaga Amanah Ummah), Khalid Al-Walid(Pedang Allah), Umar Al-Khattab(Al-Faroq), Abu Bakar (As-siddiq), Sultan Muhammad II (Al-Fateh).


Dan banyak lagi, sangat banyak, tapi nak terus ke point.


Ketahuilah, hari ini, rata-rata KITA, diberi nama dengan nama yang telah pun dimiliki oleh orang lain sebelum ini, bahkan anak kita kelak, kita akan berusaha memberi nama yang terbaik sebaik –baiknya untuk? ______________________ (sila isi tempat kosong)

Untuk apa pilih nama yang terbaik untuk anak kelak??

letak je lah, man ke, siti ke, nur ke, melur ke?


terjuih mulut anda, tidak setuju!


Nak lagi enak, cuba bertanya pada mereka yang memberi nama kepada kita, “kenapa Ibu bagi nama Taariq, kenapa tak nobita ke”


Formulanya :

Nama      => Agar menjadi seperti nama diberi tersebut.

Khadijah  => Agar menjadi wanita yang menjaga maruah, dan penyayang juga pembela agama yang kuat dibelakang pemimpinnya.

Hamzah   => Agar menjadi, mereka yang kuat iman dan fizikalnya, Berjaya menentang jahiliyah dalam dirinya dan Syaitan nirrojim dengan mudah


Jadi, jika nama anda Salman, di tambah dengan gelaran Al-Banna, maka powernya berganda la kan? Masih nak letak? Silakan, tapi buktikan.

Jika, nama Salahuddin, di FB letak Salahudin Al-Mujahid, sungguh jihad itu lagi hebat padanya, sama ada dari segi fizikal, namun lagi hebat dalam amalannya, dalam menjaga hati saudaranya, dalam mendahulukan pengorbanan, baik kata-katanya juga tingkah lakunya kerana adil dalam memimpin. Masih nak letak? Silakan, kami doakan.

Jika, nama Fatimah, nak juga gelaran Mawar, maka coraknya bertukar ada yang Nampak romatik, namun ada yang Nampak Racun, sebab ada cerita mawar beracun, bahkan mawar ini boleh layu, kuyu dan bla bla bla yang lain. Masih nak letak? Silakan, tapi ada ramai lagi mujahidah yang lagi macam-macam bunga di tangannya, bunga Mawar hanya masa tertentu digunakan, masa DF adik-adik boleh la, tapi berhadapan dengan bukan Muhrim, Nah! bunga Reflesia diberinya.

_____________________________________________________

Intervie ku dengan ayah ku,

Hafizuddin,
Anak yang sulong diberi nama Hafizuddin(Pelihara Agama), dengan harapan beliau menjadi pembela Agama dimata manusia dan Allah. Buat Along yang telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak solehah, ketahuilah nama akan Hafizuddin itu sungguh hebat disisi Allah dan makhluk seisinya, Agama ini perlu dipelihara dan dijaga dengan baik, teruslah mujahadah berada bersama di atas jalan tarbiyah ini. Adik-adikmu tidak akan pernah melepaskan genggaman erat ini, bahkan sentiasa berusaha.

Teringat kata-kata sakti seorang syaikh kabeer yang menyimpulkan fenomena dalam satu ungkapan yang cukup zaaasssss lagi mengoyak jiwa dan raga:

"Ana tak pernah jumpa lagi, orang yang tinggalkan tarbiyah ni, dia jadi lebih daripada ketika dia bersama tarbiyah!"

Eh . . . . kenapa mata blur ni, tak Nampak skrin.


Hafizul Amin,
Nama kedua, yang dibincang bersama oleh parent ku, iaitu penjaga amanah, tatkala sebaik sahaja, agama itu dipelihara, maka akan datang amanah yang bertalu-talu tub tub tub, tanpa henti-henti, dan Bukit yang besar anda nampak dari luar tingkap Akademi pengajian islam tu pun, tidak sanggup memikul! Tahu! siap pecah lagi (sila lihat Al-Quran).  Amanah pada muslim itu bukan seperti angkat berat seperti kawan kepada Malek noh angkat. Amanah muslim itu ada cabang - cabangnya, amanah sebagai seorang anak, pelajar, rakyat, murobbi, mutarobbi, jiran dan lain-lain irama. Jelek sungguh, jika hanya menjaga amanah pada pelajaran, bahkan takut kepada kegagalan. Tapi bila ditanya keadaan Ummat, pilihan raya mesir, Syria tidak update yang latest info. Buku Seerah Raheeq Makhtum yang dimiliki secara percuma 2 tahun lepas tidak habis-habis, namun buku Biologi yang dibeli sebulan sebelum final paper, habis 3 volume.

Ketahuilah, gagal di peperiksaan, tak lulus dalam temuduga perkerjaan, belum berjaya dalam temuduga family eh(sebab tak buat lagi), dan gagal dalam Ujian dunia yang lain. Semuanya ini boleh repeat paper dan berusaha lebih baik.

Namun, ketahuilah juga, Fail + Gagal di akhirat, selamanya tidak ada repeat, merayulah sebanyak mana, ketika itu segala pintu tertutup dan syaiton nirojim gelak ketawa gembira kerana menjadi penemannya. Jagalah Amanah ini bersama, jika bukan kita yang buat, jika bukan kita yang ambil peduli akan Ummat, jika bukan kita yang berusaha untuk mendapatkan tarbiyah dan jika juga bukan kita yang menjalankan kerja Dakwah ini, bersedialah keputusannya di Akhirat. Cukupkah bekalan amalan kita untuk dibawa ke sana.

Astaghfirullah hal azim.

kata seorang Akh :

"Dalam Dakwah ini tidak pernah gagal, sentiasa berjaya, kerana kalian telah berjaya sampaikan mesej, jika kita kata gagal, maka kita menafikan kejayaan Ar-Rasul"


Talhah,
Bilamana, Agama dan amanah ini telah dipelihara, perlukan bentuk peliharaannya, perlukan tentera yang berikrar sebagai, “Nahnu Ansarallah”, kamilah Ghuraba itu. Hidup dan mati ini untuk Dakwah. Kerana itulah nama Talhah ini diberikan pada anak yang ketiga ini, bersungguh si ayah bercerita. Sehinggalah kemenangan itu menang ditangan Talhah dan tentera tersebut atau pun menjadi Syahid yang hidup.

Seperti mana Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, "Jika kamu ingin melihat sahabat yang Hidup tetapi telah syahid, lihatlah Talhah b. ubaidillah". “Hidup mulia, atau Mati Syahid”.

Di medan tempur Talhah menjadi singa, dan di malam hari menjadi Si Rahib

Eh, kita dimedan mana iye sekarang!, rehat kita sebenarnya dimana!


Begini, mengikut buku Raheeq Makhtum(m/s 386), kisah tentang adik – beradik bernama Talhah :

Ketika peperangan Uhud, geng Talhah ini dibarisan pihak Musyrikin, namun kita ambillah ibrahnya dari sudut Ruh semangat jihadnya. [Terutama yang bernama Talhah hey].

Peperangan Uhud tertumpu pada kearah bendera, Jika jatuhnya bendera ke atas tanah, maka jatuh juga semangat perang tersebut. Bani ‘Abd al-Dar silih berganti sesame mereka untuk memegang bendera setelah ketua mereka iaitu Talhah b. Abi Talhah terkorban.

Selepas Talhah terkorban bendera dipegang oleh saudaranya Abu Shaybah Uthman b. Abu Talhah.

Dengan segera ia tampil ke hadapan untuk bertarung sambil berkata :
“Telah menjadi kewajipan pemegang bendera, samaada menjulang ke puncak atau jatuh bersepai(mati)”

Tetapi Hamzah(Singa Allah), menyerang lantas mencantas bahunya sehingga menyebabkan tangan dan tulang belikatnya terputus. Tetakan Hamzah merobek perutnya sehingga kelihatan paru – parunya.

Kemudian bendera diangkat oleh Abu Sa’ad b. Abu Talhah, dengan pantas Sa’ad b. Abi waqas(antara 10 sahabat dijamin syurga), memanahnya tepat ke kerongkong.

Setelah itu, bendera di angkat oleh Musafi b. Talhah b. Abu Talhah, dengan segera Asim b. Thabit memanah tepat ke arahnya,

Disambut bendera tersebut oleh Kilab b. Talhah b. Abu Talhah, tetapi Zubayr Al-Awam mara membunuhnya.

Kemudian bendera digenggam erat oleh al-Jallas b. Talhah, akhirnya dibunuh dengan pedang di tangan Talhah b.Ubaidillah(Si syahid yang hidup)

Inilah enam orang pejuang dari satu keluarga iaitu keluarga Abu Talhah. Mereka dibunuh demi mempertahankan bendera tentera – tentera Musyrikin.
______________________________


Tidak,tidak, ini bukan bicara tentang diri ku, atau adik beradik ku, atau perihal keluarga ku,

namun!!

KITA lah Hafizuddin itu = penjaga Agama Allah!

KITA lah Hafizul Amin = pelihara dan pelaksana Amanah itu!

KITA lah tentera Allah itu!

Bukankah bila mana kita meletakkan diri kita di dalam kasut seorang Dai’, kita juga telah bersedia bila – bila masa sahaja hatta hanya memegang bendera sekalipun, kita akan bersungguh di medan Jihad jika ketika itu keutamaannya pada peperiksaan kertas pensil, kita akan bersungguh ketika bersukan ketika dapat mesej dari naqib kita untuk Riadah hujung minggu, kita akan jiddiyah fotostat kertas walaupun ketika itu jam baru menunjukkan jam 7am pagi. kita akan turun bersama menyusun kerusi sebelum ceramah tiba walaupun kita seorang penceramah. kita akan sehabis baik membantu apabila panggilan bantuan untuk saudara kita memerlukan, sekalipun ketika itu di poket hanya ada RM13.40

Moga Allah Redho akan amal sedikit kita ini.

Ya ALLAH,  aku tidak tahu mana satu amal ku yang diterima disisi mu, maka Aku akan buat sesuatu pekerjaan sebaik-baiknya dan peluang amal yang ada aku kerjakan.

Moga nama sahabat / tokoh yang ada pada kita, moga itulah juga akhlak dan spiritnya ada pada kita. Jika, mutarobbi itu perlu di belai, belailah seperti Rasulullah memanggil anas dengan panggilan Uwais agar lembut hatinya,. Jika nama madmin itu boleh membuatkan akh yang tegas itu, bertambah sayang kepada kita, hanya kerana Allah, lakukanlah. Tidak salah untuk meletak gelaran sekian sekian agar orang mendoakan kita jadi seperti gelaran tersebut. Namun, buktikanlah ianya membuatkan Iman anda bertambah, hatta gelaran Dato atau Profesor, Emiratus sekalipun mereka berusaha dengan membuktikan kerja-kerja mereka kepada manusia, kerana manusia yang memberi gelaran tersebut kepada mereka. Tetapi selayaknya dan selamanya kita buktikan amal, kerja, usaha kita bukan pada manusia, hanya pada Allah sahaja, kerana Allah lah yang paling layak mengadili dan memberi gelaran sama ada muslim, mu’min, muttaqin, mukhlis.


“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah
 orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” 

 [al-Hujurat (49) : 13]


Wallah hua'lam

No comments:

Post a Comment