Pernahkan anda bertanya, kenapa nama
ku begini. . . . . dan begini!
Pernahkah anda mengerti, kenapa nama
begini. . . .dan begini yang dinukilkan oleh ibu dan ayah anda!
Pernahkah anda protes anda nak nama
begini . . . . dan begini, atau Redho dengan nama tapi bukan perilaku. “Ok
lah, saya Zubayr sebab parent bagi nama ni, tapi bukan characternya seperti
Zubayr Al-Awwam sahabat nabi tahu!”
Sehinggakan ada yang meletakkan nama
di muka buku “si Mawar Merah”,
Tidak kurang, ada yang hujung namanya
di FB, diletakkan ”Al-Mujahid”
Sat.
. . . sat, nak tannya!
Jika nama anda Umar, ada apa dengan
nama ini?,
Jika nama anda Khairuddin, tapi
manusia sekitarnya memanggil Saifuddin dan anda selesa. Ada apa dengan
selesanya gelaran ini?
Jika nama anda Musab’, namun Insan
sejagat memanggil aswad disebabkan kulit anda hitam kemanisan, namun anda tetap
tidak Redho akannya, lebih baik memanggilku dengan nama Musab. Huh!! ada apa
dengan ketidak terimaan nama ini oleh anda?
Jika anda letak, “Mawar putih ke,
merah ke, atau satu-satunya mujahid di sisi ALLAH sebab Al-Mujahid ke”
apa kesannya, sama je, kata orang yang kenal anda.
Ha. . . . pasti anda nak jelaskan,
“Kerana sudah Pasti la ada sebab. . .
. (ada yang nak mencelah), Hey yang berhormat, itu pasti punya!! “
Sebentar, sila ambil nafas, ogygen
Allah bagi percuma nih.
Gulp!! . . . (hari nih dah berapa kali bersyukur)
Jika nama anda dah memang Umar bin Ali,
bukan isunya untuk anda tukar nama selepas anda habis membaca blog ini.
Jika nama anda Fatimah bte Ahmad, tapi
nak kan gelaran Mawar Merah, bukan isunya tidak boleh, boleh bahkan mungkin sesuai
untuk anda, tapi rasa nak ubah balik kepada gelaran Fatimah yang lagi tepat
untuk anda, sebaik sahaja selepas habis membaca.
Maka bacalah dengan terus bersyukur.
Huh! Bersedia. . . . .
Mereka yang di bawah ini menggegar
dunia dengan gelaran yang tepat!!
Hamzah b. Abdul Mutalib(Singa Allah), Khadijah
(Ummul mu’minin), Qaqa’ b. Amru(Pahlawan yang menyamai 1000 orang), Abu Ubaidah
(Penjaga Amanah Ummah), Khalid Al-Walid(Pedang Allah), Umar
Al-Khattab(Al-Faroq), Abu Bakar (As-siddiq), Sultan Muhammad II (Al-Fateh).
Dan banyak lagi, sangat banyak, tapi
nak terus ke point.
Ketahuilah, hari ini, rata-rata KITA,
diberi nama dengan nama yang telah pun dimiliki oleh orang lain sebelum ini,
bahkan anak kita kelak, kita akan berusaha memberi nama yang terbaik sebaik –baiknya
untuk? ______________________ (sila isi tempat kosong)
Untuk apa pilih nama yang terbaik untuk anak kelak??
letak je lah, man ke, siti ke, nur ke, melur ke?
terjuih mulut anda, tidak setuju!
Nak lagi enak, cuba bertanya pada
mereka yang memberi nama kepada kita, “kenapa Ibu bagi nama Taariq, kenapa
tak nobita ke”
Formulanya :
Nama
=> Agar menjadi seperti nama diberi
tersebut.
Khadijah => Agar menjadi wanita yang menjaga maruah,
dan penyayang juga pembela agama yang kuat dibelakang pemimpinnya.
Hamzah =>
Agar menjadi, mereka yang kuat iman dan fizikalnya, Berjaya menentang jahiliyah
dalam dirinya dan Syaitan nirrojim dengan mudah
Jadi, jika nama anda Salman, di tambah
dengan gelaran Al-Banna, maka powernya berganda la kan? Masih nak letak? Silakan,
tapi buktikan.
Jika, nama Salahuddin, di FB letak Salahudin
Al-Mujahid, sungguh jihad itu lagi hebat padanya, sama ada dari segi fizikal,
namun lagi hebat dalam amalannya, dalam menjaga hati saudaranya, dalam mendahulukan
pengorbanan, baik kata-katanya juga tingkah lakunya kerana adil dalam memimpin.
Masih nak letak? Silakan, kami doakan.
Jika, nama Fatimah, nak juga gelaran
Mawar, maka coraknya bertukar ada yang Nampak romatik, namun ada yang Nampak Racun,
sebab ada cerita mawar beracun, bahkan mawar ini boleh layu, kuyu dan bla bla bla
yang lain. Masih nak letak? Silakan, tapi ada ramai lagi mujahidah yang lagi
macam-macam bunga di tangannya, bunga Mawar hanya masa tertentu digunakan, masa
DF adik-adik boleh la, tapi berhadapan dengan bukan Muhrim, Nah! bunga Reflesia diberinya.
_____________________________________________________
Intervie ku dengan ayah ku,
Hafizuddin,
Anak yang sulong diberi nama
Hafizuddin(Pelihara Agama), dengan harapan beliau menjadi pembela Agama dimata
manusia dan Allah. Buat Along yang telah mendirikan rumah tangga dan
dikurniakan seorang anak solehah, ketahuilah nama akan Hafizuddin itu sungguh
hebat disisi Allah dan makhluk seisinya, Agama ini perlu dipelihara dan dijaga
dengan baik, teruslah mujahadah berada bersama di atas jalan tarbiyah ini. Adik-adikmu
tidak akan pernah melepaskan genggaman erat ini, bahkan sentiasa berusaha.
Teringat kata-kata sakti
seorang syaikh kabeer yang menyimpulkan fenomena dalam satu ungkapan yang
cukup zaaasssss lagi mengoyak jiwa dan raga:
"Ana
tak pernah jumpa lagi, orang yang tinggalkan tarbiyah ni, dia jadi lebih
daripada ketika dia bersama tarbiyah!"
Eh . . . . kenapa mata blur ni, tak Nampak
skrin.
Hafizul Amin,
Nama kedua, yang dibincang bersama
oleh parent ku, iaitu penjaga amanah, tatkala sebaik sahaja, agama itu
dipelihara, maka akan datang amanah yang bertalu-talu tub tub tub, tanpa
henti-henti, dan Bukit yang besar anda nampak dari luar tingkap Akademi pengajian islam tu pun, tidak sanggup memikul! Tahu! siap pecah lagi (sila lihat Al-Quran). Amanah pada muslim itu bukan seperti angkat
berat seperti kawan kepada Malek noh angkat. Amanah muslim itu ada cabang - cabangnya, amanah sebagai seorang anak, pelajar, rakyat, murobbi, mutarobbi, jiran dan lain-lain irama. Jelek
sungguh, jika hanya menjaga amanah pada pelajaran, bahkan takut kepada
kegagalan. Tapi bila ditanya keadaan Ummat, pilihan raya mesir, Syria tidak
update yang latest info. Buku Seerah Raheeq Makhtum yang dimiliki secara
percuma 2 tahun lepas tidak habis-habis, namun buku Biologi yang dibeli sebulan
sebelum final paper, habis 3 volume.
Ketahuilah, gagal di peperiksaan, tak
lulus dalam temuduga perkerjaan, belum berjaya dalam temuduga family eh(sebab tak buat lagi), dan gagal dalam Ujian dunia yang lain. Semuanya ini boleh repeat
paper dan berusaha lebih baik.
Namun, ketahuilah juga, Fail + Gagal
di akhirat, selamanya tidak ada repeat, merayulah sebanyak mana, ketika itu
segala pintu tertutup dan syaiton nirojim gelak ketawa gembira kerana menjadi
penemannya. Jagalah Amanah ini bersama, jika bukan kita yang buat, jika bukan
kita yang ambil peduli akan Ummat, jika bukan kita yang berusaha untuk mendapatkan
tarbiyah dan jika juga bukan kita yang menjalankan kerja Dakwah ini,
bersedialah keputusannya di Akhirat. Cukupkah bekalan amalan kita untuk dibawa ke sana.
Astaghfirullah hal azim.
kata seorang Akh :
"Dalam Dakwah ini tidak pernah gagal, sentiasa berjaya, kerana kalian telah berjaya sampaikan mesej, jika kita kata gagal, maka kita menafikan kejayaan Ar-Rasul"
Talhah,
Bilamana, Agama dan amanah ini telah
dipelihara, perlukan bentuk peliharaannya, perlukan tentera yang berikrar sebagai, “Nahnu
Ansarallah”, kamilah Ghuraba itu. Hidup dan mati ini untuk Dakwah. Kerana itulah
nama Talhah ini diberikan pada anak yang ketiga ini, bersungguh si ayah
bercerita. Sehinggalah kemenangan itu menang ditangan Talhah dan tentera
tersebut atau pun menjadi Syahid yang hidup.
Seperti mana Rasulullah pernah
berkata kepada para sahabatnya, "Jika kamu ingin melihat sahabat yang Hidup
tetapi telah syahid, lihatlah Talhah b. ubaidillah". “Hidup mulia, atau Mati
Syahid”.
Di medan tempur Talhah menjadi singa, dan di malam hari menjadi Si
Rahib
Eh, kita dimedan mana iye sekarang!, rehat kita sebenarnya dimana!
Begini, mengikut buku Raheeq Makhtum(m/s
386), kisah tentang adik – beradik bernama Talhah :
Ketika peperangan Uhud, geng Talhah
ini dibarisan pihak Musyrikin, namun kita ambillah ibrahnya dari sudut Ruh
semangat jihadnya. [Terutama yang
bernama Talhah hey].
Peperangan Uhud tertumpu pada kearah bendera, Jika jatuhnya bendera ke atas tanah, maka jatuh juga semangat perang tersebut.
Bani ‘Abd al-Dar silih berganti sesame mereka untuk memegang bendera setelah
ketua mereka iaitu Talhah b. Abi Talhah terkorban.
Selepas Talhah terkorban
bendera dipegang oleh saudaranya Abu Shaybah Uthman b. Abu Talhah.
Dengan segera ia tampil ke hadapan
untuk bertarung sambil berkata :
“Telah menjadi kewajipan pemegang
bendera, samaada menjulang ke puncak atau jatuh bersepai(mati)”
Tetapi Hamzah(Singa Allah), menyerang
lantas mencantas bahunya sehingga menyebabkan tangan dan tulang belikatnya
terputus. Tetakan Hamzah merobek perutnya sehingga kelihatan paru – parunya.
Kemudian bendera diangkat oleh Abu Sa’ad
b. Abu Talhah, dengan pantas Sa’ad b. Abi waqas(antara 10 sahabat dijamin syurga),
memanahnya tepat ke kerongkong.
Setelah itu, bendera di angkat oleh
Musafi b. Talhah b. Abu Talhah, dengan segera Asim b. Thabit memanah tepat ke
arahnya,
Disambut bendera tersebut oleh Kilab
b. Talhah b. Abu Talhah, tetapi Zubayr Al-Awam mara membunuhnya.
Kemudian bendera digenggam erat oleh
al-Jallas b. Talhah, akhirnya dibunuh dengan pedang di tangan Talhah
b.Ubaidillah(Si syahid yang hidup)
Inilah enam orang pejuang dari satu
keluarga iaitu keluarga Abu Talhah. Mereka dibunuh demi mempertahankan bendera
tentera – tentera Musyrikin.
______________________________
Tidak,tidak, ini bukan bicara tentang diri ku, atau adik beradik ku, atau perihal keluarga ku,
namun!!
KITA lah Hafizuddin itu = penjaga Agama Allah!
KITA lah Hafizul Amin = pelihara dan pelaksana Amanah itu!
KITA lah tentera Allah itu!
Bukankah bila mana kita meletakkan
diri kita di dalam kasut seorang Dai’, kita juga telah bersedia bila – bila masa sahaja
hatta hanya memegang bendera sekalipun, kita akan bersungguh di medan Jihad jika ketika itu keutamaannya pada peperiksaan kertas pensil, kita akan bersungguh ketika bersukan ketika dapat mesej dari naqib kita untuk Riadah hujung minggu, kita akan jiddiyah fotostat kertas walaupun ketika itu jam baru menunjukkan jam 7am pagi. kita akan turun bersama menyusun kerusi sebelum ceramah tiba walaupun kita seorang penceramah. kita akan sehabis baik membantu apabila panggilan bantuan untuk saudara kita memerlukan, sekalipun ketika itu di poket hanya ada RM13.40
Moga Allah Redho akan amal sedikit kita ini.
Ya ALLAH, aku tidak tahu mana satu amal ku yang diterima disisi mu, maka Aku akan buat sesuatu pekerjaan sebaik-baiknya dan peluang amal yang ada aku kerjakan.
Moga nama sahabat / tokoh yang ada
pada kita, moga itulah juga akhlak dan spiritnya ada pada kita. Jika, mutarobbi
itu perlu di belai, belailah seperti Rasulullah memanggil anas dengan panggilan
Uwais agar lembut hatinya,. Jika nama madmin itu boleh membuatkan akh yang tegas itu, bertambah sayang kepada kita, hanya kerana Allah, lakukanlah. Tidak salah untuk meletak gelaran sekian sekian agar
orang mendoakan kita jadi seperti gelaran tersebut. Namun, buktikanlah ianya
membuatkan Iman anda bertambah, hatta gelaran Dato atau Profesor, Emiratus sekalipun
mereka berusaha dengan membuktikan kerja-kerja mereka kepada manusia, kerana
manusia yang memberi gelaran tersebut kepada mereka. Tetapi selayaknya dan
selamanya kita buktikan amal, kerja, usaha kita bukan pada manusia, hanya pada
Allah sahaja, kerana Allah lah yang paling layak mengadili dan memberi gelaran
sama ada muslim, mu’min, muttaqin, mukhlis.
“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah
orang yang paling bertaqwa diantara kalian…”
[al-Hujurat (49) : 13]
Wallah hua'lam