-MaSiH aDa WaKtU_
-MaSiH aDa WaKtU_
Friday, September 23, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Bedah : Hiden File
[Apa yang Aku tahu, manusia tidak mengetahui, tetapi Allah tetap mengetahui]
[ nota : Jika anda Romantic, bacalah dengan menjiwai puisi ini ]
Ketika berkata Tuhan kepadaku
Tidakkah malu maksiat terhadap-Ku,
Menyembunyikan dosa dari makhluk-Ku
Dengan penuh noda menghadap-Ku?
Tidakkah malu maksiat terhadap-Ku,
Menyembunyikan dosa dari makhluk-Ku
Dengan penuh noda menghadap-Ku?
Tatkala mendengar puisi ini, Imam Ahmad bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Kedengaran suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulang-ulang syair itu. Sedih dan pilu. . . . pilu menginsafi diri.
Sungguh! Aku menagih Ya Robb, untuk merasai seperti Imam Ahmad rasa, jauh lagi untuk merasai sebagai mana para sahabat rasai, yang langsung beramal dengan ayat Al-Quran yang baharu di dapati mereka.
Begitulah kepekaan orang-orang yang beriman.
Mereka semua telah dikurniakan kelembutan perasaan, sehingga begitu mudah tersentuh melihat kerosakan umat, begitu mudah menjadi gerun bila diingatkan tentang kebesaran ALLAH, dan begitu mudah bersyukur dengan segala nikmat yang mereka perolehi walaupun pada pandangan manusiawi tidak bernilai atau berharga. Sungguhpun kelembutan dan kepekaan ini sering membasahkan mata mereka dengan sedu tangisan, tetapi kepekaan ini jugalah yang membakar jiwa dan kekentalan semangat mereka sehingga begitu garang dan menggerunkan setiap kali bangun membela Islam. Itulah kenapa para sahabat diberi jolokan “singa di pagi hari, rahib di malam hari”, kerana kegarangan “singa” yang mereka tampilkan dalam kehidupan seharian (sebagai suatu amaran buat musuh Islam), tiba-tiba “menikus” di malam hari, di dalam sujud mereka kepada Ilahi.
Dan "kelembutan dan kepekaan" inilah yang harus ada pada kita semua. Itulah sebabnya para ulama’ Islam mengesyorkan kepada kita, agar memenuhi perjalanan hidup ini dengan puisi-puisi dan syair-syair, kerana menurut mereka, sastera inilah yang bisa melembutkan hati dan menghaluskan jiwa. “Puisi,” kata Muhammad Ahmad ar-Rasyid dalam al-Munthalaq nya, “Mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya samada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan, untuk menolong kebenaran atau kebatilan.”
Inilah sebabnya para ulama’ Islam begitu cenderung kepada puisi, sehingga mampu menghafal banyak bait-bait puisi. Jangankan Ustaz Hassan al-Banna yang menyelesaikan pendidikannya dengan iringan hafalan beribu bait puisi, bahkan para sahabat pun mempunyai wakil-wakil yang menguasai sastera, sehingga tatkala mereka dihidang pula dengan keindahan sastera di dalam al-Quran, mereka hanyut khusyuk di dalam keasyikan keindahan ayat-ayat suci-Nya. Bahkan Saydina Umar R.A pun berpesan supaya mengajarkan sastera kepada anak-anak. Kerana dengannya anak yang pengecut, akan menjadi pemberani.
Sungguh, di dalam setiap daripada kita, ada “hidden file” nya yang tersembunyi. Bawalah kekuncimu ke Start. Masuklah kepada icon Control Panel. Selusuri ruangan Folder Options. Dan tukarkanlah view Hidden files and folders kepada zahirnya file-file dan folder-folder tersembunyi tersebut. Biarpun seketika. Walaupun sementara. Tetap harus file-file dan folder-folder yang tersembunyi ini, biar seremeh apapun ia, harus dilihat sekali-sekali, sebagai suatu muhasabah buat kita. Kerana terkadang kita lupa untuk men”Scan”nya, atau me”Refrag”nya, sehingga kita terluput virus yang ingin kita hapuskan, atau kita tertinggal menyusun kekemasan hard disk yang ingin kita aturkan.
Saudara yang ku kasihi,
Ambillah sedikit masa untuk kita menggali diri kita. Merenung kembali rentetan hari kita. Menyelam mencari kesalahan-kesalahan kita. Mengorek mencari kelemahan-kelemahan kita. Kerana dengan demikian, mudah-mudahan kepekaan dan kehalusan akan timbul pada diri kita. Hingga kita memperoleh kemahuan yang kuat. Sehingga kita muncul sebagai pembela saudara-saudara kita. Sehingga mata kita tidak lagi bakhil untuk mengalirkan air matanya. Sehingga kepekaan terhadap persekitaran kita, akan menjadikan keazaman kita sentiasa membara, ayunan kaki kita sentiasa melangkah, tangan kita sentiasa bekerja, dan mulut kita bisu daripada memberikan alasan-alasan dalam beramal.
Janganlah ada lagi Hidden Files yang tidak disedari oleh kita. Sehingga tidak wujudnya keutuhan untuk mempertahan dan meninggikan kalimat agama. Hanya kepekaan dan kehalusan inilah yang akan merealisasikan hadith baginda Nabi SAW “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia cinta saudaranya seperti mana ia cinta pada dirinya sendiri” (H.R Bukhari dan Muslim). Kepekaan dan kehalusan inilah yang mewujudkan saling interaksi orang yang beriman, satunya para mujahid di jalan ALLAH, sedang yang satu lagi para penolong dan pendokong mereka. Dan saling interaksi ini natural, tidak dibuat-buat, tidak ditunjuk-tunjuk, dan tidak perlu diminta. Tetapi hati masing-masing mendorong untuk memahami yang lainnya. Saksikanlah interaksi ini di dalam firmannya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan ALLAH; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta. Kamu kenal mereka dengan memelihara sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.” (al-Baqarah:273)
Biarpun folder-folder amalan kita sembunyikan, tetapi semuanya tak pernah terluput dari penilaian ALLAH. Begitu juga folder-folder kejahatan yang kita sembunyikan, tak pernah alpa dari pembalasan ALLAH. Maka lihatlah sekali sekala Hidden Folder anda, sebelum file tersebut menyebarkan virusnya akibat tidak pernah diScan.
p/s :
Atas Asbab ini juga, semester pengajian kali ini, Aku mengambil mata pelajaran "Deklamasi sajak", langsung kepada kemahiran & praktikal. Apa yang akan di sampaikan, itulah kata-kata penghayatan daripada mata hati ku.
Aku ingin mengenali lebih rapat dan Akrab dengan Akh ini :
Sunday, September 11, 2011
Adakah Aku yang terakhir?
[Adakah aku ketupat terakhir? ]
Nota : Buat mereka yang mencintai Generasi Al-Quran terus berlangsung dan ada kelangsungan, ini isu "Pewarisan"
Fahamilah story ini :
Ramadhan ke-28, 1432 H
_______________________________
“Uda, berapa ketupat dah siap di buat?” kakak ipar ku bertanya.
“huh! Ada la dalam 13, ini pun ketupat sate je”. Kata uda dengan Tarkiznya pada daun ketupat yang masih terbelit di jari-jemarinya.
“Akak boleh buat ketupat tiga segi yang Perak punya je, Hah! Siap satu”. Hasilnya terpatri dengan kata-katanya.
“Wah! Hebat tu ketupat tiga segi akak (senyum tiga Nampak gigi), tapi kan akak. . . ., Abi kata, daun ketupat ni nipis, lebih sesuai di buat ketupat bawang, akak tahu buat ke (masih mengekalkan senyuman)”.
“Err, akak belum sempat belajar lagi ketupat bawang, tapi biasa nengok orang buat”
“oh begitu. . . . (senyum negative tiga), Uda pernah Abi ajar, tapi pada saat itu sungguh seronok dengan satu cara je (medan), sedangkan kalau fahami cara untuk mengancam ketupat bawang ini, pasti boleh buat ketupat yang lainnya. . . (lagi Sad Song),
"Oh, ketupat bawang ni lagi mudah ke?"
"Hmm, agak mencabar berbanding yang 2 ni, nak menganyam ketupat bawang, automatik akan tahu cara nak buat ketupat sate, faham ke!",
"Tapi Uda masih boleh buat ketupat, kira ok lah tu".
"Tapi kak, kalau macam tu, siapa akan tahu buat ketupat bawang, kalau uda dan akak tak tahu?, siapa! benda ni lagi besar!"
"ok. . .ok, jap, macam mana uda boleh tahu cara mengancam ketupat, tapi adik-beradik uda yang lain tak tahu?"
"Zaasss (head shot), itulah masalahnya, masa belajar dengan Abi dulu, semua belajar sama-sama, Along dan Angah, awal tu lebih cepat faham dari uda, dah nak siap rasanya, tapi akhirnya tak siap juga, tak ingat sebabnya, mungkin (daun rosak atau hilang fokus langsung tonton TV dan Abi yang siapkan separuh jalan yang Angah dan Along dah buat). pokoknya, tak ada intipan /khidmat nasihat yang berterusan hingga siap".
"kisahnya. . . habis tu, macam mana Uda boleh survive, siap ke buat?"
"Alhamdulilh, siap buat, tapi berkali-kali rujuk dan bertanya dengan Pak sedara yang tahu, hinggalah siap"
"Alhamdulilh, daripada 3, 1 berhasil, itu pun hasil mujahadah dari Uda kan!"
"Belum gembira lagi bagi Uda, selagi tak dapat nak diturunkan kepada adik-adik Uda yang masih muda ini"
Sungguh! pada ketika itu, cukup sedih bagi ku, tidak dapat mengekalkan skill dalam menganyam ketupat Bawang yang super power daripada Abi, Hakikatnya, aku akur, ayah ku bukan seorang sahaja yang mahir dalam menganyam ketupat Bawang, tapi semua adik beradiknya boleh, Aku ulang, semua!!.
Bahkan ketika ini, aku lebih sedih jika, apa yang aku fahami ini dalam skill menganyam ketupat Sate, tidak dapat diturunkan / difahami skill gerak kerja dalam menganyamnya kepada Adik-adik ku, jika dipandang enreng, pasti merosakkan masalah pewarisan yang semakin parah, juga bentuk Piramid tidak menjadi hakikatnya, 3 segi.
"Abid, Adib, Ibad. . . nak makan Sate tak =) ". bermula rencana praktikal ku menyantuni adik-aik ku.
"nak. . .nak". adik-adik ku yang riang.
"nak makan Sate, tak lengkap kalau tak ada ketupat Sate". Aku tersenyum pada mereka tatkala aku fahami apa yang sedang aku rencanakan ini bukan keperluan peribadi tetapi suatu yang lebih besar, iaitu fungsi ketupat itu untuk mereka yang lainnya makan, mereka inilah aku panggilnya Ummat.
. . . . . . . . . .
Kesempatan ini, ana mengucapkan "Taqobbalallah hu minna wa minkum", Selamat Hari Raya, juga selamat kembali kepada Fitrah, kepada antum.Doakan moga kita terus Thabat (tetap),di atas jalan yang Haq, meneruskan perjuangan para Rasul, Ambiya, sahabat, mudah-mudahan kita terus Istiqamah amalan di bulan Ramadhan dalam menjalani kehidupan harian kita selepas ini (bukan di bulan Ramadhan)
Monday, September 5, 2011
Arrrrgh VS Alhamdulillah
Berita gembira. . . .
"InsyaALlah, next sem dengan suasana adanya wadah umum, kita akan berada dalam suasana yang mungkin tertekan, di samping tidak memandang remeh soal pembinaan & Tarbiyah, mungkin akan lebih tension suasananya, itu tak masuk lagi timetable study kita, itu pun tak termasuk lagi academic work yang luar time table, itu tak masuk lagi nak revise ape yang dah belajar,.. tapi yakinlah, memang suatu fitrah suatu yang baik itu akan terhasil dalam keadaan yang terbaik daripada suasana yang tertekan...renung semula sirah nabi, malah mereka lebih berada dalam keadaan yang jauh lebih tertekan daripada kita....jadi, semua ini khabar gembira buat kita, ikhwah akhwat"
Wahai !
Buat mereka yang menyayangi diri,
Buat mereka yang menyangi Tarbiyah dan suburnya Dakwah di Medan,
Buat mereka yang Menyangi Akh nya yang lain, dilihat sepi ditepi,
Buat mereka yang dihantar ke medan umum bersama pelajar/masyarakat sedangkan Akh yang lainnya belum lagi dihantar Involve,
Buat mereka yang menyedari hakikat Fulltime adalah seorang Da'i yang bergerak,
Buat mereka yang menghargai seni/alat, dan berusaha mengusai dan jelas Hadafnya,
Buat mereka yang masih rasa berat dalam bekorban untuk kemenangan yang besar.
Sampaikanlah pesanan ini kepada Akh yang kalian sayangi,
Selagi mana boleh menyampaikan khabar(word di atas) ini di Wall FB anda atau mereka,
Silakanlah Copy and Paste,
Sekurangnya, membantu hamassah nya, mereka rasa kehadiran kalian dibelakangnya,
Brothers & Sisters,
Penutupnya ana sampaikan dalam bentuk cerita,
Bayangkan rumah anda di masuki perompak profesional,
Yang berjaya menggondel-ngodel dan mencuri sebuah Hand-phone yang klasik, sambil meninggalkan laptop.
Apakah ragam anda ketika itu?
situasi 1 : Arrrrghh, barang kesayangan klasik ku~
situasi 2 : Alhamdulilh, berat untuk kata, mudah-mudahan Allah terima amal ku ini, aku halalkan barang tersebut kepadanya, sekalipun aku menyanyanginya lebih dari laptop ku, sungguh aku mengharapkan pahala yang maha besar dari mu. Barangkali pencuri tersebut terdesak dan kelaparan, tatkala itu melihat aku kencang dengan makanan
situasi 3 : Tiada
Moga Allah kuatkan kita, didik kita dengan ke ikhlasan dalam amal, Thabatkan diri kita dengan mengikuti jalan perjuangan An-Biya', Rasul dan Para sahabat
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa, Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik, dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
(surah Al-Imran : 133-135)
p/s : Talhah yang menyangi Akh nya, tatkala menulis ini merasakan syahdu, berlinang air mata, mengingati semula detik kesungguhan Ibu ayah mendidik, ditambah pembimbing yang setia mendengar rintihan ku dan sedia membantu, dikuatkan lagi dengan teman-teman yang solleh, Hanyasanya Allah lah yang layak me-reply ganjaran selayaknya untuk kalian sehingga membantuku bermujahadah sehingga inilah Aku yang hari ini.
Sunday, September 4, 2011
syukur 21
[Tahniah & Ta'ziah siapa lahir dalam rangka masa]
Penekanan post ini hanyasanya "Secara Umum"
Bukan setakat kisah si Chancard, bukan juga umum seperti Rancho, tapi apa yang hingin di story kan adalah kisah hidup manusia, iye. . . ditujukan kepada saya,
Faham ke !!
saya itu adalah saya, anda siapa pun yang menulis, membaca, men-copy, men-paste,
Bahasa Direct, sesiapa yang tidak terlepas daripada ditanya di Akhirat kelak.
Itulah mereka yang akan memahami untuk bertindak beramal, dengan kafahamannya, berkerja bersungguh bukan melihat semata-mata pada kesannya tanpa berusaha jitu, membaca guna mata hati, penulis untuk menutup jahiliyah yang lebih teratur dan banyak tulisannya, feel ni dijangka tiba melanda ketika atau selepas membacanya post ini.
letakkan posisi sebagai,
"Itulah Ana (saya) "
______________________________________
Muhasabah waktu kita
Masa berlalu begitu pantas..
Masa berlalu begitu pantas..
Dahulu aku pernah berumur 7 tahun. . . Terbayang saat ibuku mendaftarkanku untuk kemasukan darjah 1. . . , Dalam sedar atau tidak aku kini telah menjangkau 21 tahun.
Seolah ku tak merasai perjalanan hidupku selama 14 tahun. . . , yang membawaku keumur ini sekarang. .
Apakah yang telah ku lakukan dengan umurku ini..
Apakah yang telah ku capai dengan masa berbelas tahun yang dikurniakan padaku. . aku tidak tahu . . bila difikirkan. . terbayang segala kesilapan dan dosa yang telah ku lakukan.
Aku juga merasakan segala amalanku dan usahaku bukanlah amalan yang terbaik dan usaha terkuat yang aku mampu lakukan. . sepatutnya aku melakukan lebih dari itu.
Kalaulah dulu..aku kurangkan masa rehatku…lebihkan masa membacaku…
Kalaulah dulu aku tumpukan perhatian pada ajaran guru..kalaulah aku dulu rajin. . Pasti ilmu dari pendidik aku praktikalkan lebih awal dan banyak, itulah saham akhirat untuk aku dan ilmu yang bermanfaat untuk guru ku.
Kalaulah aku boleh kembali ke masaku yang dulu. . . . ingin ku betulkan segala kesalahanku… pertingkatkan usahaku…sudah pasti diriku kini lebih dari diriku kini..
Namun ku tahu harapan sebegini tidak pernah terjadi..
Hakikatnya, itulah jiwa manusia..sering menyesal pada perkara yang telah lepas dan tak tercapai…ketika peluang di dalam tangan mereka…seolah tidak ternampak oleh mata dan tak terdengar oleh telinga..itulah peluang masa..masa sebelum kamu membaca tulisan ini tidak boleh diulang..ianya telah belalu..dan tidak pernah kembali..masa inilah kehidupan kita semuanya..setiap antara kita punyai masa yang ditentukan..kan habis tatkala tiba masa yang ditentukan..
Pelbagai keadaan penyesalan yang dilihat disekeliling kita..antaranya penyesalan seorang mat rempit ketika kehilangan kaki..penyesalan seorang murid tatkala gagal..penyesalan seorang peniaga yang menipu tatkala terbongkar penipuan..penyesalan seorang pekerja bergaji rendah tatkala teringatkan kemalasannya sewaktu belajar dulu…..berbagai umur mereka yang menyesali hidup mereka..ada yang menyesal ketika berumur remaja, dewasa dan tua.
Yang paling ditakuti..mereka yang tidak pernah menyesal hingga tiba masanya..itulah penyesalan yang paling besar diantara semua penyesalan..penyesalan tatkala nyawa dicabut..bagi pelaku maksiat..seksaan Allah ditayangkankan dihadapan mata..tergambar ketakutan yang mendalam..dalam diri yang menyalami… kesalahan dan dosa yang dilakukan selama hidupnya berpuluh tahun tergambar dalam sesaat kerana ketakutan yang amat sangat..
Kita mungkin boleh mengulang mengambil ujian hinga kita berjaya, namun hidup yang diberikan pada kita ini hanya sekali..gagal sekali bererti gagal selama-lamanya..buatlah yang terbaik dalam hidup ini, jauhilah maksiat sedaya upaya, buatlah kebaikan pada semua, jangan pernah merasa baik dengan amal yang dilakukan dan sentiasalah merasakan diri berdosa dihadapannya..
Didalam Quran, Allah menggambarkan ahli neraka menyesali kehidupan dunia mereka yang membawa ke neraka..penyesalan ahli neraka dikira sebagai salah satu azab neraka..yang menyeksa psikologi mereka (nau’zubillahhi min zalik), kita berdoa supaya dijauhkan dari penyesalan ini..
Penyesalan yang semata-mata penyesalan ditegah dalam Islam..harus ada usaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa..semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhainya dan terhindar dari penyesalan ketika hari dimana pintu taubat tertutup..
Didalam Quran, Allah menggambarkan ahli neraka menyesali kehidupan dunia mereka yang membawa ke neraka..penyesalan ahli neraka dikira sebagai salah satu azab neraka..yang menyeksa psikologi mereka (nau’zubillahhi min zalik), kita berdoa supaya dijauhkan dari penyesalan ini..
Penyesalan yang semata-mata penyesalan ditegah dalam Islam..harus ada usaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa..semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhainya dan terhindar dari penyesalan ketika hari dimana pintu taubat tertutup..
hebat Bukan mereka :
Imam syafi' :
-pelbagai kitab yang di hasilkan, bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi KITA, masanya banyak diluangkan dengan membaca, mengkaji, menulis, ketika ini jahiliyah berjaya dihakis sedikit demi sedikit kerana penulisan ilmiah lagi banyak.
-pelbagai kitab yang di hasilkan, bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi KITA, masanya banyak diluangkan dengan membaca, mengkaji, menulis, ketika ini jahiliyah berjaya dihakis sedikit demi sedikit kerana penulisan ilmiah lagi banyak.
Salahudin al-Ayubi & Fateh :
Usia mudanya, mengapalai angkatan jihad perang, berusaha mengalas sekalipun barangkali merasakan ada yang lebih layak, tetapi pasti dipilih kerana ketokohannya, orang mengenalinya akan kebaikannya, bermakna kehidupanya adalah untuk perkara yang baik yang mendatangkan manfaat pada masanya.
Usia mudanya, mengapalai angkatan jihad perang, berusaha mengalas sekalipun barangkali merasakan ada yang lebih layak, tetapi pasti dipilih kerana ketokohannya, orang mengenalinya akan kebaikannya, bermakna kehidupanya adalah untuk perkara yang baik yang mendatangkan manfaat pada masanya.
Hargailah masa,
"Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian, kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar"
(Al-Asr :1-3)
(Al-Asr :1-3)
Thursday, September 1, 2011
Bedah : F.A Charity Shield, M.United!
[wah!! anda berserah diri bukan]
Mari memahami isu semasa Dakwah Bola,
Perkembangan mutakhir dunia bola sepak:
"Manchester United akhirnya terpaksa melupakan Wesley Sneijder! " - kajian ambil masa
Dengan kedegilan pemain itu (Sneijder) untuk mempertimbangkan penurunan gajinya untuk mengesahkan tempat ke Old Trafford, jutaan peminat the Red Devils terpaksa berputih mata untuk melihat kelibat pemain itu di dalam jersi kemerahan mereka. Sneijder, bintang Belanda dan Inter Milan yang disebut-sebut sebagai pengganti paling sesuai kepada Paul Scholes (dahulunya ku panggil "sekolah") yang memilih bersara sebelum bermulanya musim baru EPL, dilihat sebagai calon paling layak untuk mengemudi jentera tengah juara bertahan EPL itu. Alangkah sayangnya, mereka yang melihat semata "cintakan Dunia" akhirnya beliau tidak dibeli oleh MU !
Impaknya, apakah kegagalan mendapatkan Sneijder ini harus ditanggisi oleh jutaan peminat Red Devils?
Jika sama jawapan kita, samalah Hadaf kita memahami "Dakwah bola",
(ini apa yang ku lihat dan usaha sampaikan) . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . .
. . . . . .
. . . .
Jawabnya: Tidak!
Apatah lagi ketika perlawanan merebut Charity Shield menentang musuh setempat, Manchester City, dengan Man U sedang ketinggalan 2 gol berbalas 0 (2-0) , tiba-tiba Sir Alex Ferguson mengeluarkan pemain-pemain bintangnya; Rio Ferdinand, sang kapten Nemanja Vidic serta Michael Carrick, untuk membawa masuk “entah sapa-sapa” seperti Tom Cleverley (bukan Tom cruse), Phil Jones dan Jonny Evans, berganding bahu dengan pemain muda yang lain seperti David De Gea dan Danny Welbeck. Serta merta, barisan pemain United yang berada di atas padang, dibarisi pemain yang secara puratanya berusia hanya 22 tahun! saya ulang, pemain muda!!
Iye, pemain muda!
Dan hasilnya? Man U menumbangkan ego barisan bintang Manchester City dengan 3 gol berbalas 2 (3-2). Serta-merta, peminat teringat akan “Fergie Fledglings”, kenal buka dia? barisan anak muda yang tidak dikenali, tetapi kemudiannya menjadi bintang dan nadi Man U untuk bertahun-tahun lamanya. Nampaknya generasi Paul Scholes, Nicky Butt, adik-beradik Neville, David Beckham dan ramai lagi, sudah menemui pengganti!
Dan siulan yang mula kedengaran:
who needs Sneijder? (siapa perlukan Wesley Sneijder?)
Pengajarannya:
Ayuh kita belajar bagaimana Manchester United membina pasukan. Mereka tidak terlalu mengharapkan pembelian bintang-bintang besar. Sebagai contoh, Cristina, dimanakah beliau hari ni, (bukan di MU lagi)!!. Fokus mereka sentiasa pada pembinaan pemain-pemain muda mereka melalui akademi bola sepak mereka. Maka, gerakan Islam jangan asyik tertipu dengan gahnya program-program besar, lalu melupakan pembinaan kader.
2)
Pepatah ada menyebut, “patah tumbuh hilang berganti” ada kebenarannya, tatkala gerakan Islam benar-benar menyiapkan generasi pelapisnya. Dengan pujian melambung kepada Tom Cleverley dan rakan-rakan, persaraan Paul Scholes kini tidak terlalu dirasai. Begitulah juga, dengan sejarah Islam, syahid seorang tokoh, lahir tokoh islam yang baharu. Meninggalnya Ustaz Hasan Al-Banna, ternyata tidak menamatkan riwayat gerakan. Lantaran timbulnya tokoh-tokoh baru seperti Hudhaibi, Timisani, Hamid Abu Nasr dan lain-lain lagi.
Masih ingatkah, Impian saidina Umar Al-Khattab, apabila di tanya oleh Rasulullah, "Rumah ini kamu nak penuhikannya dengan apa?", Umar berkata, "Aku ingin mereka yang seperti Muadz, Ubai dan seorang lagi (lupa namanya)". Begitu juga dengan, Sayyid Qutb apabila dikatakan riwayatnya adalah di tali gantung, beliau tersenyum, beliau berkata, "Apabila aku pergi, akan lahir lagi ramai Sayyid Qutb yang baharu".
Never give up, no matter what!
Siapa sangka deficit 2 gol tidak mematahkan semangat anak muda Man U untuk menenggelamkan barisan “mewah” Manchester City.
Jangan hanya menggunakan pendekatan defensive semata-mata. Man U, setelah lama ternanti-nanti proses mendapatkan Sneidjer –suatu pendekatan yang defensive- mereka kemudiannya menukar taktik dengan lebih offensive tatkala bereksperimen dengan menurunkan pemain-pemain baru dan muda untuk diuji di pentas tertinggi. Maka, dalam membela Islam, jangan hanya defensive dengan menggunakan undang-undang semata-mata bagi mempertahankan hak dan kesucian umat Islam. Harus juga offensive memikirkan bagaimana mahu menarik non-Muslim pula untuk menghayati Islam.
Jika di IPT, maka pointnya, ber-experimenkanlah Dakwah disana, fokus pada DF nya, selagi mana tidak mencuba walaupun dengan membaca berapa banyak kitab, banyak mengikuti pengisian teori, tapi no praktikal, no experimen, no cuba acu try test, tidak akan ada apa-apa, mereka yang berusaha pasti ada hasilnya. Tetapi kita yakini, usaha adalah yang utama kerana itu yang dilihat, tambahan yang menggembirakan dari Rob adalah dengan natijah yang baik.
Baik mengaetahui sukan Bola sepak,
Tetapi kita, Bukan sekadar tahu isu / perkembangan Bola, tetapi tidak boleh memanfaatkannya, tidak boleh dikongsikan dari sudut Dakwahnya, lagi rugi sekadar tahu dan mengejek. Nauzubillah
Subscribe to:
Posts (Atom)