Sedikit perkongsian. Bagi mereka yang sayangkan
iman.
Akh A : "Akhi, macam mana nak buat supaya tak tidur
lepas subuh?"
Akh B : "Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Akh A : “Ohhh, jadi Akhi, ape hukum tidur lepas subuh?”
Akh B : “Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia
berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur
sedangkan Allah itu menurunkan rezekiNya, rahmatNya setiap pagi selepas terbit
fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa
duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.
Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak
mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi apa yg ada pada
fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus,
sombong pulak tu".
Akh A tersentap bai.
Akh B sambung lagi,
"Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu
bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu
depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki
dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu
bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Astaghfirullah hal Azim.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah,
baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya kita selama ini.
Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup
setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan
bermandikan dosa.
Akh B kata lagi :
"orang yang riak kalau bertaubat Allah
ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan
itu adalah sifat iblis yang tak nak sujud di hadapan Allah dan Nabi Adam?”
Menangis!
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke
neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Akh B sambung lagi beb :
"Ramai orang muda kata perlu tidur lepas
subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan
apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"
"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku
jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah
ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang, sebab
urusan futsal, buat assigmnt, kerja overtime, semua tu kau ambil kisah, tapi
hubungan dengan Allah ke laut, sombong betul! Kau siapa? Nak ubah sunnatullah? ”
"Dan lihatlah, orang - orang yang berjaya atas muka bumi ni, semuanya adalah orang kurang tidurnya. Tak percaya, sila check sekarang, tanya inche google, tanya murobbi anda, sebab apa dia berjaya, mesti kurang tidurnya! saya tak pernah dengar dan jumpa lagi, orang yang bayak tidur berjaya!, Tak pernah! pointnya kurangkan tido, guna masa tu untuk lasso orang, habiskan hutang dengan dakwah, buku beli banyak dah!"
"Dan lihatlah, orang - orang yang berjaya atas muka bumi ni, semuanya adalah orang kurang tidurnya. Tak percaya, sila check sekarang, tanya inche google, tanya murobbi anda, sebab apa dia berjaya, mesti kurang tidurnya! saya tak pernah dengar dan jumpa lagi, orang yang bayak tidur berjaya!, Tak pernah! pointnya kurangkan tido, guna masa tu untuk lasso orang, habiskan hutang dengan dakwah, buku beli banyak dah!"
Allahuakbar, jauhnya beza kita dengan orang yang takut
dengan Allah, hasil Tarbiyah. Orang yang dekat dengan Allah, hidup memang di
pandu oleh Al-Quran dan hadis.
No comments:
Post a Comment