-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, March 27, 2015

Bedah : Hantu



Ada pelbagai Hantu orang kata,

Hantu Raya,

Hantu Toyol,

Hantu Pocong,

Hantu kak Limah,

Hantu peleset,

Hantu kentut,

Hantu Kopek,

Hantu Keropok,

Hantu Leko.

Burung Hantu,

Persoalan saya, benarkah Hantu – hantu ini wujud?

Ayuh, lihat di Negara lain,
Anda pernah dengan Hantu pocong di Eropah?
Anda pernah dengar Hantu bunga Raya di Jepun?

Jika tak pernah dengar, dah tu. . . wujud ke hantu – hantu yang di momok kan ni?
Ke hantu ini ikut waqi’ juga. Haha.

Sehingga kesan hantu ini, meng”hantui” diri kita, anak – anak kita, masyarakat di asrama, penduduk desa, jiran tetanggam sejak dahulu lagi. . . anda tahu bahaya dia apa?

Orang lebih takut hantu daripada yang “menciptakan hantu”, itu pun kalau hantu itu wujud.

Orang lebih takut kepada kegelapan daripada nak bangun qiam!

Orang lebih takut bertafakkur seseorang, sedangkan Rasulullah berjaga malam berseorangan.

Orang yang taff bak hang, lebih takut nak pergi tandas, siap ajak orang teman.

Orang lebih sanggup tahan nak buang air, daripada pergi tandas. Kena batu karang baru tahu.

Cukup – cukuplah takutkan orang dengan hantu! saham berterusan anda dapat tahu!

Sebab hantu pun, takut dengan yang "menciptakannya",

Dah tu, buat apa nak takut dengan hantu!

Boleh jatuh Syirik, jika ketakutan kita lebih tinggi daripada, takutkan Allah.

Kalau betul anda jumpa dengan si “hantu”, ingatkan supaya tutup aurat, nampak rambut tu, dan takutkan dia dengan azab Allah.

Ok, tiada alasan lagi tidak bangun Qiam ye !

Dan dah tahu bawah katil, rumah RI tu bersepah bagai nak rak, kemas gotong - royonglah!

Dan juga Ok lah tu kalau makhluk tu datang na taaruf, lepas ni kena gandakan mutabaah amal, tukar kepada mathurat kubra pula, banyakkan bacaan hafazan serta istiqamah dalam ODOJ, bukannya bergantung dengan Pak Bomoh, sikit - sikit bomoh, anda dah usaha bangkitkan iman sendiri atau belum?

Check mate!

1 comment:

  1. Subhanallah..betul betul.betul..tu la keadaan manusia sekarang. Lebih takutkan hantu dari takutkan Allah..

    #Ma'ataufiq wannajah
    #callanasegera0197137315ftiutmjb

    ReplyDelete