-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, March 27, 2015

Bedah : Hantu



Ada pelbagai Hantu orang kata,

Hantu Raya,

Hantu Toyol,

Hantu Pocong,

Hantu kak Limah,

Hantu peleset,

Hantu kentut,

Hantu Kopek,

Hantu Keropok,

Hantu Leko.

Burung Hantu,

Persoalan saya, benarkah Hantu – hantu ini wujud?

Ayuh, lihat di Negara lain,
Anda pernah dengan Hantu pocong di Eropah?
Anda pernah dengar Hantu bunga Raya di Jepun?

Jika tak pernah dengar, dah tu. . . wujud ke hantu – hantu yang di momok kan ni?
Ke hantu ini ikut waqi’ juga. Haha.

Sehingga kesan hantu ini, meng”hantui” diri kita, anak – anak kita, masyarakat di asrama, penduduk desa, jiran tetanggam sejak dahulu lagi. . . anda tahu bahaya dia apa?

Orang lebih takut hantu daripada yang “menciptakan hantu”, itu pun kalau hantu itu wujud.

Orang lebih takut kepada kegelapan daripada nak bangun qiam!

Orang lebih takut bertafakkur seseorang, sedangkan Rasulullah berjaga malam berseorangan.

Orang yang taff bak hang, lebih takut nak pergi tandas, siap ajak orang teman.

Orang lebih sanggup tahan nak buang air, daripada pergi tandas. Kena batu karang baru tahu.

Cukup – cukuplah takutkan orang dengan hantu! saham berterusan anda dapat tahu!

Sebab hantu pun, takut dengan yang "menciptakannya",

Dah tu, buat apa nak takut dengan hantu!

Boleh jatuh Syirik, jika ketakutan kita lebih tinggi daripada, takutkan Allah.

Kalau betul anda jumpa dengan si “hantu”, ingatkan supaya tutup aurat, nampak rambut tu, dan takutkan dia dengan azab Allah.

Ok, tiada alasan lagi tidak bangun Qiam ye !

Dan dah tahu bawah katil, rumah RI tu bersepah bagai nak rak, kemas gotong - royonglah!

Dan juga Ok lah tu kalau makhluk tu datang na taaruf, lepas ni kena gandakan mutabaah amal, tukar kepada mathurat kubra pula, banyakkan bacaan hafazan serta istiqamah dalam ODOJ, bukannya bergantung dengan Pak Bomoh, sikit - sikit bomoh, anda dah usaha bangkitkan iman sendiri atau belum?

Check mate!

Thursday, March 19, 2015

Bedah : Tidur lepas subuh !




Sedikit perkongsian. Bagi mereka yang sayangkan iman.

Akh A : "Akhi, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Akh B : "Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Akh A : “Ohhh, jadi Akhi, ape hukum tidur lepas subuh?”

Akh B : “Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekiNya, rahmatNya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi apa yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".

Akh A tersentap bai.

Akh B sambung lagi,
"Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Astaghfirullah hal Azim.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya kita selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Akh B kata lagi :
"orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis yang tak nak sujud di hadapan Allah dan Nabi Adam?”

Menangis!

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Akh B sambung lagi beb :
"Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang, sebab urusan futsal, buat assigmnt, kerja overtime, semua tu kau ambil kisah, tapi hubungan dengan Allah ke laut, sombong betul! Kau siapa? Nak ubah sunnatullah? ”

"Dan lihatlah, orang - orang yang berjaya atas muka bumi ni, semuanya adalah orang kurang tidurnya. Tak percaya, sila check sekarang, tanya inche google, tanya murobbi anda, sebab apa dia berjaya, mesti kurang tidurnya! saya tak pernah dengar dan jumpa lagi, orang yang bayak tidur berjaya!, Tak pernah! pointnya kurangkan tido, guna masa tu untuk lasso orang, habiskan hutang dengan dakwah, buku beli banyak dah!"


Allahuakbar, jauhnya beza kita dengan orang yang takut dengan Allah, hasil Tarbiyah. Orang yang dekat dengan Allah, hidup memang di pandu oleh Al-Quran dan hadis.

Monday, March 9, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #68



Ketika sedang ghairah berjaulah dalam kenderaan, tiba - tiba seorang Al-Akh itu yang akhirnya manusia biasa ter-"kentut". . . (poooort~~)

Lantas . . . .

Akh A : Terus membuka tingkap, tanpa menyebut perihal bau kentut atau tajuk kentut,

Akh B : Terus bercerita, bahawa sekitar sini memang kawasan "bau" yang "macam ni".

Akh C : Terus rancak bercerita tentang keluarganya.

Akh D : Senyum (tanpa bersuara)

Semua mereka berusaha menjaga lidah, berusaha untuk tidak memalukan dan  mebuka aib ikhwah dan melazimi zikrullah (perbualan perihal menaikkan iman),

Moga ukhuwah ini terpatri indah sehingga ke sorga