Buat akhi ku, ukhti jua, yang
mengambil bidang Engineer dan Doktor
Aku sayangi kalian seperti
mana aku mengasihi diri ku kerana Allah.
Maka, Aku tuliskan rencana
ini untuk anda.
Ewaaah, berbunga di situ.
Baik, terus pada point
saya.
[ Warning buat yang mengikuti
gerabak Tarbiyah ]
Kerana anda orang bijak,
orang yang Allah anugerahkan kecerdikan IQ. Maka, saya yakin anda boleh
rasional berfikir, meletakkan emosi di tepi sebentar.
Letaklah pada neraca kita
yang sama, Tarbiyah dan Dakwah.
Oh ya, sebelum itu, saya nak
buat desklimer . . .
Saya akhirnya tidak
bertanggungjawab jika apa - apa yang berlaku, kerana akhirnya inilah saya, saya
menulis khusus buat ikhwah akhwat yang mengikuti tarbiyah untuk ambil pena ini
sebagai muhasabah. Saya ulang, sebagai muhasabah kerana anda orang tarbiyah!,
Jika anda nak pertahankan juga, atau datangkan hujah - hujah anda, silakan . .
. tapi ia tidak akan habis. . . kerana saya lebih risaukan ia adalah sebab hawa
Nafsu.
Melainkan, anda mengambil
secawan air vico, minum, hiruplah ia dengan tenang sambil berfikir panjang
semula sebelum membuat keputusan . . .
Jika masih study, berfikir. . . . untuk berhenti?
Begini, perasan atau tidak.
Niat anda belajar bidang
Enginer dan Doktor sebenarnya sebab nak menjamin pekerjaan yang selesa. Untuk
pastikan anda dan keluarga anda hidup bahagia, benar kan? Jujurlah pada saya.
Wahai engineer, cuba tanya
diri anda, anda nak kerja dengan siapa bila habis belajar nanti? Petrones? atau
TMB? atau Shall. Lihat jawapan anda. Adakah anda terfikir untuk buka syarikat
minyak milik ikhwah sendiri?
Wahai Doktor perubatan,
ketika anda sudah bekerjaya, apa yang anda impikan? tinggal di rumah banglo,
yang ada security guard? kerana apa . . . . kerana anda risau anak,
isteri dan harta anda terancam bukan?. Bukankah itu akan lebih menjarakkan
jurang hubungan sosial dengan madu', mutarobbi? Anda! Pergilah lihat berapa
ramai doktor yang mesra rumahnya dengan masyarakat.
Maafkan saya, Jika benar ia ada
di benak anda.
Ketahuilah, Ia bukan salah
anda pun, kerana daripada kecil, kita di sogokkan dengan cita - cita sebegitu,
boleh jadi daripada ibubapa, pihak sekolah atau dari media. Contohnya iklan
minum susu, bila besar jadi Pilot, Doktor, Angkasawan, Enginer, tapi ada tak
yang akan jadi Ulama'?
Pelik, tapi benar, kerana ada
hidden agenda di belakang tabir. jeng . . jeng . .jeng.
Ok, kita undur, semua di atas
itu adalah kisah sebelum di tarbiyah.
Namun, hari demi hari, tetiba
di bentes oleh mak cik hidayah dengan Follow up tarbiyah yang kemas, anda pun join
gerabak Tarbiyah dan Dakwah (TnD) ini.
Alhamdulillah.
Anda mula di fahamkan dengan
tujuan hidup, peranan kita dalam menyelamatkan Ummat yang sarat dengan masalah
sosial yang meruncingkan.
Dan anda cuba
men"justifikasi", jadi Doktor dan Engineer sebab dakwah. Anda nak
tarbiyah ummat, itu adalah medan Fardhu kifayah bagi ummat Islam. Anda siap
kata, ia "alat" untuk mencapai matlamat untuk laksanakan tujuan
hidup. Anda kata lagi, bila jadi doktor boleh merawat pesakit dalam waktu yang
sama boleh nasihat mereka kepada Islam. (hmm, cuba tanya mereka yang dah
jadi doktor, berlaku tak macam ni!!). Tapi, ok lah, saya setuju dengan
memberi peluang pada justifikasi anda.
Setelah itu, anda mula sedar
akan peranan Syahadatul Al-Haq yang sangat merisaukan kita di akhirat kelak,
jika bermain - main jika tidak mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain,
kerana tahap dakwah itu bukan sekadar menyampaikan tapi kena mencederungkan,
yakni sehingga orang tersebut berubah dan dia melakukan sesuatu (Rujukan
kamus Al-Muhit)
Ketika itu, anda mula jelas,
bahawa study di IPT itu hanyalah sebuah "alat"
untuk melaksanakan tugas Tarbiyah dan Dakwah.
Anda bersungguh menjayakannya
dengan bersemangat, membuat perancangan, timeline dakwah, buku - buku fikrah
mula di bedah satu demi satu, hafazan Al-Quran semakin meningkat untuk kapasiti
diri dan me-lasso madu', zikir Al-Mathurat mula di hafal dan diulang - ulang,
bangun malam semakin hebat di hidupkan, tazkirah sesama ikhwah ikhwah dan
akhwat akhwat tidak lekang, pantang melihat manusia, nak sahaja berbual tentang
tujuan hidup, di kala melihat dan memikirkan akan ummat, kita menangisi sama -
sama. Ah . . . rindu saat itu.
Begitulah di kala, kita
berusaha merasai seperti mana yang di rasai dan dilalui oleh para sahabat.
(walaupun tak sejibak atau se"rasai" mereka)
Tahun demi tahun, maka
tibalah alam pekerjaan.
Yang menuntut kita sebenarnya
terus lebih kuat beramal, bekerja berbekalkan tarbiyah yang pekat di IPT
dahulu.
Medan amal sebenar di uji.
Fikrah kefahaman anda selama ini yang dibina mula di uji.
Sedikit demi sedikit, anda
semakin lesu, ada yang hanya ikut usrah tarbiyah sahaja, bahkan ada yang
seperti chips more, datang
kadang - kadang, mula memberi alasan penat letih. Usah cerita tentang bawa
Usrah, atau melasso orang baru lah, itu jauh sekali. Bahkan ada yang mula futur
dan menghilang. Semua kefahaman dahulu hilang, seperti baca buku sejarah dan di
ulang tayang. Maka, anda mengulangi sejarah dahulu, anda memutuskan mata rantai
dakwah ini untuk sampai kepada ummat yang dahagakan tarbiyah. Anda lupa pada
janji awal kita dengan Allah di alam Ruh. Tunggulah pada hari perhintungan yang
pasti kelak!
Oh ya, saya belum jumpa
sehingga hari ini, Ikhwah atau akhwat dalam bidang geologi yang masih istiqamah
buat tarbiyah dan dakwah bila masuk dunia pekerjaan dan bila sudah berkeluarga.
Tidak pernah ku temui. Jika anda salah seorang daripadanya, bakal ahli geologi,
jangan sahut cabaran saya, tapi sahut cabaran ini daripada Allah, agar anda
mampu thabat buat Syahadatul Al-Haq ini sehingga bertemu dengan Allah. Di
akhirat kelak kita bersua (doakan saya thabat).
Tatkala di atas ini telah
berlakulah, saya nukilkan ini!
Saya tuliskan pena ini di
tengah pagi.
Menangisi, memikirkan keadaan
ummat hari demi hari.
Bermuhasabah pada amal - amal
dakwah kita yang sudah masuki puluhan tahun.
. . . . . . .
. . . .
. .
Buat para Engineer tarbawi
yang saya kasihi kerana Allah, Saya analogikan anda begini.
Sistem pendidikan kita telah
berjaya "memerangkap" anda,
Ketika anda dahulu di sekolah
Rendah, anda miliki kawan 100 orang,
Bila anda masuk sekolah
menengah yang hebat seperti MRSM, telah di filter, pemilihan yang ketat untuk
pastikan yang 5A, murid yang terkehadapan, bijak cerdik sahaja masuk MRSM.
Akhirnya 50 orang terpilih daripada 100 orang.
Bila selepas PMR, anda
berpindah ke SBP pula, daripada 50 orang, 25 orang sahaja yang berjaya masuk ke
SBP, dengan mengambil kira keputusan 9A dalam PMR, kokurikulum mantap, aktif
dan cerdik. . . . Saya ulang, "cerdik".
Akhirnya, bila masuk ke
degree, pihak Univeristi pula melakukan tapisan, untuk 10 orang daripada 5 orang
sahaja yang terpilih untuk masuk ke bidang Engineer.
Bayangkan course chemical
Engineer.
Anda pulun sehabis baik,
sekuat yang boleh untuk score dalam akademik, sebab apa? sebab nak
bekerja di bawah syarikat minyak yang ternama, seperti Petrones, Shall dan lain
- lain.
Agak - agaknyalah, jika ada
10 orang yang tinggal tadi, berapa orangkah pihak Petrones akan pilih untuk
bekerja di bawah mereka? dan ciri - ciri yang dipilih mesti yang terbaik dalam
kalangan yang terbaik!
Akhirnya, 5 orang sahaja yang
terpilih. Anda bayangkan, anda sturgle selama 25 tahun, hanya untuk berjuang,
berusaha "gila - gila" untuk kerja dengan bawah orang sebenarnya,
iaitu petrones!, lebih teruk lagi, sebenarnya, anda "bertuhankan"
cita - cita, tujuan hidup anda sebenarnya untuk kerja!
"Wei, agak - agak ah,
memang kena kerjalah untuk tampung makan minum der"
Ok fine, kalau sebab nak cite
tentang makan minum kena kerja, anda boleh sahaja berhenti selepas SPM dahulu
teruslah kerja, kenapa kena tungggu lepas Degree,
sebab apa? sebab tujuan hidup anda nak kejar cita - cita Engineer itu! Itu yang saya katakan tadi,
hidup anda sebenarnya "bertuhankan" cita - cita Engineer anda itu!.
Ambil nafas, seperti saya
kata seawal pena ini ditulis, ambil lah untuk muhasabah jika ia berlaku pada
diri anda!, jika tidak berlaku Alhamdulilah.
Baik, kembali pada 5 orang
tadi, apa berlaku selepas itu?
Akhirnya 5 orang yang
terbaik, cerdik dan briliant ini dalam kalangan 100 orang tadi,
"terperangkap" sebenarnya, mereka di perbodohkan. Orang yang bijak
ini, yang di harapkan dapat menyelamatkan ummat kerana kecerdikan mereka,
akhirnya tenaga mereka minimum pada tarbiyah yang dicanangkan - canangkan di
bibir - bibir mereka suatu ketika dahulu, kerana hampir sepenuh masanya pada
kerjaya.
Bayangkanlah, keadaan kerja
mereka, yang akhirnya duduk di tengah laut berminggu - minggu, berbulan -
bulan, tidak turun mentarbiyah bermasyarakat.
Kemudian, setelah anda pulang ke darat, anda mesti nak spend masa dengan isteri, anak - anak, keluarga, sedara mara di kampung, sepupu bagai kahwin, kemudian pergi semula ke tengah laut yang jauh dari manusia, di dubai, delhi, arab saudi dan lain - lain. pfft
Anda tahu bukan, ummat ini
semakin parah, anda tinggalkan seminggu pun, orang yang ikut tarbiyah boleh
futur dan tidak dapat di hubungi. Lagilah berbulan - bulan anda di tengah laut,
apakah makin baik pada ummat ini?
Tarbiyah ini telah membina
anda satu ketika dahulu dengan fikrah yang jelas, mengharapkan agar anda suatu
masa nanti dapat turun sehabis baik membina ummat, sepenuhnya menggunakan
"logam" anda untuk menyelamatkan ummat, untuk follow up setiap rijal - rijal, untuk membina
para murobbi/ah.
Akhinya, yang kembali membina
anak bangsa kita, adalah saki baki manusia, yang tidak berminat pun menjadi
pendidik (guru), namun itulah kerjaya yang mudah dan masih ada. Hanya sekadar
mengajar untuk di bayar gaji. Masuk ke kelas men-transfer ilmu, bukan daripada hati. Kemudian,
anda menyalahkan guru atau pendidikan kita, sedangkan sikap anda sendiri? tidak
memberi masa yang banyak pada pentarbiyahan! yang telah di fahami, bahawa fasa
sekarang ini membutuhkan komitmen kita yang luar biasa dalam membina rijal,
sedangkan kerjaya anda tadi, memang sangat minimmum dalam membina rijal.
Bahkan, anda sendiri
seharusnya faham, jika dahulu study, hanyalah "alat",
ketahuilah juga, "kerja" itu juga adalah “alat” untuk melaksanakan
tujuan hidup!
Buat sang duktur, berapa
ramai selepas belajar, boleh terus membawa usrah? boleh terus infaq "gila
- gila" duit, tenaga dan masa sama seperti ketika masa belajar dahulu?
ataupun anda sudah memikirkan untuk berkahwin dua? tiga dan empat? atau mula
memikirkan hidup yang selesa berumah besar banglo untuk tidak mahu di ganggu?
atau mula fikir nak menjadi pakar untuk menambah lagi gaji, lagi dan lagi?
Ah. . . . cukup anda tuan duktur ambil
ibrah buat masa ni dari Inche Gabanna, pada pena dia, (Wahai
Tuan duktur, Jangan Futur). Lain masa saya nukilkan dari pihak saya pula tentang Duktur yang tidak berkesudahan ini.
Kerana sayangkan pada Duktur
dan Engineer ikhwah akhwat kitalah, saya tuliskan ini.
Sayang potensi anda,
"logam" anda, dan kecerdikan anda yang sepatutnya dapat melajukan
lagi Tarbiyah dan Dakwah di malaysia, tapi anda "terperangkap"
Maka, yang masih study bidang Duktur dan Engineer, fikirkan
semula.
Buat yang sudah bekerja
sebagai Engineer, daurahkan lah bahan "kerja vs Dakwah", atau
ingatlah semula niat asal anda.
"Akhi . . . . banyak kot
ikhwah akhwat kita yang Engineer dan Doktor sumbang duit untuk dakwah
kita"
Medan menyumbang duit, tidak
pernah sama menyumbang amal tenaga!
Duit itu material, siapa ingin menyentuh hati manusia?
Ya, saya tidak nafikan usaha
dan sumbangan mereka dari sudut kewangan, tapi berapa ramai yang mampu dan
sanggup turun ke padang, menyumbang tenaga? follow up setiap mutarobbinya?
tidur bersama dengan mutarobbinya? kejut qiam di bilik/ rumah mutarobbinya? sanggup
bertahan mendengar rintihan mutarobbinya sehingga tengah malam?
Kerana tarbiyah yang kita
fahami, bukan sekadar usrah seminggu sekali! di luar usrah itulah sebenarnya
"Usrah".
Bagaimana mungkin, anda dapat
bantu qiammulailnya, jika tidak tahu apa yang diperbuatkannya dengan pergi
membantu mengejutnya sendiri?
Bagaimana mungkin anda tahu
habitnya, jika tidak datang ziarah mengejut di rumah atau biliknya?
Bagaimana mungkin anda tahu
mutarobbi anda solat berjemaah di awal waktu di surau, jika tidak turun bersama
ke surau tempat tinggalnya?
Bagaimana mungkin anda dapat
bantu, tunjukkan cara beliau berdakwah, menegur jika salah jika tidak turun
melihat sendiri mereka menggauli manusia?
Jika sekadar cakap lisan
dalam halaqoh, mutabaah amal dalam usrah. Itu masih kering, itu bukan didikan
kita!, Rasulullah lah Qudwah kita, Bagaimana baginda follow up, dan mentarbiyah
sahabatnya!
Apa anda redho dengan semua
di atas?
Apa anda rasa rela dan
selesa?
Ok fine, kita main matematik
sikit!
Jika anda graduate dari IPT
umur 25, kemudian kerja, anda bayangkan pencen umur 70 tahun, jadi anda tahu
tak, anda kena bertahan 45 tahun di alam pekerjaan!
Anda sanggup pergi ke tengah
laut selama 45 tahun!
Anda sanggup jadi duktur yang
robot selamat 45 tahun!
Anda tahu tak, apa jadi pada
ummat jika sesat selama 45 tahun di sebabkan anda ni!
Anda tanggunglah ia kelak.
Anda ada pilihan, anda sendiri memilih untuk melambatkan lagi proses islah ini !
Tarbiyah itu sampai mati!
Tarbiyah itu adalah aset, asas dan kekuatan, Ia bukan sekadar berhenti ketika
zaman study sahaja.
Tanpa tarbiyah dan dakwah,
apalah erti kemaknaan hidup?
Saya telah sampaikan, moga
ini sedikit Syahadatul Al0Haq Qauliyah saya kepada yang membaca. Sahutlah cabaran! atau fikirkan semula!
Maka, saya akhiri dengan sepotong Ayat Allah, Surah At-Taubah, ayat 26.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang
kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana
Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[ 9 : 26 ]
Risau, akhirnya kita ada penyakit "wahan",dan jika kita lebih cintakan 8 perkara di atas ini lebih Allah dan Rasul, lebih dari melaksanakan tujuan hidup yakni Ibadah dan Khalifah, atau melebihkan berbanding Tarbiyah dan Dakwah, takut - takut akhirnya Allah tidak memberi hidyaha pada kita seperti mana dalam ayat di atas. nauzubillah
Yang telah korbankan
cita-cita dunia, untuk beroleh janjinya di akhirat kelak,
Al-Mutarobbi.
0536
21082015.