-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, July 10, 2014

Kau di Mana !



"Tidak sama di antara orang beriman yang duduk tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing, Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, iaitu beberapa darjat daripada Allah, serta keampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
 [4: 95-96]


Bersedia untuk di Tadabbur:

Bismillah.

Ayat ini cerita tentang beza kedudukan orang-orang beriman di sisi Allah. Hey, ini bukan beza orang beriman dengan tidak beriman. Tapi dua-dua pihak yang dibandingkan adalah golongan yang beriman. Tapi beza pada pndngn Allah. Kenapa?

sila meremang!

Baik, Sebab satu golongan berjihad, bersusah payah, berkorban. 

Dah tu, Satu pihak lagi beramal, beribadah dan dakwah juga, tapi bersenang-senang, relaks-relaks, malas-malas, tanpa mujahadah bersungguh-sungguh.

Di antara dua golongan ni, Allah kata dua-dua ada kebaikan yang tersendiri, tapi golongan yang berjihad lebih tinggi taraf dan pangkatnya, lebih Allah cinta dan kasih lagi tu, masya Allah walaweh.

Begitulah kita. Kita semua orang-orang yang ikut Tarbiyah dan dakwah. Kita semua ikut usrah, pergi daurah, buat dakwah, tilawah, solat, terawih, dan macam - macam ibadah yang kita buat secara harian. Tapi di antara kita, tidak sama pada pandangan Allah. Ada di antara kita yang buat semua tu dalam keadaan sambil lewa, join tarbiyah bila tidak sibuk atau ada masa baru join, kurang effort untuk buat sungguh-sungguh, kalau susah skit dah malas, kalau tak kena dengan favour kita dah complain, kalau perlu berkorban skit cari macam-maca alasan untuk elak, bila di IPT kencang, bila cuti mutabaah amal londey dakwah mati!!, buat dakwah kerana risau kena tanya dengan naqibah apehal!, hafazan baru sekadar mengahrapkan dalam daurah atau dalam liqo!, hanya azam nak belajar bahasa Arab, sampai bila nak azam ni, kita kena bertindak dah sekarang! pilih dunia dahulu baru diciptakan alasan untuk dakwah.

Tapi ada di antara kita yang buat perkara yang sama, tapi penuh usaha untuk khusyuk, tak kisah susah senang atau suka tak suka tapi tetap buat, sentiasa all out walaupun ganggu masa peribadi, tak kisah hidup tak selesa, tak pentingkan diri, bangun dalam keadaan malas, sentiasa adakan masa utk Tarbiyh, bagi segala apa yang dia ada untuk dakwah sampai habis wang, masanya hanya untuk madu'nya, untuk Allah. Orang-orang inilah yang lebih tinggi pangkatnya di sisi Allah. Walaupun pada perspektif kita, semua nampak sama.

Tetapi tidak bagi Allah.

Yakinlah tidak sama!

Sumpah, tidak akan rugi, sesekali tidak

Jika masih berkira-kira, Allah akan berkira-kira untuk kita !

Kita, ya anda di mana?


No comments:

Post a Comment