Gerabak ini, gerabak dakwah.
Gerabak ini, bukan aku punya, bukan engkau punya.
Gerabak ini, dipandu dan melaju dan terus melaju.
Gerabak ini, telah dimuati ramai orang, sejak zaman nabi adam.
Gerabak ini, tidak menanti orang, hanya yang berjiwa besar akan
mampu terus bersama gerabak ini.
Gerabak ini, tidak kenal erti berundur, andai melangkah,
akan ingin terus memecut.
Jika engkau lambat, engkau sendiri yang akan membuat tindakan
untuk keluar, gerabak ini tidak punya masa untuk menghalau. Kerana yang difikir
adalah ke depan.
Gerabak ini, gerabak tarbiyah.
Gerabak ini tidak mungkin dipenuhi dengan hawa dingin. Malang
sekali orang yang menyesal memasuki gerabak ini.
Gerabak ini, tidak punya tawaran, melainkan akan membawa ke
destinasi tarbiyah.
Iaitu bulatan-bulatan yang di dalamnya adalah taman syurga.
Yang kelak, akan benar membawa mu ke sana.
Gerabak ini, melalui jalan yang panjang, lama dan sangat
merepotkanmu.
Kerana itulah bayaran tiket untuk gerabak ini, sabarlah sedikit masa lagi wahai diri!
No comments:
Post a Comment