"Gaza telah persembahkan
terbaik untuk menghadap Allah, bergembiralah di kau di sana"
Akhi Fillah...
Aku bermuhasabah sedalama
dalamnya, Satu perkara yang membuatkan Gaza terus bersedia, dengan bermacam
peristiwa mustahil, namun... mereka buat untuk memenangkan islam.
Kau Lihatlah,
Dalam keadaan yang cukup
kekurangan, Si ibu siapkan anaknya dengan cukup keperluannya, untuk lahir sebagai
Rijal Al-Qassam, bila tersedia. diserahkan kepada Allah untuk memenangkan Gaza,
berita yang di tunggu oleh Si Ibu hanya anaknya membawa berita Gaza telah
dikembalikan Haknya atau berita dari saudaranya memberitakan Anaknya sudah
syahid. Si ibu gembira kerana si Anak sudah siap dsediakan untuk bertemu Allah
dalam persembahan yang terbaik.
Kau perhatikanlah,
Dalam keadaan yang meruncing,
Al-Qassam mampu siapkan tentera Lautnya (amphibia), yang dikira mustahil pada
logik akal manusia, namun ilham datang dari Allah seperti mana peristiwa menggali
parit dalam perang Al-Ahzab dan Sultan ahmad al-Fateh menaikkan kapal melalui
bukit. Mustahil namun itulah persembahan terbaik mereka untuk bertemu Allah. Untuk
berhujah dengan di hadapan Allah di hari muka, dengan serba di tekan dan kekurangan,
mereka boleh buat yang terbaik, ye sehabis baik hanya untuk di persembahkan untuk
Allah, sehingga akhirnya 5 komando syahid bertemu Allah.
Ya Akhi fillah, dengan sebaik persembahan di persembhakna kepada Allah.
Bertambah manis dan gembiranya,
keringat peluh, darah-darah syuhada' dsana, mereka berlumba mempersembahkan
sehabis baik kerana di bulan Ramdhan.
Malunya kita jika mendamba syahid
di tepi bibir, walhal belum mempersembahkn sehabis baik, dengan amal fardhi yang
belum istiqamah, dengan datang bulan Ramdhan namun seperti hari-hari biasa.
Hafazannya masih kurang, Stelah bertahun ikut tarbiyah, Juz’ 30,29,28 belum
dikuasai. Ah… losernya rasa, hadis 40 masih merangkak rangkak kalau di tebuk,
riyadus solihin masih membaca belum mula di hafal, Ah…. Downnya!, qiamnya masih
sayu, Bahasa Arab belum bermula, Ah…. Malunya Aku! Ini sahaja ke yang Kita nak
persembahkan di hadapan Allah kelak!
Aku tahu, semuanya Alasan,
lihatlah Bahasa Arab sahaja, belum apa – apa kita katakana susah, sedangkan
Bahasa Ingeris kita tidak berkata begitu pula. Anda tahu tak?, Ambil Doktor
perubatan lagi susah, tengok lah mereka, jika gagal, mereka terus sambung juga,
jika tak dapat IPTA, mereka akan Apply IPTS, jika fail, sejukkan hati dengan
kata, “biasa lah tu, Kata medic”, sehingga akhirnya berjaya menjadi
pakar perubatan dalam jantung, paru – paru, gigi dan lain-lain. Dah tu, kenapa kita
tidak pulun Bahasa Arab seperti “all out” nya kita belajar medic dan BI?
Bukankah impian kita lagi besar, untuk menjadi Pakar hati? Pakar hati ini
rahsianya ada dalam Al-Quran, Al-Quranhanya boleh difahami dengan menguasai BA.
Checkmate! . Apa alasan kita lagi? Muhasabah lah jauhnya persembahan kita
berbanding Gaza.
Maafkan aku Ghazzah, masih tidak maximum seperti mu,
Maafkan aku ummat masih sedikit
masa aku bersama mu.
Faghfirlana ya Rob... Moga
Allah menerima taubat aku dan kalian, menerima amal baik kita semua dan
memaafkan kita bersama.
Buat zaujah ku, atas baitul
muslim ini kita pernah berjanji bersama untuk mewakafkan diri ini untuk Allah dan
mempersembahkan yang terbaik buat ummat.
Maka, Aku mengajak diri ku,
zaujati dankalian untuk kita membina diri dan melakukn amal dakwi sebaik mungkin
untuk dipersembahkan buat ummat.
Mulakannya ia sekarang! agar
muhasabah ini tidak berlarut dn berulang...
-Akhi yang mengasihi dan
mnyayangi mu kerna Allah-
*Penulisan ini, asalnya Buat
zaujah ku, untuk aku dan si dia, namun di edit untuk manfaat semua