Tido yang mematikan !
Bila kita fahami ruh Al-Asr
itu,
Kita amati maksud sebenarnya, “Demi
masa yang tinggal berbaki”
Nescaya, kita akan all out pada
amal – amal kita, kerana tidak mahu rugi.
………..
Hey! Antum masih rela, tido
dalam keadaan amal yang masih main – main?
Antum masih rela tido selepas
subuh tanpa berjaga hingga ke dhuha?
Antum masih rela menarik
selimut dikala Daie itu hidup, segar, bugar berdiaolog dengan Robnya ketika 1/3
malam?
Betul ke serius perhubungan
dengan Allah ini.
Antum masih rela tido ketika
sedang menghadam buku – buku sedangkan banyak lagi yang perlu dibaca, buku yang
sedia ada masih tidak habis!
Antum masih tido, sedangkan MP3
dah diberi, selalu beralasan kata tidak cukup thaqofah, tapi masih tidak mahu
adakan masa untuk menelaah !
Dan,
Antum masih rela, adakan tido
sedangkan pelapis masih tiada?
Antum rela tido, dalam keadaan
belum cukup muayasyah dengan anak buah, kemudian katakan yang mereka tidak
berada atas jalan ni lagi bukan di sebabkan antum. Puffffff.
Antum masih katakan tidak ada
masa nak bawa liqo’, sedangkan boleh pula adakan masa untuk tido?
Antum kata tak tidur, tapi
tiada juga jumpa madu’ seharian, wahai itu juga tido !
Dah tu, bangunlah!! Kerjakanlah
hutang akhirat mu!! Hidupkanlah kehidupan Daie yang tidak rela bersendirian!!
Daripada banyak tido, baik
mati!
Akh itu, tidur nya, ketika sudah penat bekerja, ketika jumpa traffic light, disandarkan, terus tertido, itulah "rehatnya", bila kereta belakang hon, dia terus tersedar dan bekerja. Alangkah manisnya saat itu dirasai.
*p/s : untuk Daie yang hidup Iman nya, kerana Iman yang hidup, kehidupan keseluruhannya untuk dakwah ini. Tiada istillah rehat, “cuti”, futur, manja, buat ala kadar. Kerana Harga sebuah keredhoan dan sorga itu mahal, berpatutanlah dengan tiada “tido” dalam kehidupannya.
No comments:
Post a Comment