-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, June 23, 2014

Apa anda Rasa bila ada Ramadhan !



Nama saya bukan Ramadhan.

Tidak bertambah iman pada nama!

Mari saya perdengarkan kata-kata mereka yang awal, yang menggugah berkenaaan nama dan tempat tidak memberi apa - apa jaminan.

Ibnu Taimiyah telah berkata :

"Abu Hurairah telah berkata: "Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi Hajar Aswad."

Abu Darda' telah menulis surat kepada Salman : "Jomlah kita ke tanah suci!", Salman terus membalas suratnya :

"Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya." Sebelum ini Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu Darda' dan Salman lebih dalam kefahamannya berbanding Abu Darda' di dalam beberapa perkara, antaranya ialah perkara ini"-Ibnu Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 18, m/s 283.-

Allah hu akbar! Maka kita fahami, bahawa Nabi juga mulia adalah sebab kerja Dakwah yang di lakukan oleh Nabi itu sendiri. Seluruh waktu Baginda di wakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Oleh itu, Jadilah baginda manusia yang paling tinggi namanya dan paling mulia kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya, Rasulullah merupakan contoh ikutan dan tauladan yang terbaik bagi kita. -Zad al-Ma'ad, Jilid 2, m/s 38.-

Jika di telusuri amal sahabat pula pada bulan Ramadhan, Bagaimana amal mereka!

Ayuh lihat...

Dalam Ramadhanlah juga berlaku, beberapa siri perang seperti Badar, Khandak atau al-Ahzab, perang Tabuk yang meng"gila" menguji, dan antara lain Fathul Mekah.

Sahabat ketika itu faham, Keperluan dakwah menuntut ketika itu Dakwah, jika tiada berjihad sedemikian maka "terkuburlah" islam. Ia menunutut amal Dakwah mujahadah yang tinggi dan berterusan.

Maka lagi sekali kita fahami, bulan Ramdhan bukanlah fokus semata - semata pada amal ibadah, namun amal Dakwi itu perlu berterusan, dan keperluan dakwah ketika itu bagaimana di satu - satu tempat.

Jadi, mana amal ibdah sahabat ketika Ramdhan? Sahabat telah pun lazimi sebelum lagi dari Ramdhan tiba, itulah sepatutnya kita contohi juga. Lihatlah Umar, 6 bulan sebelum tiba Ramadhan telah puen bersedia. Allah hu.

Sangat pelik, Bila masuk bulan Ramadhan, usrah atau Liqo' tiada!

Pelik jika dah tahu, di tempat itu tiada pelapis dakwah, masih lagi tidak berjihad, bahkan fokus pada amal Fardhi semata - mata!

Pelik juga, jika hilang atau perlahankan tugas dan tanggungjawab syahadatul Haq itu semata - mata tibanya Ramdhan.

Matilah kefahaman sebenar akan "Ruh Ramdhan".

Maka, beramallah dengan waqi' tempat ketika itu, tugas dakwah ini jangan di ketepikan sekalipun ramadhan tiba, sepaptutnya makin dahsyat dan "gila - gila", cukuplah peristiwa perang zaman Rasulullah itu menjadi dalil yang kukuh buat kita, kerana kita fahami keperluan sekarang bukanlah pada kuasai dan mendalami ilmu, bukanlah dengan mencipta bangunan dan seni bina, bukanlah melahirkan pada Doktor perubatan yang asyik hilang, dan bukanlah juga melahirkan para Engineering yang robot.

Namun, binaan manusia itu, Murobbi itu dan QS itu diperlukan di Fasa ini, sehingga bila kita ingin "sedeqahkan" binaan dan memetik buah sebelum tiba masanya? 



p/s : penulis tidak tekankan amal Ibadah kerana yakin, pembaca telah arif yang itu! tapi yang lagi satu ni... Haish

Dan, baru hari ni aku faham, kenapa satu masa dahulu seorang ustaz itu, bertungkus lumus memahamkan aku akan Fiqh dakwah pada 27 Ramdhan. Kerana Kefaham itu jauh lebih berharga.

No comments:

Post a Comment