-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, June 29, 2014

Makcik jaga Tol



Pendakwah Tounch & Go.

Keperluannya seumpama tukang Jaga Tol. Mereka tak akan mampu menyusun perjalanan kenderaan dakwah. Lagi teruk kalau datang dan perginya kerana keperluan kerja dan dunia. Bila orang hulur duit, mereka tersenyum dan puas hati. Lepas itu tutup tingkap dan biarkan pengguna itu pergi. Dia tak perlu tahu ke mana pengguna itu pergi dan nasibnya di hujung jalan.


Dakwah Cuma akan berjaya apabila di gerakkan oleh orang yang sanggup sehidup semati dengan Dakwah. Dakwah memandu kerjaya bukan kerjaya memandu dakwah. Dakwah bukan sekadar mencari pahala. Tapi juga di nilai keberhasilan dan kemenjadian. Akan di hisab sebarang kekurangan dan kegagalan.

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 51#



Akh A : Akhi, macam mana terawih tadi?

Akh B : Alhmdulillh, azam Insya Allah, Ramdhan kali ni, dapat 20 rakaat. Anta pula terawaih tadi rasa macam mana?

Akh A : Alhamdulilh, ana pun nak rebut yang terbaik, 20 rakaat. Hu… feel terawih tadi membekas, bila faham Bahasa Arab sikit2 ni bila dah join tarbiyah, sangat hidup bila faham Imam baca tadi surah-surah yang dibaca, walaupun bukan faham semua. Rasa sedang mengikuti daurah sepanjang terawih tadi, ada cerita tentang bani istael, kisah nabi di tekan…, saat nabi bersabar. Allah. Anta macam mana terawih 1 ramadhan tadi?

Akh B : Masya Allah (sambil berair mata), anta buat ana jealous tahu sebab anta boleh bahasa Arab!, huhu, ana kena mujahdah sikit tadi, setiap kali imam habis solat, ana berundur, bukak Al-Quran terjemahan, cuba tadabbur ayat yang Imam baca tadi,…. Basah lecun, Hidup akhi.

Akh A : Jom kita terus berdaurah sepanjang malam - malam Ramadhan.

Akh A & Akh B larut malam itu dengan kesyahduan

*Lokasi di masjid wilayah

                                        

Wednesday, June 25, 2014

Tido yang mematikan !



Tido yang mematikan !

Bila kita fahami ruh Al-Asr itu,

Kita amati maksud sebenarnya, “Demi masa yang tinggal  berbaki”

Nescaya, kita akan all out pada amal – amal kita, kerana tidak mahu rugi.

………..

Hey! Antum masih rela, tido dalam keadaan amal yang masih main – main?

Antum masih rela tido selepas subuh tanpa berjaga hingga ke dhuha?

Antum masih rela menarik selimut dikala Daie itu hidup, segar, bugar berdiaolog dengan Robnya ketika 1/3 malam?

Betul ke serius perhubungan dengan Allah ini.

Antum masih rela tido ketika sedang menghadam buku – buku sedangkan banyak lagi yang perlu dibaca, buku yang sedia ada masih tidak habis!

Antum masih tido, sedangkan MP3 dah diberi, selalu beralasan kata tidak cukup thaqofah, tapi masih tidak mahu adakan masa untuk menelaah !

Dan,

Antum masih rela, adakan tido sedangkan pelapis masih tiada?

Antum rela tido, dalam keadaan belum cukup muayasyah dengan anak buah, kemudian katakan yang mereka tidak berada atas jalan ni lagi bukan di sebabkan antum. Puffffff.

Antum masih katakan tidak ada masa nak bawa liqo’, sedangkan boleh pula adakan masa untuk tido?

Antum kata tak tidur, tapi tiada juga jumpa madu’ seharian, wahai itu juga tido !

Dah tu, bangunlah!! Kerjakanlah hutang akhirat mu!! Hidupkanlah kehidupan Daie yang tidak rela bersendirian!!

Daripada banyak tido, baik mati!


Akh itu, tidur nya, ketika sudah penat bekerja, ketika jumpa traffic light, disandarkan, terus tertido, itulah "rehatnya", bila kereta belakang hon, dia terus tersedar dan bekerja. Alangkah manisnya saat itu dirasai.

*p/s : untuk Daie yang hidup Iman nya, kerana Iman yang hidup, kehidupan keseluruhannya untuk dakwah ini. Tiada istillah rehat, “cuti”, futur, manja, buat ala kadar. Kerana Harga sebuah keredhoan dan sorga itu mahal, berpatutanlah dengan tiada “tido” dalam kehidupannya.

Monday, June 23, 2014

Apa anda Rasa bila ada Ramadhan !



Nama saya bukan Ramadhan.

Tidak bertambah iman pada nama!

Mari saya perdengarkan kata-kata mereka yang awal, yang menggugah berkenaaan nama dan tempat tidak memberi apa - apa jaminan.

Ibnu Taimiyah telah berkata :

"Abu Hurairah telah berkata: "Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi Hajar Aswad."

Abu Darda' telah menulis surat kepada Salman : "Jomlah kita ke tanah suci!", Salman terus membalas suratnya :

"Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya." Sebelum ini Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu Darda' dan Salman lebih dalam kefahamannya berbanding Abu Darda' di dalam beberapa perkara, antaranya ialah perkara ini"-Ibnu Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 18, m/s 283.-

Allah hu akbar! Maka kita fahami, bahawa Nabi juga mulia adalah sebab kerja Dakwah yang di lakukan oleh Nabi itu sendiri. Seluruh waktu Baginda di wakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Oleh itu, Jadilah baginda manusia yang paling tinggi namanya dan paling mulia kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya, Rasulullah merupakan contoh ikutan dan tauladan yang terbaik bagi kita. -Zad al-Ma'ad, Jilid 2, m/s 38.-

Jika di telusuri amal sahabat pula pada bulan Ramadhan, Bagaimana amal mereka!

Ayuh lihat...

Dalam Ramadhanlah juga berlaku, beberapa siri perang seperti Badar, Khandak atau al-Ahzab, perang Tabuk yang meng"gila" menguji, dan antara lain Fathul Mekah.

Sahabat ketika itu faham, Keperluan dakwah menuntut ketika itu Dakwah, jika tiada berjihad sedemikian maka "terkuburlah" islam. Ia menunutut amal Dakwah mujahadah yang tinggi dan berterusan.

Maka lagi sekali kita fahami, bulan Ramdhan bukanlah fokus semata - semata pada amal ibadah, namun amal Dakwi itu perlu berterusan, dan keperluan dakwah ketika itu bagaimana di satu - satu tempat.

Jadi, mana amal ibdah sahabat ketika Ramdhan? Sahabat telah pun lazimi sebelum lagi dari Ramdhan tiba, itulah sepatutnya kita contohi juga. Lihatlah Umar, 6 bulan sebelum tiba Ramadhan telah puen bersedia. Allah hu.

Sangat pelik, Bila masuk bulan Ramadhan, usrah atau Liqo' tiada!

Pelik jika dah tahu, di tempat itu tiada pelapis dakwah, masih lagi tidak berjihad, bahkan fokus pada amal Fardhi semata - mata!

Pelik juga, jika hilang atau perlahankan tugas dan tanggungjawab syahadatul Haq itu semata - mata tibanya Ramdhan.

Matilah kefahaman sebenar akan "Ruh Ramdhan".

Maka, beramallah dengan waqi' tempat ketika itu, tugas dakwah ini jangan di ketepikan sekalipun ramadhan tiba, sepaptutnya makin dahsyat dan "gila - gila", cukuplah peristiwa perang zaman Rasulullah itu menjadi dalil yang kukuh buat kita, kerana kita fahami keperluan sekarang bukanlah pada kuasai dan mendalami ilmu, bukanlah dengan mencipta bangunan dan seni bina, bukanlah melahirkan pada Doktor perubatan yang asyik hilang, dan bukanlah juga melahirkan para Engineering yang robot.

Namun, binaan manusia itu, Murobbi itu dan QS itu diperlukan di Fasa ini, sehingga bila kita ingin "sedeqahkan" binaan dan memetik buah sebelum tiba masanya? 



p/s : penulis tidak tekankan amal Ibadah kerana yakin, pembaca telah arif yang itu! tapi yang lagi satu ni... Haish

Dan, baru hari ni aku faham, kenapa satu masa dahulu seorang ustaz itu, bertungkus lumus memahamkan aku akan Fiqh dakwah pada 27 Ramdhan. Kerana Kefaham itu jauh lebih berharga.

Monday, June 16, 2014

Tarbiyah apa macam ni!




Akhi bagaimana hafazan anta?

Akhi bagaimana Hadis anta?

Akhi Bagaimana Qiamullail anta?

Akhi Bagaimana Solat berjemaah anta?

Akhi Bagaimana kesihatan joging anta?

Akhi Bagaimana Bacaan Al-Quran bertajwid anta?

Akhi Bagaimana Tadabbur Al-Quran anta?

Akhi bagaimana puasa sunnat anta untuk mengawal nafsu mu?

Akhi Bagaimana Al-Mathurat kubra anta?

Akhi Bagaimana bacaan hadis Riyadus sollihen setiap pagi anta?

Akhi Bagaimana bacaan perpustakaan anta?

Bagaimana anta nak memandu orang dalam keadaan bermasalah di atas ini !

Dan Akhi, sampai bila nak jadi mudu' yang tidak boleh di susun untuk dakwah dan tidak berkeinginan untuk ada mutarobbi sendiri ni, mandul ke akhi? kecil sungguh Impian mu!

Ini ke Gerabak Tarbiyah dan Dakwah yang sudah 4, 5 tahun anta ikuti tarbiyah !!