-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, May 20, 2014

Akh itu Menyentuh Qalb Akhnya 50#



"Kalian bunuh anak perempuanku,
kalian penjarakan anak lelakiku,
kalian buru isteriku,
kalian bakar klinik perubatanku,
Apa kalian sangka aku berdiri di sini untuk aku pertahankan diriku?

Aku bersumpah dengan nama Allah, bebas atau hukuman gantung sama sahaja bagiku!"

Dr Muhammad Beltagi
Mesir | 18 Mei 2014


Bukan untuk si manja…. !



Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.


Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down, sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah taknak dan elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

Bukan juga, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.


Bukan juga, yang cepat mengalah,

Bukan juga, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Bukan juga, yang hanya pandai cakap, berdebat, berhujah (dan menulis), tapi amal kosong

Bukan juga, yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah ini juga, bukan untuk mereka yang hanya ikut membontoti, tanpa mufakkir.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah"

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Tahu !


Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


Saya menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.

“saya busy . . saya sibuk . . saya penat . . saya letih . . ”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dari Nya



Wednesday, May 14, 2014

sorang bagi bola tanggung, sorang smach. Adeh


Kebelakangan ini... Aku sebak melihat bola tanggung, berbalas smach sesama muslim itu !

Dicari masa dan peluang salah laku, dan kita betul, dan kita salah dan macam lagi.

Lagi hati kecil ini sedih, ditulis pada public FB, kata-kata sebagai seorang Akh sudah tidak berakhlak, dan lagi sebak di biarkan saudara itu dengan mendoakan "moga terus dalam kesesatan" wanauzubillah hi minzalik, risau kebencian kerana emosi, melayan perasaan ketika itu. Wah ! menari sakanlah para syaitan ketika itu. Istighfar Ikhwah...

Aku melihat, sebenarnya ramai ikhwah akhawat yang hebat, pandai menulis dan penulisan sangat bagus... Tidak percaya, lihat lah bila berlaku isu ini.

Tapi sangat sikit yang menulis untuk menerangkan islam kepada orang ramai...


Majalah join...
Majalah ini...
Majalah I
Majalah tu ini kiri kanan...


Kalau ikhwah-ikhwah kita yang hebat-hebat semua ini menulis, nescaya kita boleh keluarkan majalah kita sendiri 10 setiap bulan....., terfikir, bagaimana Sir muhd Iqbal memperjuangkan kata-kata dalam pena surat-suratnya, Al-Maududi lantang dalam akhbar demi akhbar yang haram, ia menghalalkannya dengan wujudkan akhbar lain. Dengan Ikhwan tegar menulis dalam akhbar, makalah, majalah dan buletin - buletin, Syed Qutb dengan Zilal nya.

Tapi....


Ikhwah akhwat kita di sini, semua senyap. Hanya menulis dalam ruanglingkup sempit dan sibuk...

Tapi tiba-tiba ikhwah atau ekas ikhwah kita yang "smart-smart" menulis keluar menyerang gerabak dakwah lain pula.
 
Alangkah baik jika mereka pun menulis menyerang sekuler dan faham-fahaman anti dakwah anti tarbiah anti hadis anti syariah dan lain - lain..



Maka, akhirnya kita membenarkan kata-kata pakcik ini, mesti dia gembira sakan, fuh :


Kalau nak Tahu, sila belajar Bahasa Arab sekarang !!

Pemilu di sana begitu, kita di sini sudah bersedia?



KEPUTUSAN PEMILU INDONESIA TERKINI DARI IKHWAH INDONESIA.

      Nasdem 8.402.812 (  6.72% )
2. pkb 11.298.957 ( 9.04 % )
3. pks 8.480.204 ( 6.79% )
4. pdip 23.681.471 ( 18.95% )
5. golkar 18.432.312 ( 14.75% )
6. Gerindra 14.760-371 ( 11.81% )
7. PD 12.728.913 ( 10.19% )
8. Pan 9.481.621 ( 7.59% )
9. ppp 8.157.488 ( 6.53% )
10. Hanura 6.579.498 ( 5.26% )

PBB dan PKPI out.

PKS hanya 6.79%.
Bukan mudah politik ni...

Kalau Malaysia, “kita” masuk?

PKS kerja kuat giler. Bantu tsunami. Cawangan ribuan. Universiti mereka kontrol. Ahli jutaan. Menang jawa barat dan gabenor di banyak Bandar – Bandar.

Bukan mudah mahu dapat sokongan orang ramai persamaan ketika itu sudah mihwar syaabi...  kalaulah "jundiyy" tidak ada atau tidak cukup atau kerja hanya jika ada masa kosong !

Jadi, Kita bagaimana?