Kerana Tarbiyah itu mengubah jutaan manusia, mengubah cara amal manuisa dan mengubah dunia.
Tarbiyah itu, ia membuatkan seseorang itu Himmah yang tinggi, jiwa dan ruh nya hidup dan menjadi harapan buat Ummah, sehingga menghidupkan fizikal yang sudah tidak bermaya.
Tarbiyah itu, ia membuatkan seseorang itu hanyut dalam keseronokkan dakwah, luhur susuk tubuhnya untuk di wakafkan buat Ummat semata - tiada, tiada kepentingan peribadinya langsung, yang ada dihadapannya adalah adalah untuk memastikan islam menjadi "Rahmatan Lil alamin" iaitu kiblat semula (UA).
Tarbiyah itu, mengubah nafsu hidupnya daripada berkiblatkan wanita cantik wajah gebu, jejaka tampan hidung penyek kepada tidak bernafsu kerana hanyut dalam merawat madu'nya, rasa kasihan melihat realiti Ummat, tidak senang melihat manusia, hubungan dengan Allah akrab dan mengingati kematian sangat dekat dalam benaknya !
Tarbiyah itu membuatkan, manusia sekelilingnya melihat diri rijal itu pelik, kerana setiap perbuatannya dilakukan serius, tiada masa bermain - main dalam sehariannya apatah lagi bergurau kosong dan bercerita perihal dunia, manusia pelik melihatnya kerana tidak bermain game, DOTA, Blackshot, Candy Cram, baca komik. Jahiliyah seakan tidak diberi peluang dan nafas untuk hadir dan hidup walaupun sesaat pada rijal itu.
Akhirnya, nikmat "wahan" itu di tarik pada Rijal yang hidup kerana dakwah Ilallah ini, Rijal yang ikhlas ini, Rijal yang benar dan membenarkan Al-Haq ini, Rijal yang meyakini islam akan menang suatu masa nanti dan dirinya menjadikan salah satu bata usaha, Rijal yang bersabar dan mengambil tindakan yang tidak tergopoh gapah ini. Rijal yang sensitif melihat manusia. Inilah Rijal yang merdeka !
Tarbiyah ini mengesani diri Rijal itu, tanpa disedari dirinya.
Tadabburlah ayat ini, yang mampu menggugah peluh jantan anda dan mengubah kefahaman anda terhadapat tarbiyah.
Berdiakah?
................. bersambung .............
No comments:
Post a Comment