-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, January 7, 2014

Apa Teori BM yang diperjuangkan?

[Buku yang saya sarankan baca sebelum di nikahi]



Tulisan kali ini, agak serius. Maka perlu baca word by word.

Apa sebab kamu ingin ber-BM?
Apa yang diharapkan bila ber-BM?
Rela untuk sedikit berada di rumah kerana kesibukan mu pada Dakwah?

Buat akhwat, jika akad itu telah sah, maka relakanlah jual beli Zauj mu dengan Allah tersebut, bahkan kalian bantulah melajukan dakwah itu. Kerana Akad jual beli dengan Allah itu telah termetrai jauh lebih awal dan serius.

Aku risau, jika aku semakin belajar mahir seni bergoyang kaki dan bertambah skill menguap, kerna banyak masa di rumah bersama isteri, anak, saudara mara.

Al-Quran ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang ber"matlamat"kan hidup mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana. Allah berfirman :

"Dihiaskan (dan menjadi indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak seta kebun-kebun tanaman. Kesemua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah, pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik (iaitu syurgaaaaaaaa)”
 [Al-Imran : 14]

Nah, terkadang kita ingin ber-BM atas dasar matlamat di atas, sehingga perbualan harian kita tidak pernah berhenti merisaukan tentang jodoh, perihal mengusik ikhwah BM menjadi topik pertama, jauh… jauh dari berbicara soal kematian, soal madu’, soal takungan tarbiyah, soal ummah. Ya, ia berlaku pada ikhwah akhwat kita. Aku tidak mendengar, ia menjadi perbualan buat generasi awal.

Kerisauanku adalah, apabila selepas ber-BM, hilang….. hilang dari jalan Dakwah ini, kerana apa? Kerana itu matlamat kita. Astaghfirullah. Masih ingatkah kita dengan Hadis pertama Imam Nawawi, yang matlamatnya adalah untuk ber-BM? Maka, ditempelak oleh Allah dan Rasulnya dalam hadis tersebut? (sudah bedah ke dalam Liqo fikrahnya? sila minta pada Naqib segera, wohoho)

Ikhwah ti fillah,  

Bilamana kita menyakini ayat ini (9:111), seharusnya kita fahami bahawa, orang yang beriman itu telah menjual jiwa dan hartanya kepada Allah. Ini bermakna tiada apa-apa lagi yang dikira sebagai haknya. Segalanya telah diserahkan demi kejayaan dakwah ini dan supaya dakwah ini sampai ke “hati” manusia. Ini di nyatakan dalam firman Allah :

"Sesungguhnya Allah telah beli dari orang - orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan peroleh Syurgaaaaaa"
[Al-Taubah : 111]

Di sini kita dapat lihat seorang muslim menjadikan dunia sebagai wakafan untuk dakwahnya, semata - mata untuk memperolehi kesenangan di akhirat nanti sebagai ganjaran kepada segala pengorbanan. Dengan itu, jiwa dan roh mereka bebas merdeka daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala kongkongan syahwat dan hawa nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh temeh dan matlamat yang terlalu remeh. Mereka berusaha mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya. Mereka tidak menjadikan tumpuan mereka pada sesuap nasi, kenderaan, hiasan, tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu dan gelaran yang kosong.[1]

Hina denga cita - cita yang kerdil ini.

Kerana tugas kita berusaha kearah Ustaziyatul Alam itu. Dalam undang - undang Dakwah, yang ada hanyalah perkataan "mengubah" iaitu Taghyir sahaja. Dakwah itu mestilah sehingga mengubah, untuk berubah, mestilah ditarbiyah.

Makanya,
Mestilah berhubung dengan manusia.
Mesti duduk bersamamereka untuk mendidik.

Untuk buat semua ini, anda mesti tinggalkan isteri, anak-anak, masjlis-majlis keduniaan dan kesibukan bisnes anda beberapa jam sehari. Berikan waktu itu untuk dakwah.[2]
 
Bersedikah kita untuk mengejar Ainul Mardiyah di Jannah!

Syeikh al-Kailani ada menjelaskan sifat-sifat Daie itu, iaitu sifat tajarrud kamil (bogel totalitas) dan tenggelam sepenuh dirinya ke dalam dakwah. Daie itu lupa dirinya. Dia tidak nampak kecuali madu'nya. Perkataannya hanya yang memberi kebaikan kepada madu'nya. Dunia daie adalah luas tanpa had, tanpa dipisahkan kedaerahan, tanpa perniagaan, tiada keinginan sendiri dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam duniaanya.Yang ada di dalam dunia daie hanyalah para madu' yang di dakwahnya. Itulah perniagaannya, keseronokkannya dan pangkatnya.

"Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokkan dunia. Dia lupa makan, minum dan pakaianya (mandinya). Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makluk Allah yakni Madu'nya. Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Qada Allah[3].
 
Itulah Daie Contoh. Itulah sifat orang yang ingin menjadi "Qaedah sulbah", di mana Islam hari ini akan dapat dibina. Mereka yang Qaedah sulbah ini harus Muslim Extreme (ME)

"Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai ke mana sekiranya kita hanya memberikan waktu lebihan untuk diri sendiri, dan kita belum melupai diri dan makan minum kita.[4]"

Jika sebelum ini, kamu kasihan pada akhwat yang sudah berumur, namun tidak di nikahi, kenapa kamu tidak memulakan sunnah hasannah ini? Bila tiba masa mu untuk ber-BM, mulalah berkata, kena mencari yang ideal, kena melihat pada fizikal dan manusiawi....bla..bla.. Bukan kah, teori itu telah kamu ada sebelum ini? kapan mahu Praktikal dari teori mu!

Ainul Mardiyah sedang menunggu mu wahai rijal Dakwah, tinggikanlah impian mu.

BM ini marotib amal, yang seharusnya melajukan Dakwah mu, mengencarkan Tarbiyah mu, melahirkan zuriat mujahid dan mujahidah, bukan menyebabkan kamu semakin bermanja, alpa dan beralasan pula.

Nasihat ini, banyak muhasabah untuk saya, saya dan saya.





[1]  Majmu’ Rasail, Bab kedua
[2] Titik Tolak, Bab 6 : Pelikan cendikiawan
[3] Abdul Kadir al-Kailani, al-Fathu al-Rabbani,m/s7
[4] Muntalaq, Bab 7:Jihad Hujjah, m/s 68

No comments:

Post a Comment