[Buku yang saya sarankan baca sebelum di nikahi]
Tulisan kali
ini, agak serius. Maka perlu baca word by word.
Apa sebab
kamu ingin ber-BM?
Apa yang
diharapkan bila ber-BM?
Rela untuk
sedikit berada di rumah kerana kesibukan mu pada Dakwah?
Buat akhwat,
jika akad itu telah sah, maka relakanlah jual beli Zauj mu dengan Allah
tersebut, bahkan kalian bantulah melajukan dakwah itu. Kerana Akad jual beli
dengan Allah itu telah termetrai jauh lebih awal dan serius.
Aku risau,
jika aku semakin belajar mahir seni bergoyang kaki dan bertambah skill menguap,
kerna banyak masa di rumah bersama isteri, anak, saudara mara.
Al-Quran ada
menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang ber"matlamat"kan
hidup mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana. Allah berfirman :
"Dihiaskan (dan
menjadi indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang
banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda
lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak seta kebun-kebun tanaman. Kesemua
itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah, pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baik (iaitu syurgaaaaaaaa)”
[Al-Imran : 14]
Nah,
terkadang kita ingin ber-BM atas dasar matlamat di atas, sehingga perbualan
harian kita tidak pernah berhenti merisaukan tentang jodoh, perihal mengusik
ikhwah BM menjadi topik pertama, jauh… jauh dari berbicara soal kematian, soal
madu’, soal takungan tarbiyah, soal ummah. Ya, ia berlaku pada ikhwah akhwat
kita. Aku tidak mendengar, ia menjadi perbualan buat generasi awal.
Kerisauanku adalah, apabila
selepas ber-BM, hilang….. hilang dari jalan Dakwah ini, kerana apa? Kerana itu
matlamat kita. Astaghfirullah. Masih ingatkah kita dengan Hadis pertama Imam
Nawawi, yang matlamatnya adalah untuk ber-BM? Maka, ditempelak oleh Allah dan Rasulnya dalam hadis tersebut? (sudah bedah ke dalam Liqo fikrahnya? sila minta pada Naqib segera, wohoho)
Ikhwah ti
fillah,
Bilamana
kita menyakini ayat ini (9:111), seharusnya kita fahami bahawa, orang yang
beriman itu telah menjual jiwa dan hartanya kepada Allah. Ini bermakna tiada apa-apa
lagi yang dikira sebagai haknya. Segalanya telah diserahkan demi kejayaan
dakwah ini dan supaya dakwah ini sampai ke “hati” manusia. Ini di nyatakan
dalam firman Allah :
"Sesungguhnya Allah
telah beli dari orang - orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan peroleh Syurgaaaaaa"
[Al-Taubah : 111]
Di sini kita
dapat lihat seorang muslim menjadikan dunia sebagai wakafan untuk dakwahnya,
semata - mata untuk memperolehi kesenangan di akhirat nanti sebagai ganjaran
kepada segala pengorbanan. Dengan itu, jiwa dan roh mereka bebas merdeka
daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala kongkongan syahwat dan hawa
nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh temeh dan matlamat yang terlalu
remeh. Mereka berusaha mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya.
Mereka tidak menjadikan tumpuan mereka pada sesuap nasi, kenderaan, hiasan,
tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu
dan gelaran yang kosong.
Hina denga
cita - cita yang kerdil ini.
Kerana tugas
kita berusaha kearah Ustaziyatul Alam itu. Dalam undang - undang Dakwah, yang
ada hanyalah perkataan "mengubah" iaitu Taghyir
sahaja. Dakwah itu mestilah sehingga mengubah, untuk berubah, mestilah
ditarbiyah.
Makanya,
Mestilah
berhubung dengan manusia.
Mesti duduk
bersamamereka untuk mendidik.
Untuk buat
semua ini, anda mesti tinggalkan isteri, anak-anak,
masjlis-majlis keduniaan dan kesibukan bisnes anda beberapa jam sehari. Berikan
waktu itu untuk dakwah.
Bersedikah
kita untuk mengejar Ainul Mardiyah di Jannah!
Syeikh
al-Kailani ada menjelaskan sifat-sifat Daie itu, iaitu sifat tajarrud
kamil (bogel totalitas) dan tenggelam sepenuh dirinya ke
dalam dakwah. Daie itu lupa dirinya. Dia tidak nampak kecuali madu'nya.
Perkataannya hanya yang memberi kebaikan kepada madu'nya. Dunia daie
adalah luas tanpa had, tanpa dipisahkan kedaerahan, tanpa perniagaan, tiada
keinginan sendiri dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam
duniaanya.Yang ada di dalam dunia daie hanyalah para madu' yang di
dakwahnya. Itulah perniagaannya, keseronokkannya dan pangkatnya.
"Dia
seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa
keseronokkan dunia. Dia lupa makan, minum dan pakaianya (mandinya).
Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah. Di dalam hatinya
tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makluk Allah yakni Madu'nya. Apa yang
dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana
dia telah menyerahkan dirinya kepada Qada Allah.
Itulah Daie
Contoh. Itulah sifat orang yang ingin menjadi "Qaedah sulbah",
di mana Islam hari ini akan dapat dibina. Mereka yang Qaedah sulbah ini harus Muslim
Extreme (ME)
"Demi
Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai ke mana sekiranya kita hanya
memberikan waktu lebihan untuk diri sendiri, dan kita belum melupai diri dan
makan minum kita."
Jika sebelum ini, kamu kasihan pada akhwat yang sudah berumur, namun tidak di nikahi, kenapa kamu tidak memulakan sunnah hasannah ini? Bila tiba masa mu untuk ber-BM, mulalah berkata, kena mencari yang ideal, kena melihat pada fizikal dan manusiawi....bla..bla.. Bukan kah, teori itu telah kamu ada sebelum ini? kapan mahu Praktikal dari teori mu!
Ainul
Mardiyah sedang menunggu mu wahai rijal Dakwah, tinggikanlah impian mu.
BM ini marotib amal, yang seharusnya melajukan Dakwah mu, mengencarkan Tarbiyah mu, melahirkan zuriat mujahid dan mujahidah, bukan menyebabkan kamu semakin bermanja, alpa dan beralasan pula.
Nasihat ini, banyak muhasabah untuk saya, saya dan saya.