" Ada dalam kalangan Ulama' yang mengumpulkan empat
puluh hadis yang hanya menyentuh masalah usul agama. sesetengahnya pula
mengumpulkan empat puluh yang hanya menyentuh masalah furu' agama.
sesetengahnya pula hanya menyentuh masalah jihad. sesetengahnya hanya menyentuh
masalah zuhud. sesetengah yang lain pula hanya menyentuh yang berkaitan dengan
khutbah. kesemuanya mempunyai tujuan - tujuan yang baik. Moga - moga Allah
meredhoi mereka. Saya pula berpendapat bahawa untuk mengumpul empat puluh buah
hadis hendaklah di lakukan berdasarkan kepada perkara yang lebih penting
daripada itu. Iaitu dengan mengumpulkan empat puluh buah hadis yang mencakupi
kesemuanya itu. Setiap hadis yang terkandung di dalamnya merupakan kaedah agama
yang penting dan para Ulama' telah mensifatkannya sebagai paksi putaran Islam
atau sebagai separuh atau sepertiga daripada Islam dan seumpamanya.
Saya memastikan bahawa keempat - empat puluh hadis ini
adalah sohih semuanya dan sebahagian besarnya adalah daripada kitab sohih
Bukhari dan Muslim. Saya menyebut hadis - hadis ini dengan tidak menyebut sanad
- sanadnya agar mudah untuk di hafal dan dapat di manfaatkan secara meluas.
"
-Imam Nawawi-
*Berapa sudah anda hafal?
Pernah di kisahkan : Seorang Pak cik Ikhwan yang datang dari
tanah Arab, bertemua dengan seorang muayyid tanah air, kemudian di tanya,
"bacakan kepada ku hadis Arbain yang ke-38", Akh itu lantas menjawab,
"Afwan ana masih belum menghafalnya".
"Serius kah kita sebenarnya ni !!
No comments:
Post a Comment