[ Bila search di Google, word "Jahiliyyah", aku tak sanggup melihatnya, sungguh! Tidak sanggup kerana mereka pasti akan mendakwa ku kelak, biar amal kita yang berbicara ]
Borak - borak Ummat ini berlaku bersama adik ku tingkatan 4 ketika awal syawal 2013.
Ummat ini.
Peristiwa menyanyat hati apabila seekor kucing hitam yang
terjatuh dari tingkat 14 oleh tuannya kerana menyangkakan seekor burung
gagak telah mendapat liputan luas
seantero dunia, ada yang mengecam agar tuan tersebut di bawa ke pengadilan atas
hak asasi haiwan-haiwan bersatu, tidak kurang ada yang ingin menuntut di padang
Mahsyar, bahkan ada segelintir manusia yang mendoakan di beri taufiq dan
hidayah kepada si tuan, video tersebut kurang dari 24 jam di upload telah
mendapat "like" lebih dari 100k, apatah lagi orang yang melihat boleh jadi 2 kali ganda
lebih (200k). kisah ini, dan peistiwa ini mendapat perhatian yang serius lebih daripada
manusia yang di bunuh dengan kejam di Mesir, sembelihan dengan dahsyatnya, pembakaran
terhadap kanak – kanak secara hidup setiap hari di Syria, Palestin. Fenomena
yang pelik yang manusia sudah tidak dapat mengukur! Kematian seekor kucing
hitam yang tidak di sengajai lebih besar berbanding pembunuhan, kematian
manusia.
Manusia apa ni??
Peristiwa yang lain, ketika ingin menunaikan solat, makcik –
makcik dan banat banat perempuan pasti menutupi dengan telekung putih, bahkan
ada telekung yang terus boleh sarung sahaja, rupanya di import dari Maxico dengan harga 50 dolar, hanya
untuk telekung!, tidak kurang ada yang bewarna selain putih, pink! Wah!! hitam
pun ada, semua ibu – ibu dan dara – dara saling memperagakan telekung masing –
masing ketika ingin menunaikan solat di sebuah rumah kampung di kelantan, seusai
tamat sahaja solat, keluar sahaja dari rumah dan segala masjid, maka
bertebaranlah semula rambut – rambut "free hair". Eh pelik ummat jenis ni! Jadi
buat apa tutup aurat full package hanya dalam solat! Allah hanya ada dalam
solat je ke? Allah hanya ada 25 minit sehari ke? (5 minit setiap kali solat x 5
waktu solat)? Ini sekular !!
Peristiwa yang terakhir untuk babak ini, selepas Ramadhan
maka syawal menjelma, tanda kejayaan tersebut adalah dengan pakaian Taqwa. Justeru
perlu kita sambut syawal dengan kegembiraan bersama Tasbih, Tahmid, Takbir,
saling bermaafan, solat sunat hari raya. Namun apabila sahaja di-on
telibisyen, maka keluarlah segala artis – artis yang memperagakan kegembiraan
mereka dengan susuk tubuh badan mereka, gelak ketawa oleh pengacara media,
bergaul mesra bersalaman berlainan jantina dengan perasaan ceria di wajahnya, Inikah pakaian taqwa itu!! tidak kurang, Ditayangkan cerita mistik, seram dan hantu akhirnya si penonton kembali takut
pada Hantu bukan si-Dia. Habis madrasah Tarbiyah Ramadhan jika begini hasilnya.
Aku off telibisyen!!
Sesak, dada kempas kempis tersepit melihat Ummat ku kini!!
Hallo, ni malaysiaaaa, sedar ke??
Adik ku Abid, moga kuat untuk menempuh hari mendatang dengan kefahaman Islam sebenar.