-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, July 15, 2013

Surat Pak cik Solah pada Mursi dan Tentera



[Pesanan Dr Solah Sultan kepada Dr Mursi dan Para Tentera]

Ketika ditanya oleh wartawan, sekiranya diberi peluang untuk beliau menulis surat kepada Dr Mursi, apakah yang akan diperkatakan kepadanya?

Dr Solah Sultan menjawab :
"Akanku katakan padanya; Dr Mursi, sesungguhnya Allah bersama kamu, dan bersama kamu jua kehendak rakyat yang telah mengundi kamu, mereka di belakangmu dan bersamamu di setiap pelusuk Mesir, teguh lah! Dan kau akan kembali menjadi pemimpin Mesir, tapi hendaklah kau menjadi pemimpin yang melayan pembuat-pembuat kejahatan selayaknya"

Dan pesanan buat tentera-tentera Mesir :

"Saya memohon kepada kalian, demi Allah percayalah bahawa kami sebahagian dari kalian dan kalian adalah sebahagian dari kami. Kami menyayangi kalian dan menghargai jasa kalian dalam mempertahankan kubu pertahanan dan kami diingatkan dengan peringatan perang "Asyir min Ramadhan" (Perang Oktober).

Kami tidak akan lupa pada sejarah, perjuangan dan perlindungan yang kalian berikan dalam mempertahankan kubu-kubu ini.

Ingin aku katakan bahawa tembakan-tembakan kalian ini sepatutnya menakutkan tentera-tentera Zionis dan dihalakan kepada tentera-tentera Zionis, bukan dihalakan kepada rakyat dan saudara-saudara kalian.

Sebagaimana hadith nabi ada menyebut :
"Meruntuhkan Ka'bah satu persatu itu lebih rendah dari membunuh seorang Muslim tanpa hak"

Di dalam hadith Nabi lagi menyebut :
"Sesiapa yang berkomplot dalam membunuh seorang muslim walau dengan sepatah perkataan, dia tidak akan menghidu bau syurga".

Jangan sia-siakan dunia dan akhirat kalian dengan membunuh saudara-saudara Mesirmu. Aku memohon kepada kalian demi Allah, fahamilah bahawa kami adalah saudara-saudaramu, bahawa kami adalah orang-orang kesayanganmu.

Kami tidak akan membalas kepada kalian kecuali cinta dan kasih sayang melainkan Al-quran yang selalu kami bawa bersama ini akan berada di antara kami dan kalian semua.

Maka bertaqwalah kepada Allah dalam muamalah anda bersama kami sebagaimana kami bertaqwa kepada Allah dalam bermuamalah bersama kalian"

No comments:

Post a Comment