[Isi kandungan ucapan Mursyidul
Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi]
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang
menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha
berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak,
Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui
terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa
yang telah menjual darah-darah para shuhada'.
Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan
rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh
Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.
Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan
yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah
mencetuskan thaurah yang membanggakan,
kamu telah korbankan para syuhada',
saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara-penjara melalui
penangkapan yang dibuat ke atas kamu, thaurah tidak akan disia-siakan.
Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu
(tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang
yang mencetuskan revolusi.
Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya, maka
kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2
kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu
menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak
memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.
Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden
semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami
pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami,
kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang-orang islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan
kamu membantu kami.
penunjuk perasaan melaungkan :
"kami mahukan mursi! berambuslah wahai
sisi!"
Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para
musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk
berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal.
Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan
muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.
Saudara A'kif dalam tahanan sekarang. . Allah malu untuk mengazab orang tua. .
Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu. . bagaimana bisa kamu
menyeksa orang tua. .
Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu. .
Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama
kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka?. . . . Turunlah ke
dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah
dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.
Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan
membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi
seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami
adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya
Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak
bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim
bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut,
bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak
ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak
juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi
dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr.
Mursi.
Kita yakin dengan janji Allah :
“Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada
siapa yang membantu (agama)Nya”.
Kepada orang-orang kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agama islam dan
akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya,
tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga
kesucian kamu, nyawa-nyawa kamu, harta-harta kamu dan kami tetap berpegang dengan janji
ini.
Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan
untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu
Dr,Muhammad Mursi.
Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am